HD : 4

2.8K 177 70
                                        

Her Desire
"Adakah cinta itu ada?" — Malikha

***

"IKA, ibu belum dapat gajilah, nak. Kamu bawa bekal ajelah," tegur ibu semasa aku sedang sibuk membetulkan tudung sekolahku di kepala. Dari tadi tudung ini asyik membuat hal, nasib baik aku tak mencarut!

Aku berpaling pada ibu sebelum berkata, "bekal apa? Ika dah lambat ni, ibu nak buat bekal. Kenapa ibu tak cakap awal-awal tadi?"

Ibu seperti serba-salah lalu menyeluk poket pakaian seragamnya. Dua keping not RM 1 dikeluarkan seraya merapati aku dan memberikan duit tersebut pada aku. Aku cuma memandang duit itu tanpa menyambut huluran itu.

"Kenapa, Ika? Ika, ibu dah tak ada duit, ini aje duit makan ibu... nanti...," belum sempat ibu menghabiskan kata-katanya, aku terlebih dahulu memeluk tubuh itu erat.

"Ika kata, kenapa ibu tak cakap awal-awal sebab Ika dah lambat. Bukannya nak minta duit, Ika kan dah kerja, adalah sikit duit," balasku seraya memeluk ibu.

Betul, aku sudah lambat dan memang mustahil untuk aku menyiapkan bekal untuk ke sekolah, jadinya aku bawa sajalah duit aku.

Duit hasil haram aku.

"Ibu tahu... tapi..."

"Meh, biar Ika pula bagi duit pada ibu." Aku melepaskan pelukan tubuh ibu lal berlari anak menuju ke bilik tidurku memgambil dompetku. Aku keluar ke bilik bersama dua keping not RM 50.

"Nah, nanti tak cukup cakap dengan Ika," tangan ibu aku ambil sebelum meletakkan RM 50 tersebut dalam tangan ibu. Sebolehnya ibu mencengkam jari jemarinya tidak mahu mengambil duit yang dihulurkan oleh aku.

"Ika, mana kamu dapat duit banyak-banyak ni? Kamu kerja apa?" soal ibu sedikit keras. Kedua belah matanya tajam merenung aku yang masih menghulurkan wang kepadanya.

Aku tersentak. Sebolehnya aku mengawal riak wajahku supaya tidak terlalu nampak yang aku sedang menipu. Aku cuba untuk membalas pandangan ibu kepadaku, lantas aku memandang pada arah jam.

"Bu, dah pukul 7.05. Nanti lambat pula Ika sampai sekolah nanti," aku meletak wang tadi di atas meja makan lalu terus membongkokkan tubuh mahu menyalam ibu.

Aku rasa mahu membuka segala pekung dalam dadaku, tetapi, aku tidak mampu. Aku bukanlah anak yang baik pada ibuku.

Ibu seperti berat mahu melepaskan aku pergi, dia mengeratkan lagi pegangan tangannya seraya memeluk tubuhku. Aku dapat rasakan kehangatan kasih sayang ibu kepada aku mengalir bagai memberiku semangat yang semuanya akan menjadi okey.

"Ika belajar elok-elok, jaga diri dan...," dia menrungkaikan pelukannya sebelum memandang wajahku dengan renungan lembutnya seraya mengusap lembut pipiku.

"Buat ibu bangga." Ujar ibu bernada perlahan.

Ika janji, Ika akan bawa ibu keluar dari rumah ini.

Itulah janji aku.

***

DOMPET berjenama Charles & Keith berwarna nude aku keluarkan dari poket baju kurungku lalu meletakannya di atas mejaku. Badan kubongkokkan sebelum mencapai buku mata pelajaran Ekonomi dari dalam beg sekolahku.

Tiba-tiba, pap! Dompetku yang terletak di atas meja tadi dirampas oleh sebuah tangan berkulit sawo matang.

"Hoi! Hael, kau buat apa ambil dompet aku? Kau pulang balik!" jeritku lantang lalu menghempaskan buku teks Ekonomi pada permukaan meja. Laju aku bangun dari dudukku menyebabkan bunyi kerusi bergeser pada lantai dan semua mata memandangku.

Her Desire | ONGOINGTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang