HD : 1

4.6K 209 119
                                        

Her Desire
"Tolong, lepaskan aku," — Malikha

***

12 tahun dulu...

NASI berlaukan kepala ikan bilis itu aku merenung lama. Aku berharap sepinggan nasi itu berubah menjadi sepinggan mee goreng mamak kesukaanku namun, hampa. Entah sampai bila aku perlu menghadap makanan seperti ini lagi. Anjing dan kucing makan lagi elok.

"Ika... kenapa tenung makanan tu? Makanlah, nak." Tegur ibu yang baru keluar dari biliknya. Rambutnya berserabai dan bau busuk menusuk ke hidungku. Ibu belum mandi lagi....

Aku berdehem seraya menegakkan badanku sebelum menggumpal nasi itu menjadi bola kecil dan menyuapkannya ke dalam mulut. Pelbagai rasa menghentak lidahku. Dengan rasa masinnya, payau dan rasa pahit dari perut ikan bilis itu. Tapi aku tetap menelan juga kerana aku tiada pilihan.

Bukan hak aku untuk memilih.

"Ibu makanlah sekali, takkan nak biarkan Ika makan sorang sorang?" tanyaku dengan mulut penuh.

"Ibu dah kenyang makan dekat kantin tadi. Harini lauk dia daging bakar. Sedap, Ika!" penuh ceria ibu memberi tahu. Mata ibu bagaikan bersinar menceritakan itu kepadaku.

Tapi aku tahu, ibu yang bekerja sebagai cleaner di syarikat korporat besar itu tak mampu mahu membeli sepinggan nasi bersama daging bakar berharga RM 12.90 itu. Sebaliknya, aku tahu bila ada pinggan yang ada lebihan nasi daripada tuannya, ibu akan makan bekas itu. Aku tahu kerana aku pernah nampak.

"Sedap eh, ibu? Bawalah Ika sekali lain kali," balasku. Nasi berlaukan kepala ikan bilis itu aku gumpalkan lagi dan menyuapnya kedalam mulut.

Ibu tersenyum nipis sambil tangannya mengelus rambutku lembut dengan penuh kasih sayang.

"Ika... ibu dah gaji. Nanti Ika pergi beli telur dengan sardin dekat kedai Chung tu eh?" ujar ibu lalu mengeluarkan dompet lusuhnya menghulurkan duit RM 10 kepadaku.

Macam biasa, bila ibu dah gaji, dia akan beli beberapa biji telur dan makannya bersama sardin. Semestinya sardin yang paling murah di kedai Chung dan memakannya selama seminggu. Itulah menu paling mewah aku makan sepanjang hidupku. Lain hari, lauk garam, ikan masin ataupun seperti sekarang, kepala ikan bilis.

"Ok, bu." Selesai makan, aku mencucikan pinggan di singki lalu keluar dari rumah bersama RM 10 tadi. Aku berjalan menyusuri koridor flat murah aku dan aku tiada perasaan apa apa. Aku tinggal disini sejak aku lahir. Tiada apa perubahan. Penduduk yang tinggal disini kebanyakannya kerja di kilang sabun berdekatan. Ada juga yang bekerja di lorong tak jauh dari rumah aku. Bekerja sebagai apa, aku pun tak tau...

Sampai sahaja di kedai Chung, aku mengambil sepeket 10 biji telur dan sardin berjenama Jiqah sebelum melangkah ke kaunter bayaran. Setelah membayar harga barang, aku berjalan keluar dari kedai dan aku rasa belakang aku dilanggar sehingga terlepas pegangan telur ditanganku. Habis pecah semua telur telur itu. Nasib baik tin sardin hanya kemik.

Aku tergamam. Habislah ibu marah! Aku menoleh belakang dan mukaku turut masam merenung seorang lelaki bertopi hitam yang gigih mengutip telur yang jatuh tadi. Mukanya tersorok kerana topi yang dipakainya.

"Encik taknak bayar balik ke telur yang encik jatuhkan tadi?" soalku kasar. Aku malas mahu melayan entah siapa kerana aku cuma mahu pulang ke rumah.

Lelaki itu tersenyum sinis dan bangun dari cangkungannya. "Takpe, adik. Biar abang belikan adik lagi sepeket telur. Ambillah yang baru."

Aku pun ke rak telur balik dan mengambil sepeket telur. Aku menghulurkan peket telur itu kepada lelaki dan lelaki itu mengeluarkan dompet dari seluarnya. Bila dia membuka dompetnya itu, tak ada sekeping wang pun. Dia nak main main dengan aku ke?

Her Desire | ONGOINGTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang