TIDUR Eryn terganggu apabila dia merasakan ada benda yang mengusik hidungnya. Tangan kanan dibawa ke hidung dan dikibaskan beberapa kali. Ganggu tidurnya yang sudah sampai ke alam mimpi yang indah. Sekali lagi hidungnya diganggu. Ewah! Ewah! Sapa yang ganggu tidurnya ni?
Mata Eryn dibuka lalu dipandang wajah adik lelakinya disisi. Tangan kiri tengah pegang iPhone XS nya manakala tangan kanan tengah pegang keychain bulu-bulu milik Eryn.
"Haaa ini dia wajah naked akak i a.k.a girlfriend i. Cantik kan? Bagi sesiapa yang berminat nak tahu skincare routine akak i boleh dm i je. " kata Eilham Mikael.
"Ape kau merapu ni, Mika? Simpan telefon tu. " kata Eryn lalu menolak tangan kiri Mikael.
"Bangun la akak dah sampai depan rumah dah ni. Membuta tak ingat dunia. Dah la tidur dari KL sampai TM. Tak temankan Mika drive. " merajuk si adik pula. Haih ape kes la adik aku sorang ni. Dah macam perempuan datang period. Merajuk tak habis.
"Dah habis dah telenovela kau? Yeah dah sampai!! " ucap si kakak lalu menolak pintu kereta Mini Cooper Clubman nya dari dalam. Riang suara Eryn sebaik sahaja dia memandang kawasan rumahnya.
Kaki melangkah keluar dari perut kereta lalu diregangkan badannya. Kedua belah tangannya dibawa ke atas. Wah, rindunya dia dengan udara di kampung.
"Sebab tu la akak tak ade boyfriend. " ucap Mikael lalu menutup pintu kereta dibahagian pemandu lalu berjalan ke arah bonet kereta.
"Ehh hello, excuse me. Akak ade boyfriend taw. " balas Eryn sambil memandang ke arah adik lelakinya.
"Siapa? Siapa? " tanya Mikael dengan nada yang terkejut.
"Kau la. Abang long dengan abang ngah. Nak yang lagi maco pak Ahmad Shah kita la. HAHAHAHA. " balas Eryn lalu meninggalkan adik nya yang mendengar dengan fokus sambil mulutnya terbuka sedikit tanda terkejut.
"Assalamualaikum! Mama! Papa! Lia dengan Mika dah sampai ni. " jerit Eryn lalu menanggalkan kasutnya.
Kelihatan Puan Dahlia dan Tuan Ahmad Shah berjalan ke pintu rumah dengan segera selepas mendengar suara si anak.
"Waalaikumsalam, dah sampai pun anak-anak mama. " kata Puan Dahlia lalu memeluk anak gadisnya.
Kedua tangan orang tuanya disalam. Eryn memeluk tubuh si ibu dan sang ayah dengan erat. Sudah 2 bulan dia tidak pulang ke kampung halamannya. Rindu sudah ditahan selama dua bulan. Hanya suara yang mengikuti rutin harian Eryn di ibu kota.
"Mama masak ape harini? Lia lapar laa. " tanya Eryn lalu memegang perut nya.
"Mama masak lauk kegemaran kamu semua la. Jom cepat naik. Mikael cepat sikit keluarkan beg tu. " ucap Puan Dahlia.
"Okay! " jerit Eilham Mikael.
"Assalamualaikum! " salam diberi oleh dua suara yang sangat dikenalinya.
"Waalaikumsalam. Haaa Aazief, Kasyah cepat betul kamu berdua sampai. Tadi call kata on the way. " kata Tuan Ahmad Shah kepada anak-anaknya.
"Along drive macam orang gila papa. Kasyah memang nak sampai dah time papa call Kasyah tadi. " ucap Eyzwan Ukasyah.
"Ehh ngah kau sejak bila jadi spesies Lia ni kuat mengacum? " tanya si along.
"Ewah! Ewah! Sedap petik nama Lia pula. Kang lesing karang. " marah si adik.
"Lia, ape cakap macam tu dekat abang. " marah si ibu kepada anak gadisnya.
"Along tu haaa petik nama Lia. " merajuk si anak gadis. Bibir dimancungkan ke depan tanda protes.
"Dah. Dah. Simpan semua suara. Sekarang kita makan dulu. " kata si ayah. Semua orang diam tanda faham.
"Mama tahun ni raya dekat mana? " tanya Eryn kepada Puan Dahlia sebaik sahaja dia merebahkan dirinya disebelah abang longnya.
"Raya dekat rumah nenek kamu la dekat mana lagi. " balas Puan Dahlia.
"Balik Pahang this year. " tambah papanya.
"Raya tahun ni Lia pilih theme eh. Papa, along, ngah dengan Mika kena ikut. No excuse. " kata Eryn sambil memandang ke arah ahli keluarganya.
"Memang every year pun akak yang pilih theme ape. " seloroh adik lelakinya Mikael.
"Dah. Dah. Tahun ni kamu semua kena balik awal dua hari. " kata Puan Dahlia.
"Kenapa? " tanya Eyzwan Ukasyah.
"Nenek dengan aki kamu yang suruh balik awal dua hari. Kalau nak tahu sebabnya cuba call dia tanya. " tambah Puan Dahlia.
"Okay, mama. Boleh buka puasa dekat kampung dua hari. " balas Mikael.
"Ni kamu berdua bila nak bawa balik bakal menantu dekat mama? " tanya Puan Dahlia. Soalan mamanya memang menampar pipi-pipi mereka berdua.
"Tiba-tiba suara hilang mama. " balas Eryn lalu memandang wajah abang-abangnya.
"Tak ade rezeki lagi mama. " balas si along.
"Kita orang busy mama. " balas si angah pula.
"Kalau tak cari mane nak ade rezekinya tu tak begitu papa? " buat-buat tanya Puan Dahlia kepada suaminya.
Soalan cepuemas yang disoal oleh Puan Dahlia mampu mendiamkan mereka semua. Tambah-tambah bab menantu. Bab kahwin. Aghh. Ini tak balik kampung dekat Pahang dengan Kedah lagi. Mama dengan papanya masih mampu lagi ditepis dan dijawab. Tapi kalau soalan ini disoal oleh mak cik-mak ciknya mereka hanya mampu tersenyum sahaja.
TO BE CONTINUED...
YOU ARE READING
[C] Dulu Kawan Sekarang Sayang
Romance[COMPLETED STORY] [EDITING IN PROGRESS] Siapa yang tak kenal dengan salah seorang ahli perniagaan yang terkenal, iaitu Adrian Daniel. Kerjayanya berkembang seiring dengan sikap playboynya. Baru berusia 26 tahun, dia memiliki sebuah empayar perniaga...