BAB 3

2.8K 101 0
                                    

ADRIAN membuka butang baju kemejanya lalu melorot turun dari badan sasanya. Rambut ditolak oleh tangannya. IPhone 11 Pro miliknya diambil dari kocek seluar slacknya. Aplikasi video call dicari dan mencari nama Eryn.

TUTT TUTT TUUT TUTT

"Yes? Anything you need from me? " tanya Eryn sebaik sahaja menjawab panggilan daripada Adrian.

"Balik KL bila? " tanya Adrian.

"Emmm sabtu next week. Kenapa? " tanya Eryn pula.

"Aku nak pergi sana. " balas Adrian sambil membuka almari bajunya.

"Ehhh tak malu nak datang... " seloroh Eryn sambil mencebik.

"Siapa tu Lia? Adrian ke? " tanya seseorang.

"Ya ma. Adrian kesayangan mama lah. Siapa lagi. " balas Eryn.

"Mama Adrian ingat nak pergi sana. " balas Adrian lagi.

"Datang lah. Along ade. Angah ade. Mika ade. Mama dengan papa pun dah lama tak jumpa kamu." tambah Puan Dahlia. Wah, macam tengah promote mama ni.

"Jangan kau berani datang. " pesan Eryn lagi.

"Mama! Eryn tak bagi Adrian pergi sana jumpa semua." seloroh Adrian sambil mencemik. Tanda mengadu.

Mata Eryn dikecil dibesarkan. Tanda menahan marah. Hish, penat nak melayan sikap Adrian. Dah la sikap adik-beradiknya pun sama jenis. Kuat mengadu. Kuat mengacum. Elok sangat lah tu empat lelaki ni bergabung. Meletop sangat. Dah la sama-sama kuat perasaan macho, handsome, pandai and paling tak boleh blah kuat mengaku hot stuffs.

"Lia, apa cakap macam tu. Dengar dek papa karang. Adrian datang je kalau nak datang. Jangan dengar cakap si Lia ni. " balas Puan Dahlia.








Lepas makan tengahari Eryn bersiap untuk ke bandar membeli barang-barang yang dipesan oleh mamanya. Disebabkan oleh si Adrian nak datang aku juga yang kena jadi bibik pergi beli barang-barang dapur. Kereta Toyota Camry milik papanya tiada di perkarangan rumah manakala kereta Honda Civic dan Honda City milik kedua abangnya sahaja yang ada. Ehh kejap mana kereta aku?

"MIKAEL! " jerit Eryn lalu menghentakkan kaki kanannya.

"Ma! Mane kereta Lia? " tanya Eryn.

"Mikael guna. Pakai kereta mama aje lah. " balas Puan Dahlia dari dalam rumah.

Kunci kereta Suzuki Swift milik mamanya diambil lalu dia menyarung kasutnya. Sling beg di sangkut pada bahu kirinya. Kemudiannya, abang ngah nya berlari-lari anak masuk ke kawasan rumah mereka.

"Nak pergi mane ni masam abang ni? " tanya Eyzwan Ukasyah kepada adik perempuan nya.

"Pergi bandar kejap. Mama minta Lia beli barang sikit. " balas Eryn.

"Angah temankan nak? " tanya Eyzwan Ukasyah.

"Dah kenapa tiba-tiba baik ni? " soal Eryn pelik. Ini kalau tak ade benda lain ni pasti nanti dia kena buat sesuatu ni.

"Saja nak jadi baik hari ni. Nak angah teman tak. " balas Eyzwan Ukasyah. Tuala di tengkuk dipegang.

"Tak payah la. Lia pergi kejap aje. Ahh ni Mikael balik nanti cakap dekat dia, dia menempuh maut. " pesanan Eryn untuk Mikael dipesan kepada angahnya.

Rambut panjang Eryn disanggul messy. Sengaja dia sanggulkan rambutnya. Leher jinjang milik Eryn ditoleh ke belakang. Dia lihat kereta jenama LEXUS GS 350 masuk ke perkarangan rumah Tuan Ahmad Shah dan Puan Dahlia.

[C] Dulu Kawan Sekarang SayangWhere stories live. Discover now