💜
Yoongi tiba di kawasan loker. Budak lelaki itu mengeluh perlahan apabila pintu lokernya terbuka lagi. Dah berapa kali dia tukar kunci pintu lokernya tapi tetap jugak manusia yang dipanggil peminat tu dapat buka .
Buku latihan dan teks Matematik diletakkan dalam loker dan diambil pula buku Biologi yang agak tebal untuk kelas seterusnya.
Pintu loker ditutup. Nampaknya dia perlu menukar lagi kunci loker kepada kunci besi. Senang. Siapa pun tak dapat buka.
Hampir tercabut jantungnya saat pintu loker ditutup dan muka Daeryu memenuhi ruangan mata. Budak lelaki itu mendecit perlahan.
Rimas betul dia .
Langkah kaki diatur melepasi Daeryu. Menyengat bau wangian minyak wangi yang dipakai oleh Daeryu.
"Sunbae- " panggil gadis itu manja.
Yoongi endahkan panggilan Daeryu dan terus berjalan. Junghae yang kebetulan lalu di kawasan loker cuma perhatikan dari jauh Yoongi dan Daeryu.
"Sunbae- " ejek Junghae. Daeryu yang masih berada di pintu loker Yoongi dipandang. Yoongi semakin menjauh dan tak pedulikan Daeryu yang memanggilnya tak sudah.
Daeryu hentakkan kedua-dua kakinya dengan muka cemberut. Geram dengan perangai Yoongi yang jual mahal tu. Junghae ketawa besar apabila Daeryu tayang muka masam.
Sempat dia jelirkan lidah sebelum beredar.
+ + +Junghae's
Usai meminta diri untuk duduk, Hwamin menyoal aku laju. Dia ni tak menyempat .
"Kau keluar bukan nak ambil buku kan?" aku mengangguk. Aku keluarkan buku dari bawah meja.
"Kau ingat aku rajin sangat nak keluar pergi loker tu? Heh, memang taklah. Baik aku suruh Jae ambilkan."
Memang aku keluar tadi memang tiada niat nak ambil buku pun. Disebabkan aku ternampak Yoongi lalu depan kelas dengan pegang buku, mestilah dia nak pergi loker ambil buku Biologi sebab waktu Math dah habis.
Jangan tanya mana aku tahu jadual kelas dia.
"Kau tahu Daeryu tu pun sibuk je nak jumpa Yoongi dekat loker . Geram je aku dengan minah tu." aduku dengan bibir yang sudah dicebik sedepa .
"Seriouslah? Bukan dia cakap yang dia nak pergi tandas ke tadi?" Hwamin sudah menghadap ke arah aku bersama kerusinya.
"Pergi tandas apanya . Dia tu kaki penipu . Cakap lain buat lain . Keling je kerja." kutukku diselangi tawa kecil . Mata setia memerhati papan putih di depan kelas . Bila disoal faham atau tidak , aku hanya mengangguk .
Takpe kita buat buat faham .
"Eleh kau pun sama naik je dengan dia . Kau tu lagilah tipu tahap dewa . Cubalah kau bawa bawa insaf . Ni kalau si ais beku tu tahu perangai buruk kau memang kena reject awallah." kutuk Hwamin perlahan .
"Chill lah. Selagi Yoongi sunbae tak notice aku, selagi tulah aku tak insaf." lengan milik Hwamin aku cubit kuat. Aku tak tahu kenapa aku suka sangat cubit lengan dia.
"Sakitlah setan durjana. Aku harap Yoongi sunbae tu tak notice kau. Biar kau jadi anak dara tua." adu Hwamin dan sempat dia berdoa pada aku . Ceit tak guna betul . Lengannya yang sudah memerah kesan dari cubitan aku diusap perlahan untuk hilangkan rasa sakit.
»»»
Jam sudah menginjak pukul empat petang. Junghae awal-awal lagi sudah mengambil tempat duduk di kerusi penonton.
Suasana dalam gelanggang bola keranjang itu masih lenggang kerana masih awal. Sengaja gadis itu datang awal bersama kamera kesayangannya yang pernah diberi oleh Tuan Kim.
Kedengaran suara lelaki garau sedang berbual seraya memasuki gelanggang bola keranjang. Masing-masing ketawa besar apabila salah seorang dari mereka meniru gaya pemain bola sepak.
Junghae tergelak sendiri. Beberapa minit kemudian , kelibat Yoongi dan Do Heon mula kelihatan. Beg yang dibawa bersama diletak bersama dengan beg yang lain.
Usai menukar baju, mereka mulakan latihan. Dan tika itulah tangan Junghae lincah menekan butang kamera, menangkap gambar crush yang sedang berpeluh bermain bola keranjang.
Sesekali kamera di zoom in pada wajah penat Yoongi yang bermandikan peluh.
"Fuh, hot stuff sia." ujarnya perlahan. Gadis itu tersenyum puas tanda dia berpuas hati dengan hasil tangkapan gambar yang diambil sebentar tadi.
Ni kalau Yoongi tahu, mati aku.
Junghae menunggu sehingga latihan tersebut tamat barulah dia pulang ke rumah. Junghae mengangguk kecil saat melihat kebolehan Yoongi dalam menjaringkan gol.
Bangga.
Kebolehan Yoongi yang sentiasa buatkan hati wanitanya berdebar-debar. Ditambah pula dengan riak wajah yang sentiasa dingin itu buatkan dia lebih tertarik pada lelaki itu.
Kaki diaturkan ke pondok pengawal. Jam tangan dipandang sekilas lalu.
6.43 p.m.
Gadis itu menekup mulutnya sendiri. Terkejut sebab dia habiskan masa selama dua jam di gelanggang.
Kalau disuruh ulangkaji, alamatnya baru dua minit ulangkaji sudah terlelap.
Langit makin gelap menandakan hujan mahu turun. Kalau dia balik sekarang, lencun lah jawabnya bila sampai.
Mahu telefon Puan Kim tapi bateri telefonnya sudah mati sejak tengah hari tadi.
Nak pinjam telefon guard, guard pula tengah meronda kawasan. Public phone? Duit syiling lagilah dia takde.
Akhirnya dia murung seorang diri dan berharap ada orang mahu tumpangkan dirinya. Sebuah kereta hitam Mercedes-Benz berhenti betul-betul di hadapannya.
"Nak aku tumpangkan tak?"
- tbc
aiguu rindu betul dengan story noob ni AHAHAHAH
YOU ARE READING
[C] Crush : Yoongi Min
Fanfiction"Am i too late to regret for loving you?" [ published on 19 December 2019 ] [ rewrite on 16 December 2020 ] - known as CRUSH SEDINGIN AIS