HD : 8

2.3K 183 90
                                    

*TRIGGER WARNING! SEGALA KANDUNGAN DALAM BAB INI ADALAH TIDAK DIGALAKKAN UNTUK DIIKUTI. JAGA DIRI.*

Her Desire
"Aku tidak selayaknya bahagia." — Malikha

***

TEKAKKU terasa loya apabila ibu memaksa aku menelan nasi berlaukan sardin itu. Entah mengapa kembang tekakku apabila terbau aroma sardin yang sepatutnya menggoda jiwaku. Yelah aku pun bukannya selalu boleh makan semewah ini.

Mesti ibu sudah gaji untuk bulan ini.

"Ika, kenapa berdiri aje? Meh, makan dengan ibu?" ajak ibu sambil tersenyum melihatku. Dia mencapai satu pinggan kaca lalu mencedokkan nasi buatku. Ibu menghulurkannya kepadaku dan aku terpaksa menyambut hulurannya.

Aku menarik kerusi meja makan lalu melabuhkan punggung. Mataku hanya menatap sepi semangkuk lauk sardin itu tanpa sebarang nafsu seperti selalu. Kembang kuncup aku merasakan hidungku cuba menahan bau kuat dari sardin itu.

"Kenapa tak makan, Ika?" Ibu terus berhenti menyuap nasi ke dalam mulutnya. Pelik mungkin tengok aku yang hanya menatap nasi kosong dihadapanku tanpa menjamah.

Lantas aku berpaling menghadap ibu lalu menggeleng kecil.

"Tak ada apalah, bu. Ika cuma penat," balasku senada. Hari ini saja sudah berapa kali aku memuntahkan isi perutku yang kosong sejak semalam. Sejak semalam aku langsung tak menjamah apa-apa makanan kerana seleraku patah selepas seminggu keluar dari hospital.

Apa yang aku telan cuma vitamin dan ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor. Makan pun aku cuma makan roti Twiggis Gardenia berperisa coklat. Only that specific one. Yang lain semua aku tidak ada selera.

"Ika okey tak ni? Nak ibu bawa pergi klinik tak?"

Tanganku bergoyang seiring dengan gelengan kepalaku.

"Eh tak apa, bu. Ika okey. Lagipun muntah aje pun," balasku pendek lalu tersenyum kecil. Mati aku kalau aku ke klinik. Tak pasal-pasal kantoi gedebuk macam nangka busuk si pasar tu!

Semasa aku di hospital seorang diri, ibu pula pergi ke rumah kakaknya di Kuala Selangor kerana ada majlis tahlil ke apa entah. Aku pun tak tahu. Seperti biasa, aku tidak ikut sebab ibu sendiri pun menumpang ahli keluarga lain. Aku pun bukannya nak jumpa saudara mara aku yang mulut celaka itu semua. Buat sakit hati saja!

Kerana ketiadaan ibu, makin mudah urusanku di hospital. Semasa aku di sana, Hael langsung tidak menjengukku apatah lagi menelefonku. Aku hanya dibiar berseorangan buat dua malam sebelum aku dibenarkan pulang. Bila aku bagitahu Robert tentang aku sedang mengandung, terus dia suruh aku gugurkan kandungan aku. Kalau tidak aku akan kehilangan pendapatan.

"Muntah tu biasa aje ke, Ika? Kamu jangan main-main dengan kesihatan kamu ni, Ika. Buatnya benda lain ke?"

Aku meneguk liurku kesat. Memang benda lain pun, ibu!

Kepalaku digeleng perlahan. Aku mengambil mangkuk sardin di hadapanku lalu mencedok seekor ikan ke dalam pinggan. Perlahan-lahan aku menggaul nasi menggunakan tanganku.

Baru satu suapan ke dalam mulut sudah membuatkan aku loya bagai nak rak. Namun aku masih cuba menelan nasi itu. Habis satu suap, aku sambung dengan suapan yang kedua.

Her Desire | ONGOINGWhere stories live. Discover now