twenty three 🍯

783 108 15
                                    

Taehyung matikan langkah . Badannya terasa kaku serentak bebola matanya sedaya upaya dialihkan dari adegan tak dijangka dalam kelas Junghae . Dadanya ditumbuk perlahan bila terasa sakit lantas menundukkan pandangan ke lantai . Beginikah rasanya cinta bertepuk sebelah tangan ?

"Taehyung?" soal Yoongi barusan mahu keluar dari kelas . Lagaknya seperti tiada apa - apa yang berlaku . Pandangannya jatuh pada Junghae yang sedang lentokkan kepala atas meja .

Kenapa mereka bereaksi seperti tiada apa - apa yang berlaku ? Atau dia hanya bermimpi sebentar tadi ?

"Taehyung ? Kau okay ke tak?" lamunannya terhenti bila terasa bahunya dipegang oleh Yoongi . Kawan baiknya itu hanya mengangguk dan berlalu pergi bila dia berikan tanda okay . Usai saja Yoongi pergi , dia menapak masuk ke dalam kelas .

"Y-yoon .. Taehyung?"

"Em hai . Aku datang bawakan ubat." kata Taehyung agak kekok bersama sepaket ubat tangan seraya melabuhkan punggungnya berhadapan meja Junghae . Junghae sekadar mengangguk lalu letakkan semula kepalanya atas meja .

"Macam mana boleh demam ? Kau main hujan ke semalam?" soal Taehyung sambil tangannya ditekapkan pada dahi Junghae . Budak perempuan itu hanya diam sambil pejamkan mata .

"S-sejuk." sedar dengan kelakuan Junghae yang memeluk tubuh sendiri sambil terketar - ketar , pantas dia tanggal blazer pengawas miliknya lalu disarung pada belakang tubuh Junghae . Kakinya mengorak langkah ke depan kelas untuk merendahkan suhu penghawa dingin dalam kelas .

"Gwenchana?" soal Taehyung risau namun bibirnya mengukir senyum nipis bila budak perempuan itu angguk perlahan .

"Sunbaenim tak bertugas?" soal Junghae sambil pandang Taehyung yang sudah labuhkan punggung di meja sebelah .

"Aku dah habis bertugas . Kau tak nak makan apa - apa ke?" kepala digeleng tanda dia tak mahu . Kalau dia makan pun , nanti mesti muntah . Menyusahkan orang lain pulak .

"Kalau tak makan , macam mana nak makan ubat lepastu sihat ? Kau jumpa doktor tak lagi ? Doktor cakap apa ? Dia tak kasi cuti ke ? Kau pergi klinik mana?" soal Taehyung tanpa henti buatkan Junghae tersenyum mengenangkan mendiang Tuan Kim . Taehyung yang tengah membebel dipandang tanpa sebutir kata . Sumpah Taehyung tak ubah seperti Tuan Kim . Kuat membebel tapi lebih kepada ambil berat .

"Kau dengar tak apa yang aku cakap ? Kenapa tengok aku macam tu?" soal Taehyung lagi tak berhenti bercakap sejak tadi . Entah apalah yang dia bebelkan pun tak tahu .

"Sunbae,"

"Tolong saya lupakan Yoongi sunbaenim."

♡♡♡

Taehyung jatuhkan pandangan pada padang bola sepak yang terbentang luas . Budak lelaki itu mengeluh perlahan serentak menyandarkan badan pada tangga .

"Tolong saya lupakan Yoongi sunbaenim."

"Eung?"

"Tolong saya lupakan Yoongi sunbaenim . Jebal." rayu Junghae bersama anak mata yang dipenuhi airmata .

"Aku-"

"Saya harapkan sunbae je . Jebal?" rayu Junghae lagi dan akhirnya budak lelaki itu mengangguk setuju . Entah kenapa dia boleh bersetuju untuk menolong sedangkan dia tak pernah nak hulurkan bantuan pada sesiapa walaupun pada Yoongi mahupun Jungkook .

Mungkin kerana hal itu sudah libatkan perasaan dia , Junghae dan Yoongi .

"Menungkan apa tu ? Yeochin eh?" terpa Junghae dari belakang bersama dua botol mineral sejuk . Satu dihulur pada Taehyung yang dah tahan haus dari tadi .

"Aniya . Aku mana ada yeochin . Siapa yang nakkan aku?" kata Taehyung terasa agak sendu di situ buatkan Junghae rasa cepuk je budak lelaki tu . Kalau diikutkan , Taehyung lagi popular dari Yoongi .

"Eleh bukan tak ada . Sunbae yang jual mahal . Tahu tak , kadang - kadang kan saya curious tau sebab ramai je yang minta nak jadi yeochin sunbae , tapi sunbae tolak . Sunbae dah ada someone special ke?" soal Junghae seraya pandang Taehyung dari sisi . Sesekali rambutnya kusut dek ditiup angin petang bersama cahaya mentari menambahkan lagi kekacakan di wajah suci budak lelaki itu .

"Ada,"

"Tapi dia sukakan orang lain jadi aku tak nak kacau dia." ujar Taehyung lalu teguk air mineral untuk hilangkan dahagakan sekaligus mahu mengelak soalan dari Junghae .

"Astu hati sunbae macam mana ? Mesti sakitkan?" kata Junghae lantas letakkan tapak tangannya pada dada kiri Taehyung . Tiba - tiba saja jantung budak lelaki tu berdegup laju .

"Kenapa eh jantung sunbae laju semacam je?" bertambah laju degupan jantung Taehyung tatkala kepala Junghae mendarat elok di dada bidangnya . Makin bertambah laju bila Junghae spontan tentang mata dengannya .

"A-aku nak ke tandas!"

- tbc

awww thanks pada yang support dis stowy ! ♡

[C] Crush : Yoongi MinWhere stories live. Discover now