BAB 37

2K 43 1
                                    

▶️ P L A Y L I S T

Hanya Rindu by Andmesh Kamaleng

🍑🍑🍑

LANTAI marmar itu aku pandang sambil memikirkan cara untuk keluar dari perbelahan ini. Kepala aku kusut. Tersangatlah kusut. Aku penat.. Sudah dua hari aku tidak tidur. Sudah dua hari aku terpaksa bercuti. EL lagi. Semua kerana perkara ini.. Aduh mengapa perlu aku yang harungi semua perkara ini? Sedangkan aku yang nak lari daripada masalah semua ini.

Aku pandang kanan. Aku pandang kiri. Semua orang yang ada di ruang tamu utama di rumah orang tua Adrian memandang aku dengan penuh rasa ingin tahu. Jawapan apakah yang aku akan berikan kepada mereka semua.

Aku pandang wajah mama dan ayah sambil anak mata menjeling ke arah Adrian di hadapan aku. Kepala Adrian masih lagi menunduk. Dia seperti tidak mahu bertentang mata dengan aku. Aku tahu di dalam sudut hatinya dia berasa bersalah. Namun, biasalah kan ego. Lelaki dengan ego tidak akan pernah berpisah.

Eryn Camelia memerlukan masa untuk semua ini. Dia cuba untuk menenangkan hati dan juga perasaannya. Senyuman halus terukir di bibir Eryn apabila dia teringatkan peristiwa manis antara dia dan Adrian sebelum mereka berdua berkahwin.

Flashback.
"Jom! " jerit Adrian lalu menarik lengan kanan Eryn keluar dari bawah khemah itu.

Eryn mengikut langkah Adrian di hadapannya sambil memegang kain yang dipakainya. Datang sini pun dah buat orang pandang akubatas bawah ini kalau terjatuh lagilah tambah malu. "Wey! Kau dah kenapa ni? " tanya Eryn Camelia. Dia cuba untuk merungkaikan tangan Adrian pada lengannya. Namun, of course tak boleh. Si Adrian ni cengkam lengan aku macam dia cengkam kayu gamaknya.

"Adrian! Sakitlah! Lebih baik kau lepas kalau tidak aku gigit tangan kau! " marah Eryn Camelia. Baru ura-ura nak mengigit Adrian pantas melepaskan pegangannya.

"Dah lama hidup atas muka bumi ni? Ke kau nak mati awal? Boleh aje aku awalkan ajal kau. Nak?! " perli Eryn Camelia lalu membetulkan baju kurung moden yang dipakai olehnya. Tiga perkara korang semua kena tahu pasal aku.

Okay, first. Aku tak suka orang tarik rambut tambah-tambah time aku sangul rambut or ikat satu. Kedua, aku tak suka orang tarik dan cengkam tangan, lengan, apa-apa sahaja lah yang berkaitan dengan tarik dan cengkam. Sebab dulu-dulu time umur aku 8 tahun, aku hampir sahaja kena culik. Kau bayangkan tengah happy-happy main dekat taman permainan boleh pula ada eorang mamat yang entah datang dari mana cengkam lengan kiri aku pastu gendong aku nasib baiklah ada orang tengok. Selamat aku. Okay last thing, aku benci orang tak tepati masa. Janji pukul 10 pagi tapi sampai 11 pagi. Kau nampak tak berapa banyak masa aku terulang tunggu kau. Dalam masa sejam tu aku boleh kemas rumah.

"Adila mana? " tanya Adrian Daniel kepada sahabat baiknya. Mana adik aku ni? Aku dah suruh duduk dengan Eryn. Jangan tinggalkan dia keseorangan. Hish, budak kecik ni.

"Dia pergi tandas. Eh dah kenapa kau nak Dila stay dengan aku? Bukannya aku tak pernah duduk seorang. Kau jangan risau lah tak hilangnya aku dalam kawasan rumah nenek kau ni." tambah Eryn Camelia.

"Eh kau ni menjawab pula. Nampak tak dekat sana tu mak cik-mak cik dekat situ tengah usar kau. Kau tak nampak ke pandangan dia orang semua tu?" soal Adrian kepada Eryn.

[C] Dulu Kawan Sekarang SayangWhere stories live. Discover now