HD : 15

827 56 8
                                        

Her Desire
"Aku?" - Malikha

***

"IBU! Bukalah pintu ni, bu!" Berkali-kali aku mengetuk pintu namun, panggilanku masih tidak bersahut dari dalam.

"Eskandar, you sure ke ibu I tak pergi IKEA ke, mana ke?" Kepalaku yang tidak gatal, aku garu perlahan. Seingat aku, ibu ada kata dia mahu pergi ke IKEA bersama Cik Joyah. Aku pun cuma mengiyakan aje semalam.

Eskandar mengangguk laju.

"Betul! She called me just now," ujarnya sambil menunjukkan skrin telefonnya yang terpampang call log tengah hari tadi.

Sebuah keluhan keluar dari mulutku. Mana pulalah ibu ni? Aku cuba mengetuk pintu rumahku lagi sekali dan menunggu balasan ibu tetapi ibu langsung tak menyahut.

Kalau mengetuk pintu tak berjaya, maka terpaksalah aku memasukkan passcode pintuku.

260408

Jariku lincah menekan-nekan pada papan passcode tersebut dan secara automatik, pintu rumah aku terbuka dari dalam.

Lantas aku menanggalkan kasut tinggi 5 inci aku dan campakannya ke tepi. Tanpa menghiraukan Eskandar di belakang, aku masuk ke dalam rumah dulu. Mana ibu ni? Aku mencampak beg mahalku ke lantai lalu berjalan laju ke arah bilik ibu.

Terkejut aku melihat ibu yang sedang memakai satu kain sembahyang berwarna putih yang dikenali sebagai telekung. Entah kenapa perbuatan ibu itu bagau menjentik hati kecilku. Alunan ayat suci menerjah ke telinga bagai lagu merdu yang sudah lama aku tidak dengar.

Alunan ayat al-quran.

Dari muka pintu bilik, aku lihat ibu sedang duduk berteleku di atas sejadah bersama sebuah Al-quran dibuka di hadapannya. Rasanya... aneh.

Aku sendiri lupa kali terakhir aku membuat perbuatan itu.

"Soda qallahulazim." Ibu mendekatkan kitab suci itu pada wajahnya lalu menciumnya dari dahi ke mulut dan menuju ke dadanya buat seketika. Ibu akhirnya menoleh ke belakang dan tersenyum melihat aku statik berdiri di muka pintu.

"Awalnya Ika balik?" soalnya sambil menanggalkan telekung dari kepalanya. Dia meletak telekung tersebut ke ampaian kecil di penjuru bilik. Sehelai tudung sarung terdampar di atas katil diambil lalu disarungkan ke kepala. Memang perangai ibu memakai tudung di rumah walaupun hanya ada aku.

"Ika balik sekejap je," balasku perlahan, masih terkesan dengan perlakuan ibu tadi.

Melihat ibu sudah keluar dari bilik, aku membontotinya dengan dekat. Langkah kami berdua diaturkan menuju ke dapur. Di bahagian kaunter dapur yang bercorak grey marble penuh dengan barangan basah dan mentah yang masih elok di dalam beberapa plastik pasaraya Jaya Grocer. Mana datang ni semua?

"Ni tadi bos kau datang, dia bagi semua barang basah ni. Banyak betul dia beli untuk kamu, Ika. Baiknya bos kamu," puji ibu macam tahu-tahu aku tengah keliru ayam. Dia mengeluarkan bekas ayam dan daging dari plastiknya lalu dibawa ke singki untuk dicuci sebelum akan disimpan di dalam freezer.

Selepas daging dan ayam itu siap dibasuh, ibu meletakkan dua sumber protein itu di dalam freezer. Aku masih melihat-lihat barang didalam plastik dan tiba-tiba aku terjumpa sebuah paket berwarna biru tua kecil yang bertulis DUREX di paket tersebut. Cepat cepat aku ambil peket itu dan menyoroknya dalam poket blazer tanpa disedari oleh ibu.

"Kamu balik ni kenapa?" soal ibu tiba-tiba.

"Saje je," balasku laju, cuba menyorok gugupku dari ibu.

Her Desire | ONGOINGTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang