HD : 9

2.5K 153 61
                                        

*TRIGGER WARNING TO ALL. DALAM BAB INI ADA UNSUR UNSUR NEGATIF YANG TIDAK ELOK UNTUK BAWAH 15 TAHUN. PLEASE KEEP AN OPEN MIND.*

Syurga Malikha
"Aku bahagia dalam derita," — Malikha

***

"NAMA?" soal satu jururawat yang bertugas di kaunter pendaftaran kepadaku. Sehelai kertas berserta sebatang pen dihulurkan kepada aku dan dia menjongket keningnya kepadaku.

"Malikha. Malikha Haura." Jawabku senada dengan mata yang sibuk mengamati setiap ceruk klinik yang separa kosong. Ramai juga orang yang datang sini.

Aku menyambut huluran pen dengan kertas tadi dan melihat setiap bait yang ditulis pada kertas putih ini.

"Nurse, saya tak ada pengiring untuk saya," Aku mengangkat kertas itu dan menunjuk kepadanya soalan yang aku maksudkan.

Guardian name:

Memang taklah aku nak ajak ibu menemani aku ke klinik abortion ini. Mati aku kena gantung di siling kalau ibu dapat hidu apa kegiatanku selama ini. Aku belum nak mati lagi.

Jururawat tadi mengangkat kepalanya lalu mengambil borang tadi dari peganganku. Anak matanya membaca soalan yang aku tanya tadi, kemudian dia menghulurkan kembali kertas tadi kepadaku.

"Untuk appointment awak, awak perlukan seseorang yang boleh teman awak balik..."

"Kalau saya takde?" pintasku sambil menjongketkan keningku padanya.

Jururawat itu tersenyum kecil lalu menggeleng perlahan.

"Masa appointment nanti, memang kena ada penjaga yang awak balik walaupun..."

"Walaupun saya takde keluarga dan semua ahli keluarga saya mati dalam kebakaran, gitu?" tebakku lalu tersenyum sinis.

"Awak memang kena ada orang teman awak dan barulah kami benarkan awak buat appointment." Sebuah anggukan dari jururawat itu kepadaku.

Mahu tak mahu, aku terpaksa mengisi dahulu borang itu. Beberapa lagi soalan yang tidak berkenaan aku biarkan kosong sebelum dihulurkan kepada jururawat tadi.

"Okey, kejap ya?" Huluran aku disambut olehnya buat sementara dan dia memberi aku sebuah kad kecil.

"Lusa datang pukul 3 petang datang dengan pengiring awak, ya?" Sebuah kenyitan diberikan kepadaku bersama sebuah senyuman kecil tersungging dibibirnya.

"Lusa pukul 3, eh?" Kepala aku anggukkan dan kad tadi diletak dalam beg dompetku supaya tidak dijumpai oleh ibu.

Jururawat itu mengangguk.

"Lusa pukul 3 petang. Jangan lambat."

***

KRING!

Aku rasa bahuku digoncang lembut dan telingaku menangkap sayup-sayup suara seakan memanggil namaku. Terpisat-pisat aku membuka mataku seraya meraup wajah.

"Apehal?" Aku menguap besar sambil menutup lubang mulutku. Mataku meliar melihat keliling kelas yang hampir kosong dan hanya tinggal seorang pelajar lelaki di hujung kelas. Itu pun dia sudah berjalan keluar.

Her Desire | ONGOINGTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang