BAB 14

2.5K 72 1
                                    

BAJU kurung moden yang diperagakan oleh Eryn Camelia diperbetulkan oleh pereka baju tersebut. Butang baju kurung dibahagian belakang tubuhnya dibutangkan satu persatu. Sanggul yang dihiasi oleh bunga mawar dan bunga ros berwarna putih menyerikan lagi Eryn Camelia pada hari bahagianya.

"Cantiknya kakak Mika! " pintu ditolak Eilham Mikael sambil memandang terus ke arah Eryn Camelia menerusi pantulan cermin.

"Mika! Jangan la buat ig live sekarang. " marah Eryn Camelia sebaik sahaja iPhone milik adik lelakinya sudah dipandangnya.

"Alah, akak nih! Jangan la monyok macam tu. You need to smile. Smile. " pesan adiknya.

"Guys, hari ni girlfriend kedua aku dah nak kahwin. Sedihnya hatiku ini. " Eilham Mikael berkata lagi. Kali ini dia mendekatkan pipi kirinya dengan pipi kanan Eryn Camelia yang sudah cantik disolek.

"Akak cantik sangat hari ni. Tiba-tiba Mika rasa macam nak nangis. " seloroh Eilham Mikael. IPhone milik Mikael diletakkan di atas meja solek dihadapannya. Well, guess what guys? Adik aku lupa yang dia still live dekat ig. Drama telenovela Mikael disiarkan secara langsung sehinggalah dia bakal tersedar nanti.

"Mika, kau nak nangis? Jangan la nangis. Kau nih! Kau buat macam akak nak pergi jauh aje. "

"Macam tak caya aje akak dah nak jadi wife abang Adrian nih. "

"Apa kes ni? Mika, kau buat akak kau nangis lagi ke? " tanya Erman Aazief kepada adik lelaki nya.

Eryn Camelia memandang ke arah abang-abangnya yang baru sahaja melangkah masuk ke bilik tersebut. Kedua mereka sudah smart mengayakan baju melayu berwarna kelabu muda. Okay, abang-abang aku hot hari ni. Susah nak tengok dia orang semua pakai baju melayu termasuk ayahnya. Well, kecuali Raya dengan hari Jumaat aje.

"Adik aku cantik rupanya.. " kata Eyzwan Ukasyah.

"Hai, baru tahu ke orang cantik? " seloroh Eryn Camelia. Kedua mata Eryn Camelia memandang wajah adik-beradiknya melalui cermin dihadapannya.

Tiba-tiba hatinya terasa sedih. Abang-abang dia yang dua orang ni pun tak kahwin lagi. Aku kahwin dulu. Haih la.

"Adik okay tak ni? " tanya Erman Aazief.

"Okay... Okay aje.. Just thinking about about something not important... "

"Fikir apanya lagi? Dah jom. Kita gerak takut tok kadi dah tunggu pula. " kata Erman Aazief lalu membantu Eryn Camelia untuk berdiri.

Eyzwan Ukasyah menyerahkan tiga kuntum bunga Lily kepada Eryn Camelia dan memeluk tubuh kecilnya.

"You're so gorgeous today, baby sis. I'm so proud of you. And, you always be my second one priority after our mommy." kata abangnya.

"Angah, jangan la buat orang rasa nak nangis. " pesan Eryn Camelia.

"Ehhh, korang tiga nak buat adik korang menangis kenapa nih? " tanya mama mereka sebaik sahaja memandang keempat-empat anak-anaknya.

"Tak ade lah ibu. Saja mengusik. " balas Erman Aazief.

"Dah. Simpan joke tu. Eryn, jom sayang. Semua dah tunggu kamu. " ucap ibunya sambil memegang tangan kanan Eryn Camelia.







KEADAAN rungan akad nikah ini dihiasi cantik oleh wedding planner yang ditempah khas oleh mama dan ibu mertua Eryn. Cantik sangat. Bertemakan ala-ala garden gitu. Haruman daripada bunga-bunga ros serta bunga-bunga lily menambah lagi seri majlis hari ini.

"Adrian Daniel Bin Zhahir. " tangan kanan papa dipegang oleh Adrian.

"Ya, saya. " jawab Adrian dengan suara yang macho. Eryn sudah dapat membaca aksi Adrian kali ini. Dengan suara bajet macho macam tu guys. Jangan melting sangat bila dengar suara dia. He just act like that.

"Aku nikah akan dikau dengan puteriku Eryn Camelia Binti Ahmad Shah berwalikan aku dengan mas kahwinnya RM 5,000 tunai... " perkataan 'tunai' sengaja di panjangkan dan selepas itu aku lihat wajah tenang Adrian membalas pamdangan papa dengan senyuman. Confident nya muka dia nih. Sempat Eryn mengutuk tunangnya.

"Aku terima nikahnya Eryn Camelia Binti Ahmad Shah, dengan mas kahwinnya RM 5,000 tunai. " akad sudah diterima oleh Adrian Daniel dan dengan serta-merta aku sudah menjadi isteri kepada sahabat karib aku.

"Sah? " tanya ayah kepada orang disisi kanan dan kirinya sebelum mereka semua mengangguk.

"Sah. "

"Sah. "

"Alhamdulilah. " semua hadirin dan hadirat yang hadir mengucapkan syukur kepada-Nya atas kelancaran majlis sebentar tadi.

Doa dibacakan oleh tok kadi yang bertugas. Seingat Eryn semalam papanya beritahu kepadanya dia berasa takut. Takut untuk nikahkan aku. Mama cakap papa aku ni nampak aje tegas tapi dalam hati ade taman. Taman bunga lagi. Lembut gitu. Tambah-tambah kalau hal itu melibatkan dengan aku terus muka ganas ala-ala pengetua bertukar. Papa. Papa... Aleh aleh dia juga yang nikahkan aku.. You always be my man, papa. Always.

Tangan ditadahkan dan mengaminkan setiap doa yang dibaca. Sebaik sahaja Eryn memeluk tubuh mama nya. Eryn memeluk tubuh ibu mertuanya. Pelukan dieratkan oleh Puan Sri Nadirah.

"Terima kasih, Eryn sebab terima Adrian dalam hidup kamu. " ucap Puan Sri Nadirah dengan senyuman.

"Suami kamu dah datang nak sarungkan cincin. " kata mama disisi kanannya.

Eryn Camelia memandang ke arah hadapan dan melihat Adrian yang segak berpakaian baju Melayu yang sedondon dengannya melangkah ke arahnya. Adrian duduk melutut dihadapannya sebelum mengambil bekas cincin yang diusakan oleh sahabatnya, Zikri.

Kejung terus badan Eryn sebaik sahaja Adrian memegang tangan kanannya. Eleh. Macam sebelum ni Adrian tak pernah pegang tangan aku aje. Yang hati ini pun satu. Rileks lah. Dok berdegup kencang sangat dah kenapa?

Sebaik sahaja Adrian menyarungkan cincin bertatahkan berlian itu di jari manis Eryn. Semua orang memandang Eryn. Eryn kaku. Nak suruh aku buat ape?

"Salam tangan suami kamu Eryn. " kata Puan Dahlia disisinya.

"Oooo.. Okay.. " jawab Eryn menimbulkan gelak tawa hadirin yang hadir.

Eryn menyalam tangan kanan Adrian dan kamera pun beraksi.

Snap! Snap! Snap!

Sebaik sahaja Eryn mengangkat kepalanya. Sahabat baik Eryn menyerahkan bekas cincin kepadanya. Sebentuk cincin diambil dan Eryn menyarungkan pada jari Adrian. Selepas itu Eryn melihat Adrian mencium dahinya. Okay. Bab kiss ini first time Adrian buat. Ini memang buat aku terkejut beruk. Sehinggakan kedua belah matanya terbuka luas.

Rasa macam nak bagi penerajang aje dekat Adrian sekarang. Nasib baik ada ramai manusia dekat sini. Kalau tidak dah lama ambulance datang ambil kau.

Anak mata Eryn Camelia menikam anak mata Adrian sebaik sahaja Adrian memandang wajah Eryn. Senyuman playboy Adrian terukir pada bibirnya. Gatal! Gedik! Eeeeee, bencinya aku. Kenapa la aku boleh kata OK dengan semua ni? Aku ke yang bodoh sekarang?













TO BE CONTINUED....

[C] Dulu Kawan Sekarang SayangWhere stories live. Discover now