HD : 2

3.4K 200 104
                                    

Her Desire
"Pilihanku," — Malikha

***

KEPALAKU mula berdenyut dengan kuat membuatkan aku terpaksa mencelikkan mataku. Sinaran matahari yang masuk dari sebuah tingkap kecil tanpa ditutupi langsir itu juga menganggung tidurku.

Tidur?

Serta merta kedua belah mataku berbeliak buka. Aku mengubah posisi dari berbaring ke duduk. Mataku meliau memandang sekeliling dan akhirnya satu persoalan muncul dalam benakku.

Aku dimana?

Ini bukan bilik aku ni flat! Aku lihat kebawah dan lihat badanku hanya ditutupi dengan sehelai selimut berwarna merah velvet tanpa seurat benang menutup tubuhku. Kelam kabut aku bangun dari duduk bersama selimut tadi melilit.

Belum sempat aku bangun, aku sudah jatuh terduduk ke lantai tidak mampu untuk berdiri kembali. Aku rasa... kesakitan yang amat sangat pada kemaluanku membuatkan aku tidak boleh berdiri.

"Argh! erangku sendirian. Kesakitan yang amat sangat membuatkan aku lemah.

Aku tidak suka menjadi lemah tapi apa sebenarnya yang jadi pada aku semalam sehingga aku jadi begini?

Ibu suruh beli telur dan sardin.

Terjumpa seorang lelaki.

Terjumpa satu kerja kosong dan mengikut lelaki itu masuk ke dalam sebuah kedai makanan cina.

Aku masuk ke dalam sebuah bilik gelap dibelakang restoren itu dan...

Aku ditarik.

Aku sudah ingat dengan apa yang terjadi pada aku semalam. Aku sudah jatuh terduduk dan mengingoi menangis menyesali takdirku. Apa yang aku ada sekarang sebagai seorang anak gadis?

Anak gadis?

Bukan! Seorang wanita.

Apa penerimaan ibu? Mampu ke dia menerima aku sebagai anaknya lagi?

Aku sudah tidak sanggup untuk berfikir lagi. Terlalu berat masalah aku sehingga aku tak henti nangis dari tadi. Suasana dingin bilik juga tidak menyejukkan hati aku.

Dengan hati yang bungkam, aku bangkit dari dudukku dan melangkah perlahan menuju ke bilik air. Tiba di bilik air, aku merenung sebuah cermin segi empat kecil menghiasi bilik air yang serba ringkas itu.

Aku nampak biasan wajahku yang sembap dengan tangisan tadi. Bawah mataku terdapat lingkaran hitam yang semakin menonjol.

Aku benci diri aku.

Apa salah aku sehingga aku dihukum sebegini, Ya Allah?

Aku ikut perintahmu dengan memakai tudung, solat, puasa tetapi inikah balasanmu kepadaku yang kerdil ini? Aku tahu aku sudah hina dimatamu tetapi ini bukan salahku!

Setitis demi setitis lagi air mataku turun membasahi pipi mulusku. Entah mengapa aku masih lagi mahu menangis hanya kerana dengan benda yang sudah berlalu. Tapi wajah lelaki semalam aku sendiri tak ingat. Wajahnya terlalu samar kerana bila aku memasuki ke dalam bilik semalam, hanya bertemankan dengan lampu kecil di sebelah katil. Tapi yang aku pasti...

Dia seorang yang kejam.

Meragut daraku tanpa dipinta dan membuat aku seperti sebuah mainan yang tiada nilai di matanya.

Aku takut.

***

AKU menjenguk kepalaku diluar pintu bilik ke kiri dan ke kanan. Sudahlah aku tidak ubah seperti seorang pelarian. Bajuku yang aku pakai semalam sudah hilang tanpa dijejak dan aku hanya ditinggalkan dengan sehelai blouse dan skirt pendek.

Her Desire | ONGOINGWhere stories live. Discover now