eleven 🍯

744 110 45
                                    

jeongmal gomawo ♡

.
.

Junghae duduk termangu sendirian di kelas . Waktu rehat beginilah baru dia nak terasa tenang . Seketika dia termenung pertengkaran antara dia , Puan Kim dan ibu bapa Moon Daeryu .

Wajah dingin Puan Kim menerpa pandangan sebaik sahaja budak perempuan itu melangkah masuk ke dalam bilik displin . Terkejut bukan kepalang bila ibu bapa Moon Daeryu turut berada dalam bilik yang sama .

Ketat saja muka Puan Moon di samping suaminya . Kaki melangkah mendekati Puan Kim tanpa bersuara . Dah tahu apa yang bakal dibincangkan .

"Baiklah semua dah ada. Tujuan saya panggil tuan puan datang ke sekolah ini sebab nak bincang masalah yang timbul antara Junghae dan Daeryu. Beberapa hari lepas, Junghae—"

"Anak kau pukul anak aku ! Kau tak ajar dia beradab ke hah ? Datang sekolah kalau nak buat masalah baik hantar pergi sekolah jahat jelah." cantas Puan Moon geram . Tubuhnya yang sedia duduk di sisi suami kini sudah berdiri .

"Awak , bawa bertenang . Benda boleh bincang kan?" pujuk Tuan Moon seraya menarik lembut isterinya agar duduk namun ditepis kasar oleh Puan Moon yang tengah mendidih marahnya .

"Bincang apanya ?! Anak janda ni dah pukul anak kita . Awak nak saya bertenang ? Hei dengar sini , sekolah ni sekolah kluster bukan sekolah juvana . Kalau kau tak reti ajar anak kau beradab, hantar jelah pergi sekolah juvana tu."

Junghae kemam bibir rapat . Ikutkan hati nak je dia basuh orang tua Daeryu tu tapi mengenangkan darjat dan pangkatnya lebih rendah berbanding keluarga Moon , dia terpaksa diamkan diri .

"Saya minta maaf atas kesilapan anak saya. Harap Puan dapat maafkan kekasaran yang berlaku . Saya tahu anak saya tak berniat nak pukul dia . Saya minta maaf bagi pihak dia." terang Puan Kim dengan nada lembut . Badan menunduk memohon maaf penuh ikhlas .

"Kau ingat dengan minta maaf , anak aku boleh pulih ke ? Tuan Wang , saya nak awak gantung pelajaran Kim Junghae." arah Puan Moon serentak mengoyak senyuman sinis . Sementara Puan Kim hampir rebah bila tahu hukuman yang dikenakan pada anak gadisnya .

"Puan , saya minta maaf . Salah saya sebab tak pandai didik anak."

"Eomma— " panggil Junghae perlahan sambil menggeleng bila Puan Kim sudah melutut di kaki Puan Moon . Wanita paruh baya itu jegilkan mata lantas berikan isyarat pada anak gadisnya agar turut melutut meminta maaf .

Usai perbincangan , lengannya ditarik kasar oleh Puan Kim ke satu sudut .

"Siapa ajar kamu pukul orang dekat sekolah ni ? Eomma hantar kamu ke sekolah bukan untuk malukan eomma . Kenapa kamu pukul dia?"

"Dia cium Yoongi sunbae." ringkas tapi buatkan Puan Kim berapi . Lengan gadis itu dipukul kuat buatkan Junghae menjerit halus .

"Jadi ? Ada kena mengena dengan kamu?" Puan Kim memandang tajam wajah anaknya . Junghae menunduk memandang lantai serentak kepala mengangguk perlahan

Terlepas keluhan berat dari celah anda bibir wanita paruh baya itu .

"Mulai sekarang lupakan pasal Yoongi dan fokus belajar . Kalau tak ,  eomma akan transfer kamu ke Itali."

"Eomma,"

"Kali ni eomma takkan berlembut , sekali lagi kamu buat perangai , eomma takkan teragak - agak untuk hantar kamu tinggal dengan ahjumma Gu tak kira kamu suka atau tak." ujar Puan Kim dan beredar .

Tok! Tok! Tok!

Junghae lepaskan keluhan kecil serentak menutup buku tulis miliknya . Pintu kelas dipandang dan wajah Taehyung yang tersenyum penuh lebar memenuhi kornea matanya .  Pandangan matanya jatuh pada lunchbox yang dipegang oleh Taehyung buatkan dia tergelak sendiri.

Apalah Taehyung ni , ada ke patut dia bawa lunchbox warna pink . So girlish ! Taehyung turut tergelak bila perasan Junghae gelak walhal tak tahu apa yang digelakkan.

"Kenapa gelak?" soal Taehyung blur sebaik sahaja tiba di tempat duduk Junghae . Dia ikut gelak je tadi maklumlah dia mudah terhibur orangnya .

"Tu." lunch box berwarna pink ditunding serentak dia ketawa semula . Bukan apa , Taehyung ni salah seorang pengawas yang dikatakan sentiasa cool di mata pelajar lain . Apa pulak orang ejek dia nanti . Taehyung hanya  meng'oh'kan saja lalu labuhkan punggung .

"Tak boleh eh kalau aku pakai warna pink ? Ni kenapa rehat sorang ? Hwamin mana?" lunch box tersebut dihulur pada Junghae .

"Tak lapar . Hwamin rehat dengan yang lain . Ni kenapa bagi saya pulak ? Sunbae punya kan." lunch box itu ditolak semula ke arah Taehyung namun laju saja budak lelaki itu tolak semula .

"Ambillah. Aku beli dekat kafe sekolah . Makanlah nanti basi bazir je duit aku." kata Taehyung lalu suakan sudu untuk Junghae . Apalagi , dah orang bagi dia ambil jelah .

"Kenapa sunbae ni suka bagi saya macam - macam ? Air kotak haritu pun saya belum bayar." ucap Junghae sambil makan sesuap nasi goreng . Berapa kali dia pelawa Taehyung makan sekali , budak lelaki itu sekadar menggeleng .

"Aku tak suruh kau bayar balik pun . Anggap jelah kau bertuah okay?" balas Taehyung lantas buku tulis budak perempuan itu dibeleknya .

"Janganlah tengok . Malu tau orang tengok kerja rumah saya . Saya ni dahlah bodoh." ujar Junghae lalu merampas buku latihannya dari terus dibelek oleh Taehyung . Dahlah banyak jalan kerja separuh jalan lepastu banyak pen merah bertanda .

Malu !

"Rileks lah . Kau ingat semua orang bijak ke ? Aku tak bijak macam yang orang lain fikir . Mungkin dalam pelajaran ya tapi bukan dalam buat sesuatu keputusan . Akulah orang paling bodoh tau." cerita Taehyung . Junghae sekadar mengangguk . Kira okaylah tu sekurang - kurangnya adalah jugak bijak daripada dia .

Dahlah akademik pun bodoh , apatah lagi nak buat keputusan . Keputusan nak jauhkan diri dari Yoongi buat sementara tapi itulah belum sampai setengah hari dia dah menggelupur rindukan si beku tu . Sedari tadi Taehyung sekadar memerhati budak perempuan yang tengah sibuk termenung .

"Junghae,"

"Petang nanti kau free tak?"

— tbc

yuhuuu ! gomawo hadap kehambaran kesakaian kebuduan kemerepekan AHAHAHAHA apepon thanks a lot

[C] Crush : Yoongi MinWhere stories live. Discover now