eight 🍯

749 102 37
                                    

♡ : thanks !

.
.

Junghae's

Aku berjalan masuk ke dalam sekolah seperti biasa . Tapi yang luar biasanya harini sebab semua orang pandang aku macam aku dah bunuh orang . Pehal nyah ?!

Pelik sangat ke aku pakai baju uniform harini ? Ke ada apa - apa dekat muka aku ? Senior lain pun dah tengok aku dengan pandangan yang menjeling .

"Weh!" terpa Hwamin termengah - mengah . Berpeluh sakan dahi licin miliknya .

"Hah kenapa ni ? Dah macam ayam berak kapur aku tengok ! Pucat!" kataku dan dia menggeleng . Duh apahal kau geleng pulak ? Lepastu tangannya diangkat lantas ditunding ke arah bangunan sekolah . Aku pandang dengan otak blank .

Kenapa ? Pengetua nak cat baru ke bangunan sekolah ? Tengah berfikir , terasa tangan aku ditarik kasar mengikuti langkah hingga ke kelas .

Terbuntang luas mata aku tatkala dengar Daeryu tengah sebarkan berita palsu tentang aku . Poster muka aku ditampal dan diconteng di merata sudut sekolah .

"Dia dah tampar muka saya yang cantik ni ! Perlu ke korang bela dia lagi?!" bentak Daeryu kuat bila ada segelintir yang cuba sebelahkan aku . Dengan bakat lakonan yang ada , airmata palsu dikeluarkan olehnya dengan lebat .

Sumpahlah Daeryu tak sia - sia kau masuk kelab drama .

"Dia cakap saya patut mati je- hiks" tambahnya lagi . Aku hanya dengar dari luar pintu . Kita dengar je apa yang diorang nak kata .

"Tak guna punya Kim Junghae ! Dasar tak sedar diri!"

"Dahlah hodoh , hitam , bodoh pulak tu ! Kesian Daeryu kena tampar dengan tangan jijik dia tu ! Ey kalau aku dekat tempat Daeryu dah lama aku siat - siat kulit dia macam binatang!"

Berderau darah aku dengar mereka mencaci aku . Baju sekolah aku lipat hingga ke siku . Jijik eh?

"Siatlah kalau kau berani sangat ! Apa kau ingat mulut kau tu suci sangat ke sial ? Entah entah lagi busuk dari sampah." balasku dan rakan kelas aku yang bernama Goori itu jeling aku tajam .

Setakat jeling , aku pun boleh lah . Aku pandang pula Daeryu yang tengah asyik dengan lakonan mantap dia . Menangis padahal langsung tak keluar air mata .

Aku rendahkan badan dan letak tangan atas meja milik Daeryu .

"Kau berhentilah menipu aku dengan yang lain . Kau ni tak penat ke jadi hipokrit ? Eoh lagi satu janganlah cari pasal dengan aku selalu tau . Aku takut nanti impian aku nak jadi jutawan terpesong jadi pembunuh . Tak naklah gitu okeh bebeh?" rambutnya aku usap perlahan sebelum berlalu pergi ke meja aku .

- ♡ -

Taehyung lajukan langkah bila dapat aduan ada orang bergaduh di hadapan tandas . Terus dia bergegas tinggalkan tugas di kantin dan serahkan pada Jungkook .

Tiba saja depan tandas perempuan , sekali lagi muka Junghae menerpa pandangan . Daeryu yang sudah longlai di tepi sinki turut dipandang .

"Yah Kim Junghae!" teriak Taehyung seraya menarik kasar tubuh budak perempuan yang tengah agresif memukul orang .

"Pikyeo!" jerit Junghae semula lalu loloskan diri dari pegangan kuat Taehyung . Dia masih tak puas hati dengan Daeryu .

"Kau bangun ! Jangan berlakon depan akulah ! Kau tarik balik kata - kata kau tadi sebelum aku bunuh kau . For real!" tubuh Daeryu yang tak bermaya digoncangkan kasar .

"Kim Junghae!"

"Kim Junghae!"

Serentak Yoongi dan Taehyung bersuara buatkan yang lain dah mengundur takut . Yoongi barusan tiba dek ternampak ramai pelajar berkumpul di depan tandas . Dengan kasar , tubuh Junghae ditolak hingga jatuh . Daeryu yang tak sedarkan diri kini menjadi tumpuan .

Tanpa lengah masa , tubuh budak perempuan itu dicempung lalu beredar ke bilik sakit . Sempat dia jeling Junghae yang sudah berdarah kepala dek terhantuk pada hujung sinki .

Untuk apa dia perlu kisah ?

"Junghae , kepala kau berdarah!"

— tbc

words for Moon Daeryu ?  anyways thanks sebab baca ♡ tahu banyak kali min cakap thankssss tapi tapi nak jugak cakap thankssss sangat ii

[C] Crush : Yoongi MinWhere stories live. Discover now