Maaf baru ada masa buat ngetik lagi nie,soal ye gua bru hbis liburan dri luar negeri,hope you guys can enjoy the story yaa.😙
Happy reading
Dan saat malam tiba,Seperti yang sudah diperintahkan Zee.Beberapa tenteranya dan Dyreuz sendiri pergi ke rumah agam itu semula untuk bertemu dengan si empunya rumah.
''Kalian berdua pergi bertemu mereka.......Dan yang lain tunggu disini bersamaku..... '' perintah Dyreuz sejurus mereka sampai dikawasan hadapan rumah.Dyreuz memilih untuk tetap duduk diatas kudanya sambil memerhati dua orang
tenteranya berjalan menuju ke pintu utama rumah agam.Ada yang aneh menurut Dyreuz dalam batin jiwanya saat ini tentang rumah itu. Sekarang masih lagi musim panas tapi seluruh kawasan rumah itu berhawa dingin dan lembab sekali.Bahkan tanah disekeliling rumah cukup subur dengan puluhan mawar yang tumbuh mekar sebagai bukit bahwa kawasan itu benar-benar berlainan dengan sekitarnya.
TOK! TOK! TOK!!
Salah satu tentera suruhan Dyreuz mengetuk pintu utama rumah yang diperbuat dari kayu pohon jati serta pahatan hasil kerja tangan yang cukup halus disetiap penjuru pintu dan lama tiada jawaban dari isi dalam rumah. Kedua tentera itu kembali mengetuk pintu rumah dan tetap juga tiada yang sudi membuka pintu meski kedengaran jelas langkah dan derap kaki seperti orang yang berjalan kesana kemari dari dalam rumah .
TOK!! TOK!! TOK!!
''Buka pintunya!! ''Arah mereka sedikit keras seperti memaksa penghuninya mahu atau tidak agar membuka pintu. Tapi meskipun sudah begitu tetap juga tiada jawaban seperti tadi.
Dyreuz yang sudah seperti hilang sabar dengan keadaan itu memberi satu perintah dengan isyarat tangan yang diangkat ke udara sebelum dihayun kembali kebawa, dan memberi erti kepada kedua suruhanya itu agar memecahkan saja pintu rumah jika masih tiada siapa yang membukanya.
Belum pun suruhanya sempat untuk berbuat apa-apa, Pintu rumah itu terbuka tiba-tiba dan seorang pria yang kelihatan muda dengan wajah sedikit berkeringat dengan nafas termengah-mengah seperti baru habis berlari dihadapan pintu rumah menyambut mereka.
''Maaf...! Ada apa...?? '' sambil menyusun nafasnya agar tenang Jun memandang kedua orang yang kelihatan sungguh asing itu dengan wajah yang dibuat seramah mungkin walaupun saat ini hatinya sedang dihimpit ketakutan.
''Tuan kami mahu bertemu dengan tuan rumah ini ..... '' Terang satu tentera yang berdiri dihadapan Jun sebelum menuding jari kearah Dyreuz yang sedang berada dibelakang mereka.
''Maaf! Siapa anda..??'' Jun sedikit hairan memerhatikan keterampilan orang yang berada dihadapanya dan juga sosok yang tadi disebut 'tuan ' dibelakang mereka.Jun tidak melihat jelas wajah Dyreuz yang sedang berselubung hampir menutupi wajahnya.
''Itu tuan kami dan ini ada kaitan dengan perintah raja... '' jawab satu tentera Dyreuz.
''Apa mahu kalian kemari...?? '' soal Jun
''Raja kami ingin tanah ini.....Seluruh isi rumah harus meninggalkan tanah ini dengan segera... ''
''Tuan rumah ini tiada! Dan jangan kembali lagi kesini!! '' pekik Jun sambil menolak kedua orang asing itu menjauh dari muka pintu.Siapa pun mereka, bagi Jun itu tidak penting.Raja dan semua orangnya memang kejam bagi Jun.Sudah dari dulu lagi mereka kejam pada rakyat jelata miskin seperti mereka.Dan kini mereka ingin pula merampas tanah tuannya dan itu tidak akan terjadi setidaknya untuk malam ini.
Ketika Jun ingin menutup kembali pintu,Dari ekor matanya,Jun menangkap kehadiran seseorang menghampiri kumpulan tentera itu. Rupanya terbatas untuk dilihat kerna turut berselubung seluruh tubuh. Hanya warna biru dari sinar dari sepasang matanya saja yang kelihatan dan itu sedikit membuat Jun berfikir sendiri siapa orang itu dan kenapa dia sepertinya sedang memandang rumah ini dengan pandangan yang agak berlainan sekali.