Happy reading
Sorry for typoDan saat pagi menjelang Saint melakukan rutin seharian pada hari itu seperti biasanya tanpa mengetahui bahwa Zee bakal pergi bagi menjalankan tugas yang diberi ayahnya.Semua sudah diatur oleh Dyreuz tinggal Zee saja yang perlu pergi ke istana kerajaan Wongguo dan melakukan tugasnya terakhir.
Zee menghampiri Saint yang lagi leka merapikan kuntuman bunga buat dijadikan perhiasan dikamar mereka.
''Saint.....'' Zee memeluk erat tubuh Saint dari belakang. Dicium pipi dan rambut lembut Saint,serta tangan Zee turut mengusap lembut jemari Saint yang halus.Yang dipeluk hanya bisa tersenyum dengan sikap manja yang diberikan.
''Iyaa....'' jawab Saint
''Saint..... Aku punya urusan sebentar... Kamu disini saja ya... '' Saint lantas berhenti melakukan kerjanya dan membalikkan tubuh menghadap Zee.
''Kamu mahu kemana..?? Kemarin juga kamu pergi dan hari ini kamu mahu pergi juga.....''
''Sebentar saja sayang.... Aku janji akan pulang sebelum petang.. '' pujuk Zee.
Saint memeluk Zee dan membenamkan wajahnya pada dada Zee.Entah kenapa, sejak akhir ini Saint sering merasakan bahwa akan ada yang meninggalkan dirinya.Dan Saint tidak mahu itu terjadi pada Zee.
''Maaf sayang.... Untuk kali ini saja.. Aku akan pulang setelah selesai...Aku janji Saint akan pulang... ''
''Hmm...'' itu saja yang keluar bibir Saint namum pelukanya pada Zee semakin erat. Saint ingin sekali mengikuti Zee tapi dia yakin Zee tidak akan pernah setuju untuk membawanya.
Saint menghantar Zee dengan wajah yang kelihatan sedikit hambar sambil setia merangkul lengan sang suami tanda tidak mahu melepaskanya.
''Sudah Saint.... Zee hanya pergi sebentar. kamu sama ibu dan ayah saja ya..? '' Krist yang memahami keadaan yang terjadi turut memujuk Saint tapi tidak dipeduli oleh Saint .
''Zee......cepat pulang ya... '' ucap Saint lemah
''Iya sayang,aku akan cepat pulang.... Kamu dirumah dan jangan kemana-mana.. ''
Saat sampai dimuka pintu Zee mencium kening Saint lama tanda kasihnya. Dan tangan Saint yang tadi setia memegangnya disentuh dan dibelai agar jemari halus itu terlerai dan merelakanya pergi.
Krist membawa Saint masuk kembali kedalam saat kumpulan Zee mula meninggalkan kawasan rumah. Singto yang turut merasa memerhati sedikit curiga.Kerna untuk kali ini Zee pergi dengan kedua orang yang sering ditugaskan buat menjaga Saint.Hati manusianya tertanya kemana sebenarnya Zee ingin pergi dan atas tujuan apa.
Saat kelibat Zee bersama orang-orang sudah tidak kelihatan Singto menutup pintu rumah dan berniat untuk bergabung bersama istrinya yang mungkin sedang memujuk Saint.
Namun saat hanya tinggal beberapa langkah lagi kakinya ingin mencapai tempat yang dituju. Pintu rumah nya diketuk betalu-talu.
TOKK!! TOKK!! TOK!!
''Mungkin Zee tertinggal sesuatu... '' cetus Singto dan kembali berjalan ke arah pintu dan membukanya luas.Dan saat melihat siapa yang ada dihadapan pintu wajah Singto mendadak berubah sekelip mata..
*
*
*
*