"Kerana dia..." — Eskandar
***
Eskandar's POV
Jam sudah menunjukkan pukul 4 pagi, tapi aku masih tidak tidur. Cawan air kopi di atas meja sebelah kiri aku, aku ambil lalu menenguk sedikit kopi sejuk itu. Aku lebih sukakan kopi ais berbanding kopi panas.
Mataku terasa berpinar setelah hampir 4 jam merenung komputer riba ini. Si Malikha ni pun entah bila mahu balik daripada berhibur dengan Datuk Isma. Seronok sangat agaknya. Komputer tadi aku letakkan ke tepi lalu merenggangkan badan aku berkali-kali. Berbunyi tulang aku sehingga aku mengaduh.
Tiba tiba, prang!
Jatuh cawan kopi ais tadi menyembah bumi. Aku mengeluh penat. Sudahlah aku mengantuk, lepastu boleh pula cawan ni jatuh.
"Bodoh betul kau ni, Eskandar." Aku bermonolog sendirian.
Langkah aku diatur keluar dari bilik tidur Malikha. Perlahan-lahan aku melangkah supaya tak mengeluarkan bunyi. Sudahlah tadi Malikha hampir kantoi dengan ibunya sendiri. Kalau tadi aku tak keluar, habis dia kena belasah dengan ibunya.
Aku tersenyum simpul teringat akan Malikha. Malikha Haura. Nama sudah cantik. Feminine. But love to live dangerously. Mana mungkin aku lupa bagaimana aku berjumpa dengan Malikha buat kali pertama.
Tok! Tok!
Kedengaran bunyi pintu diketuk berkali-kali dari luar. Aku mengerutkan dahi pelik. Takkan Malikha? Kenapa dia perlu ketuk pintu? Bukan pintu canggih dia ada password ke?
Bang! Bang!
Kali ini bukan lagi ketukan tapi tumbukan pada pintu. Aku mengeluh lalu meletak kain yang sepatutnya aku ambil nak buat bersihkan kopi jatuh tadi ke tempatnya semula.
Malikha ni, karang ibu dia bangun baru nak menggelabah.
Pintu aku buka dan tiba-tiba Malikha jatuh terjelopok di hadapan aku. Tak sempat untuk aku menyambutnya, dia sudah jatuh menyembah bumi. Kenapa semua benda nak jatuh ni?
Bos kau benda ke, Eskandar?
Aku terketawa kecil mendengar kata hatiku. Perlahan lahan aku mencangkung dan cuba mendukung Malikha dengan cara piggy backkan dia.
"Es, I pening..." erangnya dengan mata tertutup. Dia melentokkan kepalanya ke bahuku.
Memang tak dapat dinafikan aku rasa Malikha tadi minum. Bau busuk arak menusuk kedalam hidung aku. Bukan Malikha tak minum arak ke? Hampir sahaja aku muntah menghidu bau busuk air kencing syaitan itu. Sudahlah berat mahu memikul tubuh badan Malikha ini.
Berat dosa ke apa.
"Ya, I faham," balasku kepada Malikha malas.
Tiba-tiba Malikha menepuk-nepuk bahuku ganas.
"Aduh! Aduh!" Aku terjerit kecil. Sakit betul Malikha memukul aku di bahu sambil menarik rambutku.
"Es... I... nak mun... muntah."
Oh shit.
YOU ARE READING
Her Desire | ONGOING
Romansa• Third book of the Her Series • "Tolong lepaskan aku." - Malikha ▪️Best Chic Lit by The Real Star Awards Aku, Malikha Haura. Hidupku tak seindah orang lain. Kesempitan hidup menjadikan aku alpa dan terikut nafsu demi sebuah kemewahan dunia. Ya...