HD : 7

2.4K 184 64
                                        

Her Desire
"Ia seakan memanggilku," — Malikha

***

"KALAU saya bunuh diri, baby ni rasa sakit tak?" soalku pada doktor itu polos, sambil mata merenung pada tingkap yang sedikit terbuka. Deruan angin yang masuk langsung tidak menghilangkan gundah hatiku.

Aku rasa tidak selamat.

Perutku yang masih leper, aku sentuh seeratnya. Kata doktor, anak aku hanya sebesar kacang tetapi aku dapat rasakannya dalam rahimku, membesar.

"Malikha, kenapa cakap macam tu? Anak tu tak salah and so are you," Doktor itu tersenyum lalu melabuhkan punggung di sebuah kerusi hadapanku.

Aku menggeleng. "I'm not what you thought of me. Saya di... diro..." Aku tidak mampu menghabiskan kataku kerana pelbagai rasa menerjah hatiku. Malu, marah san semestinya takut.

"Saya tahu awak dirogol. Tapi itu tak bermakna awak boleh bunuh diri awak, kan?"

Sebuah keluhan terpacul dari mulutku. "Saya dirogol beberapa bulan yang lepas. Tapi anak ni..." Aku memandang perutku lalu mengusapnya lembut. "Bukan anak dari hasil rogol tu," terangku jujur. Buat apa aku mahu menyorok?

Doktor itu kelihatan tersentak namun dia cuba berdehem kecil lalu tersenyum kecil dan sedikit kekok. "Apa maksud awak?"

"Lepas saya dirogol, saya kerja di kelab saya dirogol tu dan saya ditawarkan kerja sebagai erm..."

"Call girl?" pintas doktor itu.

Perlahan-lahan aku menganggukkan kepalaku. "Saya bukannya orang yang baik. Saya taknak anak ni terseksa sekali, doktor. Saya sendiri tak tahu siapa ayah anak ni," luahku. Seteruk-teruk aku, aku masih ada hati dan perasaan. Aku tidak akan membiarkan anak aku malu dengan diriku sendiri. Seorang gadis rosak sepertiku tidak layak!

Sekalipun aku menyimpan kandungan ini, mana lagi aku perlu pergi? Ibu akan bunuh aku dan kerat empat puluh kali kalau dia tahu semua kegiatanku. Aku cuma tidak mahu melihat ibu sedih. Aku sayangkan dia sangat-sangat dan dialah satu-satunya ahli keluarga yang aku ada.

Doktor itu mengeluh. "Saya tak boleh cakap banyak sebab this is not my field. Kalau awak nak, saya boleh refer awak ke bahagian psychiatry hospital?" Dia mencapai papan tulisnya tadi lalu menulis beberapa bait perkataan sebelum memandangku semula.

Aku menggeleng laju. "Saya taknak! Saya bukannya gila! Saya cuma nak mati aje, bukan ke itu lagi senang? Saya senyap dari dunia ni? It's easier!" tengking kuat. Entah mengapa perasaan amarahku melonjak naik apabila doktor itu seakan kata aku gila. Aku bukannya gila! I'm just doing a favour for the society.

"Malikha, dying is not the only way. God gave us the purpose of life to strive and be stronger. Ramai lagi manusia lain yang nak hidup lama dan lihat anak mereka membesar tapi kerana ada penyakit, diorang terpaksa meninggalkan orang tersayang. Don't you feel guilty of that? Ambil nyawa sendiri?" Mata doktor itu memandangku tepat ke mataku.

God gave us the purpose of life to strive and be stronger. Bagaikan kaset rosak, ayat tersebut bermain dalam mindaku. Berpusing beribu kali.

"Tapi saya bukan orang yang baik. I let those people touch me because I'm greedy. Saya tamak dengan duit." Satu persatu air mataku jatuh ke pipi. Apabila aku imbas kembali hidupku selama beberapa bulan ini, aku teringat. Aku teringat yang aku terlalu mewah dan kemewahan ini bukan untukkku.

Her Desire | ONGOINGTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang