Her Desire
"Aku rosak dan tak boleh dibaiki," — Malikha***
"JADI kau memang betullah jadi pelacur dekat kelab sebelah kedai printing tu?" Dia menghembuskan asap rokoknya ketepi buat kali terakhir. Kemudian, mencampak punting rokok itu ke lantai dan memijaknya.
Aku berdecit. "Baik sikit, okey? Aku bukan jual badan tapi..."
"Jual body?" Dia tersenyum sinis lalu mengeluarkan lagi sebatang rokok dari poketnya dan menghlurnya kepada aku.
Pap! Aku menepuk dahinya.
"Aku tak merokok, bodoh. Aku belum nak mati lagi," Aku terhenti.
"Kau tak payahlah nak hina aku sampai macam tu sekali, Hael. Aku bukannya jual badan," Aku menyambung. Jariku ligat mengelus rambut Hael sambil memandang kesamaran bangunan sekolah.
"Kau tak payah nak tipu aku. Aku pernah nampak kau masuk dekat sana dengan Connor. Kau jumpa Robert, kan?" tebak Hael lalu bangun dari perbaringannya di peha aku dan menghembuskan asap rokonya lagi.
Keningku terjongket mendengar telahan Hael itu. "Kau... kenal Robert dengan Connor?"
"Ha'ah, aku saja aje lepak sana lepas habis kelas tambahan dulu, lepastu..."
"Habis kelas tambahan? Ke kau lari?" pintasku lalu tertawa mengejek. Acah aje pergi kelas tambahan! Bukannya aku tidak tahu apa yang dia selalu buat masa orang pergi kelas tambahan. Menipu itu makanan Hael.
Hael tertawa sekali. "Okey, fine. Aku lari, but that's besides the point, sayang," Tiba-tiba dia mendekatkan wajahnya kepada aku. Aroma rokoknya tadi sudah menusuk ke hidungku.
Pap! Aku menolak bahu Hael menjauhi aku sambil menjeling.
"Kau taknak pergi sekolah balik?" Aku sempat mengerling ke arah jam Swatch dipergelangan tanganku yang menunjukkan pukul 11 pagi. Ikutkan, sekarang waktu matematik. Waktu Cikgu Nazri, ayah Hael.
Hael menjongketkan bahunya tanda tidak tahu. "Aku malaslah nak tengok bapak aku mengajar! Dekat rumah tengok muka dia, dekat sekolah tengok muka dia, entah bila nak mati pun tak tahu!"
Hatiku sedikit tersentap. "Kau lupa ke kalau ayah kau takde, kau jadi macam aku, tau? Or even worse. Look at you, you have a motorcycle. Kau nak apa lagi?" ujarku sedikit beremosi. Bila menyentuh tentang ayah, aku sedikit tersentap biasanya.
"Ada bapak pun takde kebebasan, nak buat apa?"
Aku bingkas bangun dari dudukku, malas mahu bertelagah dengan Hael lagi. Beg sekolahku yang terdampar disebelah pokok besar, aku ambil dan lantas berdiri semula. Tanpa gentar, aku menunding jari ke arah Hael.
"Kalau kau nak terciduk sorang-sorang, itu bukan masalah aku. Yang aku tahu, aku nak pergi sekolah dan aku nak kau bawa aku ke sana," Aku memeluk tubuhku.
Perlahan Hael bangun dari duduknya lalu mengangkat kedua belah tangannya keudara tanda mengalah. "Okey fine, aku hantar kau depan pagar aje boleh?" Dia menyeluk tangan ke poket seluar dan mengeluarkan kunci motornya. Sebuah helmet dihulurkan pada aku.
YOU ARE READING
Her Desire | ONGOING
Romance• Third book of the Her Series • "Tolong lepaskan aku." - Malikha ▪️Best Chic Lit by The Real Star Awards Aku, Malikha Haura. Hidupku tak seindah orang lain. Kesempitan hidup menjadikan aku alpa dan terikut nafsu demi sebuah kemewahan dunia. Ya...