HD : 12

2.1K 157 70
                                    

Her Desire
"Tika takdir tidak menyebelahiku." — Malikha

***

DENDANGAN lagu yang pernah terkenal dari penyanyi dari negara barat, Marshmello kuat bergema di kawsan tarian dan bar kelab malam. Tubuhku juga turut sama bergerak kekiri dan kekanan mengikut rentak lagu yang rancak.

Sesekali aku memandang jam berjenama Gucci aku sekilas. Angka jam sudah pukul 2 pagi dan batang hidung Datuk Isma masih tak nampak bayang. Ikutkan hati, mahu saja aku pulang. Sudahlah penat.

"Why are you here alone, Melly?" tegur satu suara lunak dan sedikit garau. Tanpa menoleh, aku sudah tahu siapa yang menegur aku.

"K... kau nak apa?" Ucapanku sedikit meleret kerana pengaruh alkhohol yang semakin mempengaruhi sistem saraf otakku. Tanganku dimainkan pada bibir gelas kecil minuman keras berjenama Tiger sebelum meneguknya rakus.

Tanpa dijemput, pemilik suara tadi menarik kerusi tinggi bar dan melabuhkan punggung di sebelahku. Dia menggamit seorang pekerja yang bertugas dan memesan air Coke sahaja.

"Puteri, why kau tak minum... uhuk!" Sempat aku menakup mulutku dari memuntahkan segala isi perut. Aduh, perit! Dengan hiruk-pikuk kelab lagi, makin buat aku pening dan hilang arah.

"Kalau aku minum, who's gonna drive you home?" balasnya sambil meneguk perlahan air yang dipesannya tadi. Sesekali tubuh menggiurnya bergerak mengikut rentak muzik.

Aku mendengus malas lalu menyembam wajahku pada meja bar.

"Datuk nak datang malam ni..."

"And where is he?" Belum sempat aku habis berkata, Puteri sudah memotong kataku. Sempat lagi dia mengukirkan senyuman sinis buatku. Dia sendiri dah biasa dengan gelagat lelaki tua bernama Datuk Isma itu. Malah, terlalu biasa.

"Don't ask me. I don't know!" Aku mendengus kuat. "Kau pula, asal kau dekat sini? Kau tak takut kalau diorang nampak kau kat sini?"

Diorang yang aku maksudkan adalah kumpulan media dari pelbagai majalah mahupun forum celebrity gossips. Mereka ini selalu memerhati tindak tanduk Puteri kerana mereka tahu, apa saja kaitan Puteri, si pelakon terkenal Malaysia, memang laku letops bak pisang goreng panas!

Ada saja yang mahu diungkit oleh mereka. Termasuk netizens Malaysia yang boleh tahan cabul mulut diorang tu. Ikutkan hati, nak aje aku pulas mulut sorang-sorang!

"Ala nyah. Kau jangan marah aku. Tak cantik tau!" guraunya sambil mengusap pipiku lembut. Aku terus menepis tangannya menjauhi aku dan dia hanya tergelak kuat.

"Aku tahulah kau lesbian. Takkan kawan sendiri pun kau minat?" sinisku. Ya, Puteri seorang lesbian. Atau dalam kata mudahnya, dia mempunyai nafsu untuk perempuan. Kadang-kadang dia mengaku dia bisexual. Entahlah, aku pun malas nak ambil pusing.

Sejak berkawan dengan dia dari zaman foundation universiti, aku dah masak habis dah dengan perangai tak semenggah Puteri. Lagipun, hanya dia saja kawan baikku yang tahu dan menerima semua sisi gelapku, unconditionally.

"Melly, mana PA handsome kau?" Soalanku tadi diabainya.

Dahiku berkerut nipis mendengar soalan Puteri.

Her Desire | ONGOINGWhere stories live. Discover now