Her Desire
"Tiada apa bukan hak aku." — Malikha***
"KEUNTUNGAN kita untuk tahun ini meningkat rapidly berbanding tahun lepas..." Belum sempat pengurus bahagian sales itu menghabiskan kata, seluruh bilik mesyuarat sudah bertepuk tangan.
Tersenyum lebar dia.
"Not only that, we finally kalahkan Fashion Valet buat kali pertama setelah 3 tahun Lunars Valet membuka tirainya!" Penuh semangat dia mengumumkan ayat itu. Aku boleh nampak betapa lebarnya senyuman mereka.
Tak sia-sia nampaknya kami mengeluarkan koleksi tudung yang diinspirasikan daripada bulan Breast Cancer Awareness Month yang menggunakan warna putih dan merah jambu serta mengangkat Barbie sebagai subject matter dalam kempen ini.
Secara naturalnya, Barbie terkenal dengan bentuk tubuh tidak realistik yang sentiasa menjadi sogokan para gadis sejak mereka kecil. Tetapi dalam kempen aku, aku menunjukkan yang Barbie juga memperkenalkan dunia kepada apa yang seorang wanita ataupun gadis patut gapai dalam mempertahankan hak asasi mereka.
Be it from looks or even the way a woman should be treated.
"Miss Malikha, haritu miss kata nak belanja satu office Rakuzen, kan kalau kita dapat capai target kita?" laung seorang pekerja berbaju biru serta tudung berwarna senada yang diselimpang ke bahu.
"Hoi, kau ni tak malu ke?" Belum sempat aku mahu membalas, kawannya di sebelah sudah memukul bahunya. Nak tergelak aku dibuatnya.
Semua mata memandangku dengan penuh harapan. Bila aku memandang kepada Eskandar, dia pun berbuat sama. Matanya yang kebiasaannya kelihatan beku dan tidak berperasaan, kelihatan teruja.
Dia teruja nak makan lunch dengan colleaguesnya daripada aku? Huh!
Beg tangan Chanel dari bawah meja aku ambil dan aku mengeluarkan beg dompet aku berjenama sama. Sekeping kad plastik bertulis Platinum aku letakkan ke atas meja.
"Saya mentanggungjawabkan Julia dari bahagian account yang pegang kad ni, ya?" Aku sempat mengenyitkan mata kananku sambil tersenyum. Tuan punya badan terus mengambil kad tersebut dan menyisipkannya ke beg dompetnya.
"No limits?"
Aku mengangguk kecil.
"Really, miss? Thank you so much!" Teruja betul mereka semua.
Belum sempat aku menepuk tangan sebanyak tiga kali seperti biasa, semua pekerjaku telah keluar dari bilik dan meninggalkan aku berdua bersama Eskandar.
Tangan kananku diangkat lalu mengerang kecil menandakan aku sedang menggeliat. Dari ekor mataku, aku lihat Eskandar sedang mengemas barang-barang serta laptopnya.
Dia nak pergi mana?
"You nak pergi mana, Eskandar?" tegurku senada tanpa memandangnya.
Tangannya terhenti dari mengemas barangnya lalu memandangku dengan wajah stonednya. Kening kanannya turut sama terjongket.

ANDA SEDANG MEMBACA
Her Desire | ONGOING
Roman d'amour• Third book of the Her Series • "Tolong lepaskan aku." - Malikha ▪️Best Chic Lit by The Real Star Awards Aku, Malikha Haura. Hidupku tak seindah orang lain. Kesempitan hidup menjadikan aku alpa dan terikut nafsu demi sebuah kemewahan dunia. Ya...