twenty six 🍯

736 96 28
                                    

PANG !

Tamparan kuat dari Puan Kim pada Junghae mengejutkan semua orang yang berada di dalam bilik pengetua termasuk Yoongi . Budak perempuan itu setia menunduk tanpa hiraukan bibirnya yang sudah berdarah teruk . Dia malu .

"Puan,"

"Jangan halang saya . Biar saya ajar budak bermasalah ni dengan cara saya sendiri." tegas suara Puan Kim beri arahan pada Tuan Song yang cuba menghalangnya .

"Tapi Puan , Puan tak boleh berkasar macam ni . Walaupun dia salah , bukan ini caranya nak selesaikan masalah." nyata Tuan Song lalu menapak setapak ke depan Junghae . Sungguhpun dia geram dengan perangai dengan anak pelajarnya yang satu itu , tapi rasa kasihan itu melebihi rasa geram . Dia juga punya anak sebaya Junghae jadi tak mungkin dia akan biarkan Junghae disakiti .

"Puas hati kamu ?! Dah puas malukan eomma?!" jerkah Puan Kim buatkan bahu Junghae terhincut dek terkejut . Kepalanya masih setia memandang lantai bersama bibir yang diketap kuat . Kalau dia tak ikutkan emosi tadi , semua ni takkan jadi .

"Kamu," tanpa sempat Puan Kim mahu buka bicara , Junghae terlebih dahulu larikan diri dari bilik pengetua . Ingin saja wanita tua itu mengejar anak gadisnya itu namun dihalang oleh Mrs Lee yang kebetulan mahu masuk ke pejabat .

"Kim Junghae!"

♡♡♡

"Junghae," badan budak perempuan itu dipeluk oleh Yoongi dari belakang .

"Maafkan aku . Disebabkan aku , semuanya jadi macam ni . Kalau aku terima kau dari dulu , semua ni takkan jadi tapi aku ego . Aku langsung tak kisah pasal kau . Jujur aku cakap aku memang sukakan kau."

"Geuman juseyo . Berhenti beri saya harapan palsu." tubuh Yoongi ditolak menjauhi badannya lalu budak perempuan itu palingkan badan menghadap Yoongi sambil memeluk tubuh .

"Tak . Aku tak pernah beri kau harapan palsu . Apa yang kau rasa pada aku sebelum ni dan sekarang , sama juga dengan apa yang aku rasa . Aku sukakan kau lebih lama dari kau sukakan aku . Cuma aku belum bersedia untuk luah dekat kau." jujur Yoongi sambil matanya tak lepas pandang Junghae yang kaku tanpa sebutir bicara .

"Jantung aku , tak pernah berhenti berdegup setiap kali berdepan dengan kau . Termasuk sekarang." tangan Junghae diraih lalu dibawa ke dada kirinya . Mahu Junghae merasainya sendiri bagaimana lajunya degup jantungnya tika ini . Membesar anak mata Junghae saat tangannya melekap pada dada Yoongi . Laju .

Lebih laju dari degupan jantungnya . Kepalanya didongak memandang Yoongi yang sedang tersenyum manis padanya . Lambat - lambat budak perempuan itu mengoyak senyum lebar .

Sementara Taehyung matikan langkah di balik dinding putih berdekatan . Matanya setia memerhati dua susuk tubuh yang sedang berpelukan sesama sendiri . Keluhan berat terlepas dari celahan bibirnya .

Dia , terlambat .

Melihatkan senyum lebar dari Junghae menambahkan perih dan luka di hatinya . Namun apakan daya , dia sedar dia hanyalah watak sampingan , tempat melepaskan segala suka duka budak perempuan itu .

"Akulah orang paling bodoh tau waktu buat sesuatu keputusan."

"Geure , memang aku bodoh sebab lepaskan kau . Memang aku bodoh sebab korbankan perasaan aku untuk beri bahagia pada kau dan Yoongi." tuturnya perlahan seraya pejamkan mata rapat . Dalam hati tak sudah memaki diri sendiri .

Bodohnya dia kerana masih sayangkan sesuatu yang tak pasti . Bodohnya dia masih berharap pada Kim Junghae yang sudah tentunya takkan pandangnya . Memang ini pengakhiran untuk dia sebagai watak sampingan dalam cerita cinta Junghae dan Yoongi .

- tbc

aiguu thankyouu veri mucheu sebab baca ! nah lope ❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

[C] Crush : Yoongi MinWhere stories live. Discover now