▶️P L A Y L I S T
Who Are You by Sam Kim
Goblin / Guardian : The Lonely and Great God OST Part. 6
🍑🍑🍑
SITUASI sekarang sememangnya indah. Aku berasa lain. You know when you got what you want. It feel like those. And it sound weird. But, ada aku kesah.
Aku melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat sambil memerhati ke arah sahabat sekerja aku, Hannan. Hannan baru sahaja ditukarkan ke universiti tempat aku mengajar.
"Eryn! " panggil Hannan sambil melambai-lambai ke arah aku.
Aku melemparkan senyuman kepadanya sambil berjalan ke arahnya. "Bila kau lapor diri? " tanya Eryn Camelia sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya dia atas kerusi itu dan meletakan handbag nya di atas meja.
"Lepas lunch tadi. Kau sihat? "
"Alhamdulilah. Macam biasa aje. Still Eryn Camelia yang kau kenal. " seloroh Eryn Camelia sambil mengeluarkan journal miliknya.
"Sorry taw tak dapat datang time kau kahwin. " tambah Hannan.
"It's okay. Lagi pun aku dengan Adrian buat kecil-kecilan aje. "
"Kecil-kecilan kau kata? Siap ada E-wedding lagi. Meriah sangat kot sampai masuk magazine. Aku yang dekat Iceland pun boleh tengok."
"Belah aku je kita orang buat kecil-kecilan. Lagi pun kau tahulah aku ni penakut nak naik pelamin. Yang sebelah Adrian tu sememangnya bukan aku yang plan. Semua mummy Adrian yang plan. Aku ikut kan aje. " tambah Eryn Camelia lagi. Rambut panjangnya dikuak ke belakang sambil headband ditolak ke rambutnya.
Tak sangka musim hujan-hujan begini pun aku still berpeluh. Yes and plus aku sekarang ada dekat dalam bilik yang beraircond. Tak faham sungguh.
"Kau still takut naik pelamin? Huish, aku ingatkan anxiety tu dah hilang. Dah dekat 10 tahun rasanya. "
"Itulah, aku ade juga jumpa doktor. Ingatkan bila dah makan ubat boleh hilang. Bila tengok pelamin aje bergetar lutut aku. Tapi bila fikir aku kahwin sekali aje seumur hidup. Takut pun sekali aje. Itu pun sanding sebelah Adrian. Sebelah aku awal-awal aku tolak."
"Hahahahahaha.. Aku still terkejut bila kau dengan Adrian invite pergi wedding korang. Aku ingatkan korang best friend forever aje. "
"Aku ingatkan macam tu juga. Tapi, yelahkan jodoh. "
"Yelah.. Dari dulu lagi aku cakap korang dua ni akan kahwin juga. See, now both of you already married. "
Eryn Camelia hanya mampu tersenyum. Yelah. Bila ingatkan balik kisah persahabatan mereka berdua 10 tahun lepas. Memang gila. Crazy over the flow. And, a lot of our batch know that one day kita orang akan kahwin juga. Masin sungguh mulut dia orang semua. Agaknya, betul cakap orang tua-tua setiap perkataan itu adalah doa.
Mesyuarat berjalan dengan lancar selama dua jam. Sebaik sahaja tamat Eryn Camelia dan juga Hannan keluar bersama ke cafeteria universiti. Niat nak bersembang sekejap. Kelas pun tak ade sebab ada mesyuarat tergempar tadi.
YOU ARE READING
[C] Dulu Kawan Sekarang Sayang
Romance[COMPLETED STORY] [EDITING IN PROGRESS] Siapa yang tak kenal dengan salah seorang ahli perniagaan yang terkenal, iaitu Adrian Daniel. Kerjayanya berkembang seiring dengan sikap playboynya. Baru berusia 26 tahun, dia memiliki sebuah empayar perniaga...