BAB 43

1.9K 39 1
                                    

▶️ P L A Y L I S T

Sumpah by Na'im Daniel



🍑🍑🍑

CAHAYA yang menembusi kelompak mataku berjaya menyedarkan aku dari mimpi. Kedua belah mataku dibuka dengan perlahan-lahan seperti kanak-kanank kecil baru bangun dari tidurnya. Aku cuba mengawal reaksi wajah ku sebelum anak mata aku mencari susuk tubuh yang aku kenali. Namun, hampaa... Tiada satu susuk tubuh itu. 

"Lia? Lia, dah sedar? Macam mana rasa dah okay sikit ke?" soal Puan Sri Nadirah kepada menantunya.

"Lia dekat mana sekarang ya ma?" tanya Eryn Camelia kepada ibu mertuanya yang berjalan dari pintu tandas ke arahnya. Puan Sri Nadirah membantu Eryn untuk bangun dari pembaringan ke posisi duduk. Keluhan demi keluhan keluar dari bibir Eryn. Kelihatan pucat sekali riak wajah Eryn sekarang. Dia menahan sakit di bahagian kepala, perutnya dan .... Ehh, perut aku..

Kedua belah tangannya terus memegang perutnya sambil memandang ke arah ibu mertuanya. Seperti memahami soalan yang disoal oleh menantunya, Puan Sri Nadirah hanya mengangguk sambil tersenyum. Petanda yang anak di dalam kandungannya masih lagi bernyawa. 

"Doktor beritahu mama yang Lia kurang air dalam badan sebab tu Lia suka sangat rasa nak pengsan. Adrian tak tahu lagi ke tentang hal ni?" tanya Puan Sri Nadirah.

"Nak tahu macam mana ma, tak pernah nak lekat dekat rumah. Lia nak beritahu dekat dia pun tak sempat. Pagi-pagi lepas Subuh terus keluar pergi kerja breakfast dengan Lia pun dia tak nak.. Selalu balik kerja pukul 11 malam.." mengadu Eryn Camelia kepada ibu mertuanya. Dia tahu yang ibu mertuanya pasti akan lebihkan dirinya. Sebab dari dahulu lagi sejak mereka berkawan rapat Puan Sri Nadirah pasti akan lebihkan Eryn daripada anaknya sendiri.


Throwback...
"Lia, mari sini mama dah masakkan makanan kegemaran kamu. " panggil Puan Sri Nadirah.

Eryn yang sedang bersembang dengan Adrian berhenti begitu sahaja dan terus berdiri. "Jom! Aku dah lapar ni. " kata Eryn Camelia kepada Adrian Daniel.

Namun, lengan Eryn digenggam oleh Adrian. Ehh mamat ni main jelah game tu. "Lepas lah.. Kau nak main game tu main jelah. Aku nak pergi makan mama dah panggil. "

"Kejap laa nak habis dah. Cuba duduk diam sikit aku kalah karang. "

"Ma! Tengok Adrian ni dia tak bagi Lia makan! " jerit Eryn Camelia dari ruangtamu. Sengaja dia tinggikan nada suara dengan harapan Puan Sri Nadirah dengar.

"Adrian Daniel! Sudah-sudah lah tu lepaskan Lia. " kata Puan Sri Nadirah.

"Sakit lah Ad! " tambah Eryn Camelia. Sengaja dia mengadu kesakitan akibat genggam pada lengan kanannya. Tak kuat langsung Adrian pegang lengannya tapi saja nak cari masalah. Tak salahkan.

"Adrian Daniel, mama kata sekali lagi. Mama pergi sana kamu tak lepaskan lengan Lia siap kamu. " tambah Puan Sri Nadirah.

"Mama ni mana aci. Ad ni anak mama ke, si Eryn ni anak mama? " acuh Adrian. Tak tahulah aku nak nangis ke nak ketawa sekarang. Siap dengan muncung lagi si Adrian ni bagi.

"Dua dua anak mama. Dah jom makan kejap lagi sejuk tak sedap. " balas Puan Sri Nadirah lalu menarik lengan Eryn Dan Adrian.

[C] Dulu Kawan Sekarang SayangWhere stories live. Discover now