BAB 39

1.8K 38 1
                                    

▶️P L A Y L I S T

Love Yourself by Justin Bieber

🍑🍑🍑

SUDAH lebih daripada empat hari aku berada di Pulau Langkawi. Sejujurnya percutian ini bantu aku untuk mengubat hati aku yang ditikam hidup-hidup oleh suami sendiri. Walaupun 20-30% sahaja namun itu tersangatlah memberi kesan kepada aku. Rutin harian aku disini kian seiring dengan rutin harian ku di Shah Alam.

It okay to cry. Sometime those tears will help you to make your feeling be more strong.

Hari ke lima aku disini aku di kejutkan dengan panggilan dari pihak universiti mengatakan fakulti aku perlu menyiapkan kertas kerja dengan secepat mungkin sebelum mesyuarat diadakan pada minggu hadapan. Jadi, terpaksalah aku pulang ke ibu kota juga. Niat di hati ingin melanjutkan lagi cuti aku.

Aku membeli tiket kapal terbang dari Pulau Langkawi ke Pulau Pinang pada pukul 10 pagi. Dan aku meneruskan perjalanan pulang ke Shah Alam dengan memandu selama 6+-/ jam.

Kereta aku memasuki kawasan rumah aku lihat kereta Adrian, dan kereta abang-abang aku masih ada. Aku memberanikan diri untuk masuk ke dalam rumah seperti tiada sebarang masalah yang terjadi.

Aku sudah malas nak berfikir dengan betul. Sebab aku tahu keputusan terakhir pasti tidak akan sama dengan kehendak aku. Jadi, aku tidak perlu terhegeh-hegeh merayu seperti si bimbo tu dekat Adrian. Sebab Adrian perlu tahu siapa yang melamar siapa untuk kahwin. Bukan aku yang tergedik-gedik nak kahwin.

"Lia?! " terkejut abang sulung aku ketika melihat aku melangkah masuk ke ruang tamu. "Bila sampai? Kenapa tak beritahu dekat along yang Lia dah sampai. "

"Baru aje sampai. Lia nak naik atas kejap. Nak bersihkan diri. " jawab Eryn Camelia.

Selepas lebih kurang 45 minit dia di dalam bilik tidur nya. Akhirnya Eryn melanngkah turun ke bawah. Terkejut Eryn dibuatnya apabila melihat semua ahli keluarganya, ahli keluarga Adrian dan juga ahli keluarga si bimbo itu ada di ruang tamu rumah mereka.









Semakin tegang perbalahan antara tiga keluarga ini. Eryn di tengah-tengah ini dihimpit dengan perasaan dan juga rasa yang bercampur aduk. Soalan yang ditanya oleh Aryani Diandra itu masih lagi dijawab olehnya.

Suasana di dalam bilik ini sangat panas. Semua mata memandang ke arah aku dan menunggu jawapan. Ada yang menjeling. Ada yang kesian dengan keadaan aku. Semua disebabkan oleh keputusan bodoh si Aryani Diandra tu lah. Dia yang datang mengedik dalam urusan rumah tangga aku.

Yang aku nak marah sebab si Adrian tak pernah beritahu yang dia pernah ada hubungan dengan si bimbo ni. Well, sememangnya aku tak mahu tahu pun hal hubungan relationship dia orang sebelum ini namun sekarang of course aku nak tahu. Well, advance aku wajib tahu. Kenapa nak sorok-sorok dari pengetahuan aku. Kalau dah tak nak hidup dengan aku but macam tak nak. Ini tak. Memeningkan kepala otak aku lagilah. Adrian tak nak ceraikan aku. Tapi, si bimbo tu tak nak bermadu. Aku?! Of course aku rela jadi janda berbanding jadi madu dengan si bimbo tu. Argh!

"I nak you pilih sekarang juga Adrian. Antara i or Eryn. " jerit Aryani Diandra. Tiga keluarga ada di ruang tamu ini. Apa pun keputusan Adrian aku kena juga terima buat waktu sekarang. Lepas ini bersedialah. Aku akan hantar surat cerai dekat dia. Kalau dia berani nak pilih si bimbo ini daripada aku.

Wajah Aryani Diandra sudah bertukar kepada kemerah-merahan menahan marahnya. Amboi, cik kak aku dekat sini yang sepatutnya marah bukannya kau. Kau tu yang ganggu rumah tangga kami.

[C] Dulu Kawan Sekarang SayangWhere stories live. Discover now