Her Desire
"Dimanakah silapku?" — Malikha***
DARI luar lagi aku sudah dengar dendangan lagu berjudul Sumpah yang dinyanyikan live oleh seorang pemenang AJL 2019 muda. Aku tak berapa ingat tajuknya, tapi pernah juga dengar suara katak Eskandar menyanyi.
"Miss Malikha, Datuk Isma datang pukul berapa?" soalnya perlahan. Aku menoleh kearahnya dan memandangnya sekilas sebelum menjeling tajam kepadanya. Sudahlah bercakap dengan aku, tapi mata asyik merenung barisan valet di luar kereta.
Aku malas mahu menjawab soalan Eskandar dan hanya mendiamkan diri. Mataku sendiri asyio melihat dekorasi mewah kawasan hotel dimana majlis ini berlangsung. Dengan menggunakan warna hitam dan emas sebagai tema, sukar untuk aku mengalihkan pandanganku.
Tetamu yang hadir pun bukan calang-calang. Aku dengar ada desus mengatakan yang ada beberapa pelakon dan penyanyi serta businesswoman terhebat Malaysia akan ada sekali. Aku? Mestilah aku teruja bagai nak gila. Akhirnya, aku dapat berjumpa dengan idola aku, Vivy Yusof!
Sedang aku asyik tersenyum melihat pokok-pokok yang cantik dilimpahi cahaya kuning, senada dengan tema, aku rasa bahuku disentuh perlahan. Tak lain tak bukan, Eskandar. Aku memalingkan kepala kepadanya sambil menjongketkan kening. Aku anti betul kalau orang suka pegang-pegang aku ni!
"What do you want, Hud Eskandar?" sinisku.
"Budak valet tu kata majlis dekat tingkat 5," jawabnya senada. Dia menyambar dompetnya dan telefon bimbit dari dashboard kereta lalu digenggam. Sempat lagi dia mematikan enjin kereta.
"Lepastu?"
Aku dengar ada satu keluhan keluar dari dua ulas bibir merah itu, tanda dia annoyed dengan aku. Nasiblah kau, Eskandar. Aku bos kau! Haha.
"Lepastu, three! Habis, you nak duduk sini sampai you tua ganyut ke? Kenapa? Dah taknak jumpa Datuk Isma?" Sempat lagi dia menyindir aku dengan keras sebelum memboloskan tubuhnya keluar dari kereta. Sebelum dia menutup pintu kereta, sempat lagi kepalanya terjengul di pintu. "Baik you keluar cepat, we're holding a traffic here,"
"Eh, berlagak sungguh dia ni!" bebelku sebal. Tanganku laju mengambil clutch Chanel dari ribaku dan menunggu Eskandar membukan pintu buatku. Aku hanya duduk dan menunggu lelaki itu. Bukan aku tak tahu yang Eskandar cukup benci kalau aku suruh dia membukakan pintu untukku.
"You ni takde tangan ke nak buka pintu?" bebelnya memprotes perangai diva tak bertempat aku.
"Belum lagi. Esok baru i reti!" Serentak itu, pintu kereta BMW aku ditutup kuat olehku seraya menjeling kepada Eskandar.
***
"DIPERSILAKAN pemenang innovative entrepreneur of the year yang baru sahaja berumur 28 tahun tapi telah membuat nama dipersada dunia, Malikha Haura pemilik Lunars Valet!" Gamat satu dewan bertepuk tangan serta menjerit kesukaan apabila MC terkenal Nabil Ahmad mengumumkan namaku sebagai pemenang.
Sebuah senyuman kecil tersungging dibibirku sebelum aku menghela nafas kerana gementar dan bangun dari kerusiku. Kakiku diatur menuju kearah pentas dengan penuh keyakinan dan bila tiba di atas pentas, sebuah senyuman manis aku ukirkan pada Nabil Ahmad. Trofi kaca daripada Incorporation Awards yang dihulur oleh seorang maskot itu aku sambut.

ANDA SEDANG MEMBACA
Her Desire | ONGOING
Lãng mạn• Third book of the Her Series • "Tolong lepaskan aku." - Malikha ▪️Best Chic Lit by The Real Star Awards Aku, Malikha Haura. Hidupku tak seindah orang lain. Kesempitan hidup menjadikan aku alpa dan terikut nafsu demi sebuah kemewahan dunia. Ya...