three 🍯

899 126 27
                                    


💜

"Nak aku tumpangkan tak?" soal lelaki yang masih berada dalam kereta itu. Junghae masih lagi teragak-agak.

Tingkap yang diturunkan separa itu menyukarkan Junghae untuk mengenal pasti gerangan jejaka yang mahu menghantarnya pulang.

"Ni aku Taehyung. Kau nak tumpang ke tak ni?" soal Taehyung bila lihat Junghae yang masih ragu-ragu. Taehyung ketawa kecil. Comel betul muka blur gadis itu .

Mendengarkan nama Taehyung disebut, laju saja pintu kereta sebelah pemandu dibuka lantas dia masuk ke dalam perut kereta dan pandang Taehyung yang dari tadi memandangnya.

"Kenapa?" soal Junghae. Tak selesa apabila dirinya dipandang sebegitu. Taehyung cuma gelengkan kepala dan memandu memasuki lebuh raya. Sepanjang perjalanan, Junghae tak henti berbual dengan Taehyung .

Ada saja tajuk yang mahu dibualkan. Sekejap pasal sekolah, sekejap mengumpat Tuan Wang.

"Erm sunbae, boleh saya tanya satu soalan lagi tak?" soal Junghae minta izin. Yelah, dia tengok Taehyung macam tak suka je bila berbual.

"Apa?" soal Taehyung semula bersama kening yang diangkat sebelah.

"Erm- Yoongi sunbae tu memang perangai dingin dia dari dulu lagi eh?" akhirnya keluar juga soalan yang sudah lama dia mahu tanya. Sesekali wajah Junghae yang takut-takut itu dipandang sekilas.

"Yoongi tu memang macam tu. Dia cakap dengan orang yang dia rapat je. Kau suka dia?" soal Taehyung spontan . Sengaja nak tengok reaksi budak perempuan tu . Tak sangka pulak Junghae memang ada hati dengan Yoongi . Signal kanan dibuka dan tangannya memusingkan stereng ke simpang tersebut.

"Dia suka perem-" belum sempat ayatnya dihabiskan, Taehyung memintas laju .

"Dah sampai. Pergilah masuk. Dah nak malam ni." arah Taehyung dan Junghae menurut. Masuk saja Junghae ke dalam rumah , Taehyung lepaskan keluhan berat .

---

Malam melabuhkan tirai dan Junghae masih lagi berada di meja belajar bersama kamera kesayangannya. Dibelek beberapa kali gambar yang diambil petang tadi.

Secara tak sedar, bibirnya mengukir senyum suka. Mindanya ligat berfikir cara untuk luahkan perasaan pada Yoongi.

Katil dituju dan badan dihenyakkan atas katil. Perlu ke dia bawa sesuatu? Tapi Yoongi suka apa je? Soalan demi soalan bermain di mindanya lantas muncul muka Taehyung yang boleh selesaikan soalannya itu.

Ya, Taehyung orang yang sesuai.

Pintu diketuk beberapa kali dan namanya dilaung oleh Puan Kim kuat.

Pintu bilik dibuka dan terpapar wajah anak perempuannya dengan rambut yang kusut. Matanya digosok beberapa kali persis baru bangun tidur padahal tadi elok saja mengelamun pasal Yoongi.

Pantas tangan Puan Kim menarik-narik rambut yang sudah kusut masai itu. Menjerit Junghae dibuatnya. Sudah masak dengan perangai anaknya yang tak mahu makan malam.

Katanya nanti gemuk dan Yoongi tak suka orang gemuk. Itulah alasannya setiap kali diajak makan malam.

"Eomma, Junghae taknak makan. Nanti gemuk." adu Junghae sambil gelengkan kepala tanda tak mahu.

Tapi Puan Kim manalah nak dengar semua tu. Lengan Junghae ditarik keluar dari bilik dan menapak ke meja makan.

Sup ketam yang sememangnya favourite Junghae dipandang lama. Dia mahu makan tapi istilah gemuk lebih mempengaruhi nafsu makannya.

"No no aku tak boleh makan. Kawal diri kau Junghae." pesannya sendiri. Dilihat Puan Kim sudah menyendukkan lauk ke dalam pinggan.

"Sedap ni. Rugi tak rasa. Ahjussi Lee bagi eomma ketam free tadi. Nak makan tak?" umpan Puan Kim. Sengaja Puan Kim hasilkan bunyi ketika makan isi ketam.

Junghae menggeleng.

Tak, aku tak boleh makan. Ingat, Yoongi tak suka orang gemuk.

Liur diteguk payah. Matanya leka memerhati gelagat Puan Kim yang sedang menikmati ketam kesukaannya.

"Betul ni? Eomma habiskan eh?" bahagian terakhir ketam itu dicedok oleh Puan Kim. Namun belum sempat ketam itu mendarat di pinggan Puan Kim, tangan Junghae menghalang perbuatan Puan Kim.

"No, eomma. Junghae nak!" teriaknya.

"Mana boleh. Tadi kamu cakap kamu tak nak so ketam ni eomma punyalah."

Maka dengan itu berlakulah pergaduhan antara perebutan ketam yang terakhir.

Junghae akhirnya kalah dengan nafsu makannya yang menbuak. Puan Kim menarik senyum. Rancangannya untuk buatkan Junghae makan terlaksana.

- tbc

thanks for those yang still support story ni 💜

[C] Crush : Yoongi MinWhere stories live. Discover now