HD : 13

1.9K 135 43
                                        

Her Desire
"Aku sanggup berbuat apa sahaja demimu." — Malikha

***

DARI jauh lagi aku sudah nampak bayangan ibu sedang melambai kepada aku. Aku mengukirkan sebuah senyuman pahit dan melangkah perlahan mendekatinya. Sampai dihadapannya, aku mendepakan tanganku dan mahu memeluk tubuh tua itu. Tanpa sebarang kata, ibu memeluk tubuhku kembali.

"Ibu sihat?" soalku disebalik kepala ibu. Aku amat rindukan rasa kehangatan tubuh ibu semasa dia memeluk aku. Hampir saja aku menitiskan air mata kerana terlalu terharu.

Pelukan dilepaskan dan aku sempat mengelap tubir mataku yang sedikit basah. Aih, aku ni pun!

"Mestilah sihat..." Ibu tersenyum kecil namun pandangannya berubah tajam pabila dia memandang kepalaku. "Ni, mana tudung Ika?" Tanpa sebarang amaran, ibu terus menarik hujung rambutku.

Aku menyeringai kesakitan.

"Sakitlah, bu! Ei, apa tarik-tarik rambut Ika dekat public ni, bu? Malulah!" protesku sambil mencebikkan bibir. Tanganku mengusap rambutku yang sedikit serabai selepas ditarik oleh ibu.

"Oh, tarik rambut dekat public kamu malu. Habistu kamu ni berkepala bogel, tak takut dengan tuhan ke?" sindir ibu menyindir aku.

Hampir tersedak aku mendengar balasan pedas lagi berapi ibu itu. Terkesan habis!

Sejujurnya, aku sendiri sudah lupa kali terakhir aku menyarungkan tudung ke kepalaku. Saban hari aku ke pejabat hanya dengan menyarungkan blouse satin dan pencil skirt. Kalau aku ada appointment penting, aku hanya memakai suit. Mudah dan praktikal. Manakala dandanan rambut, kadang aku biarkan lepas ataupun ikat menjadi sebuah bun.

"Ala ibu, esoklah Ika pakai. Kat rumah tu ada aje tudung," jawabku senada.

Tiba-tiba ibu mencubit perutku dengan kuat sehingga aku rasa mahu menjerit di tengah laman KLIA ini. Ini kalau orang lain yang berani sentuh aku, memang habis dah kena pelangkung.

"Suka hati kamu aje nak mainkan tudung. Ni, aurat kamu tau? Jual tudung tapi tak pakai tudung," sindir ibu lagi. Tapi kali ini pakej sekali dengan sebuah jelingan yang tajam! Pergh.

Jual tudung tapi tak pakai tudung. Fuh, sindiran ibu tak pernah tak buat aku menggelabah. Pedas dia lain macam!

"Tak apa bu, esok Ika pakailah tudung eh?" pujukku lagi sekadar mahu menyuruh ibu diam. Dari tadi aku rasa banyak mata yang asyik memandang aku. Aku pun sebenarnya boleh tahan famous. Siapa aje tak kenal Malikha Haura, ikon fashion Malaysia? Haha.

Ibu mendengus kasar tapi tak berkata lebih. Dia pun dengan selambanya menolak troli bagasinya dan menjauhiku. Kelam-kabut aku melajukan langkah mahu menyaingi ibu. Jalan punya jalan, tak sedar yang aku sudah sampai di hadapan kereta BMW aku.

"Macam mana dengan penyakit ibu tu? Dah makin okey? Doktor ada kata apa-apa ke?" soalku berbasa-basi. Sebelah tanganku menyeluk beg tangan dan mengeluarkan kunci kereta aku. Bila aku dekatkan kunci tersebut, secara automatik pintu kereta dibuka. Butang bonet kereta aku tekan.

"Doktor kata ibu tak boleh aktif sangat. Tapi okeylah kot," balas ibu senada.

Mataku terbeliak mendengar jawapan selamba ibu.

"Dahtu, kalau doktor kata ibu tak sihat, kenapa ibu datang Malaysia? Jauh tu!" Aku bercekak pinggang di hadapan ibu. Sudahlah datang Malaysia tak bagitahu awal-awal!

"Kamu taknak ibu datang ke? Kalau ibu mati dengan Singapore tu macam mana? Apa, ibu tak boleh datang tengok anak sendiri ke?" balas ibu garang lalu menjelingku tajam.

Her Desire | ONGOINGTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang