Her Desire
"Hanya kau yang aku mahu." — Malikha***
Suasana di meja makan sangat senyap. Hanya bunyi sudu garpu berlaga pada pinggan kaca sahaja kedengaran. Langsung tiada siapa mahu memulakan perbualan. Apatah lagi Eskandar.
Eskandar dengan perangai suka ikut kepala otak sendirinya sudah memakan diri aku dan dia. Tadi di pejabat aku suruh dia hanya memakai t-shirt dan jeans. Tapi dia masih berdegil. Datang juga ke rumah aku dengan suit kerja dia itu. Tunggu kau, Eskandar. Aku cakap aku buat.
Teringat kata kata aku pagi tadi padanya semasa kami berdua sedang berada di bilik mesyuarat.
"Don't forget you wear your casual clothing. I taknak tengok you datang rumah I dengan shirt and tie," pesanku lagi sekali. Eskandar ni bukannya betul sangat, nanti dia muncul depan rumah dengan baju kemeja beserta tali leher, tak pasal.
"Sukahati I lah nak pakai baju apa sekalipun. Sibuk kenapa, eh?" soal Eskandar bernada sinis kepada aku.
Aku berdecit geram. Tak menunggu Eskandar, aku terus mengambil beg tanganku di bawah meja lalu mengatur langkah keluar dari bilik mesyuarat.
"Berapa lama kenal Ika?" soal ibu tiba-tiba. Wajahnya masih kosong dan menatap pinggan makannya. Tak ada angin, tak ada ribut...
"Ika?" Eskandar mengerutkan dahinya. Mahu saja aku menumbuk wajah Eskandar itu. Boleh lagi dia tanya siapa Ika? Akulah tu!
Ibu memandangnya sekilas dengan tajam. Eskandar sedar dia sudah tersilap langkah lalu ketawa kekok sambil menggaru-garu belakang lehernya. Nasib baik ibu disini kalau tidak habis Eskandar aku campaknya keluar dari unit kondominium ini.
"Jadi berapa lama kamu kenal Ika sebelum kahwin dengan dia?" Ibu masih tidak berputus asa mahukan jawapan. Masih lagi mahu mengasak Eskandar untuk menjawab soalan itu.
Eskandar melirikkan matanya kepada aku, meminta pertolongan.
"Jawab jelah!" Mulutku terkumat-kamit memarahinya. Bukannya susah pun soalan ibu itu. Bukan ke jaguh menjawab ni jatuh ke Hud Eskandar?
"Saya dengan Ika kenal dalam 3 tahun macam tu. Masa Ika kerja di Varsity Dress dulu." Lancar ayat itu keluar daripada mulut Eskandar. Tapi apa yang dikatakan oleh Eskandar tadi benar. Aku dan dia sudah mengenali antara satu sama lain sebelum aku membuka Lunars Valet lagi. Tapi sewaktu aku jumpa dia bila aku ke KLFW. Sekadar kenal sebagai kenalan di dunia fashion. Dia pun dulu merupakan PA kepada Datuk Isma.
"Oh," balas ibu senada sebelum meneruskan makannya.
Aku dan Eskandar berpandangan sesama sendiri. Senyap-senyap aku menunjukkan isyarat bagus kepadanya. Eskandar tersenyum kecil melihatkan lesung pipit pada kedua belah pipinya.
Lesung pipit...
"Jadinya kamu, memang kenallah dengan anak ibu ni?"
Eskandar mengangguk laju. Aku lihat ibu tersenyum sinis dan menghabiskan makanannya cepat cepat. Ibu ada rasa benda tak kena ke?
"Nama penuh Ika apa?"
"Malikha Haura binti Jusoh." Tanpa teragak agak Eskandar menjawab. Kalau dia tak tahu nama penuh aku, baik berambus ajelah!

ANDA SEDANG MEMBACA
Her Desire | ONGOING
Romantizm• Third book of the Her Series • "Tolong lepaskan aku." - Malikha ▪️Best Chic Lit by The Real Star Awards Aku, Malikha Haura. Hidupku tak seindah orang lain. Kesempitan hidup menjadikan aku alpa dan terikut nafsu demi sebuah kemewahan dunia. Ya...