Her Desire
"Aku hanyut dalam duniaku." — Malikha***
12 tahun berlalu...
MATAKU hanya memandang panorama indah kota Kuala Lumpur dari tingkat 20 bangunan kondominium mewahku seperti hari biasa. Deruan angin yang lembut mengelus pipiku langsung aku tidak peduli kerana pada aku, pemandangan Kuala Lumpur ini selalu menenangkan aku dari kegilaan hidup.
Serabut.
Klak! Aku terdengar bunyi pintu bilikku dibuka dari dalam tetapi aku tiada hati mahu berpaling dan melihat siapa. Dalam rumah ini hanya ada tiga orang penghuni. Kalau bukan aku, mesti antara dua pembantu rumahku.
"Miss Malikha, Cik Joyah nak cakap yang orang kedai perhiasan dah sampai," Kedengaran sayup-sayup saja suara Cik Joyah menegurku.
Perlahan-lahan aku memalingkan tubuhku padanya bersama wajahku yang beku, tiada perasaan. Aku menjongketkan keningku padanya bertanya, 'kenapa?'
"Orang kedai perhiasan dah sampai. Diorang kata, Datuk yang hantar diorang ke sini. Jadinya..."
"Lepastu Cik Joyah nak I ke yang jemput mereka masuk? Macam tu?" Perlahan sahaja suaraku mendesis kepadanya. Perlahan, tetapi Cik Joyah yang sudah bekerja denganku selama 3 tahun faham amat apa yang aku maksudkan.
"Bu... bukan, miss..." Laju Cik Joyah menggeleng kepalanya. Dia hanya menunduk menekur lantai dan langsung tidak berani memandangku di mata.
Aku memeluk tubuhku lalu mengeluh perlahan sambil menggeleng perlahan. Dasar orang kampung, benda mudah pun susah nak faham!
"Yang Cik Joyah duduk sini lagi buat apa? Bawalah mereka masuk. Cik Joyah nak I ke yang bukakan pintu untuk mereka? Cik Joyah nak ke I potong gaji Cik Joyah so that your family dekat kampung berlapar? Gitu ke?"
"Tak, miss. Cik... Cik Joyah pergi sekarang eh?" balasnya takut-takut. Matanya juga asyik mengelak dari memandang kearahku.
Takut mungkin.
"Habistu, bila?" ujarku bernada separa menjerit kepadanya. Hilang sudah mood aku mahu melihat panorama Kuala Lumpur. Apatah lagi mahu melihat barang perhiasan diri yang ribu-riban harganya.
Cik Joyah hanya menikus dan laju melangkah keluar dari bilik tidurku.
"Kata dengan Mak Milah yang saya nak coffee Starbucks I dekat atas meja kerja I in five minutes." Arahku selamba dengan menjerit sekuat hati. Kenapa aku menjerit? Kerana aku tahu, Cik Joyah dan Mak Milah tidak akan sesekali ingkar arahanku walau mereka di dalam tandas sekalipun.
"Baik, miss!" Serentak dua suara membalas kepadaku.
Aku tersenyum puas mendengar balasan mereka. Perlahan aku menutup semula pintu gelongsor bilik dan merapati ke arah katil besaiz king aku. Tanpa mengendahkan kehadiran tetamu, aku membaringkan tubuhku pada katil empuk dan semestinya... mahal itu.
Harga tilam saja boleh membayar harga bayaran bulanan kondominium mewah aku ini. Aku percaya yang semakin mahal sesuatu barang itu, makin lama boleh dipakai.

ANDA SEDANG MEMBACA
Her Desire | ONGOING
Romance• Third book of the Her Series • "Tolong lepaskan aku." - Malikha ▪️Best Chic Lit by The Real Star Awards Aku, Malikha Haura. Hidupku tak seindah orang lain. Kesempitan hidup menjadikan aku alpa dan terikut nafsu demi sebuah kemewahan dunia. Ya...