twenty eight 🍯

727 94 16
                                    

Junghae labuhkan punggung di kerusi belajarnya sambil menunggu rakan kelasnya yang lain tiba . Hwamin yang barusan tiba bersama Hoshi dan Kwanghee terus terpa meja Junghae . Nak buka kedai kopi lah tu--

"Kau macam mana ? Feels better ? Atau tak sihat lagi?" soal Hwamin memandang wajah muram kawan baiknya itu . Maklumlah semalam dia tak datang jadi dia tak tahu apa yang jadi semalam . Ada baiknya kalau Hwamin tak tahu . Bukan apa , takut nanti dia menambah masalah kawan baiknya itu .

"Okay je . Kau kenapa tak datang semalam?" soalnya seraya membuka buku Kimia . Buka je , bukan buat apa - apa pun . Tersengih - sengih Hwamin bila disoal .

"Aku bangun lewat semalam . Bangun - bangun je dah pukul 9 . Aku tidurlah balik." balas Hwamin dan ketawa kecil . Baru saja nak masuk topik membawang , tiba - tiba saja satu koridor bising dengan jeritan nyaring budak perempuan sekolah .

Lantas mereka berdua bangun dan jengahkan kepala ke tingkap kelas . Automatik bibir mencebik . Ingatkan artis manalah yang datang rupanya ketua pasukan bola keranjang sekolah Gyeonggi yang datang .

Siapa lagi kalau bukan Park Jimin . Jejaka paling terhangat di sekolah Gyeonggi . Mempunyai eyesemile yang elok terbentuk ditambah dengan sikapnya yang dikenali sebagai angel . Memang buatkan semua budak perempuan jatuh hati . Termasuklah Junghae .

"PARK JIMIN ! PARK JIMIN ! PARK JIMIN!" makin lama makin kuat laungan nama budak lelaki itu di setiap koridor . Jimin pun tak kurang gediknya , dihadiahkan pula flying kiss buatkan jeritan nyaring makin kuat .

"YAH!" teriak Taehyung yang kebetulan lalu di koridor kelas Junghae . Ingatkan ada orang bergaduh tadi , itu yang dia datang nak tengok muka - muka yang bergaduh . Alih - alih muka Jimin pula yang memenuhi ruangan kornea matanya .

"Eoh Taehyung ssi ! Lamanya tak jumpa kau!" segera dia berlari anak mendekati Taehyung dengan tangan yang didepa . Minta dipeluk tapi Taehyung tolak mentah - mentah .

"Kau buat apa hah dekat sekolah aku ni ? Kecoh kau tahu tak ? Aku ingatkan Taehyung si kembar aku tu yang datang . Rupanya muka minta penampar ni yang datang." kutuk Taehyung selamba lalu jalan melepasi Jimin . Sementara Jimin dekat belakang rasa nak cekik - cekik je kawan dia tu . Macam ni ke dia sambut kawan sekolah ?

"Aku datang sekolah kau ni bukan suka - suka okay . Nanti ada training basketball dengan team sekolah kau . Siapa kawan kau yang muka poyo macam mayat hidup tu ? Chombi ? Gigi?" soal Jimin seraya mengikuti jejak langkah Taehyung ke dalam bilik . Bilik apa pun dia tak tahu .

"Yoongi . Yelah tu training . Ke kau nak mengorat budak - budak sekolah aku . Maklumlah budak perempuan sekolah aku semuanya kan classy gitu . Sekolah kau tu hmph siapa je layan." kata Taehyung lalu menyelak helaian laporan yang dia perlu hantar esok hari . Harini hari terakhir dia bertugas memandangkan esok dia dah sibuk dengan persiapan sukan tahunan sekolah .

"Classy apanya . Aku tengok Junghae tu tergolong dalam dak dak noob tak boleh bawa bincang . Yang itu jugaklah yang kau suka." kutuk Jimin semula diiringi dengan gelak tawa . Taehyung hanya diam membisu .

"Kau kenapa tho ? Tibehlah muka macam orang baru kena reject . Wae ? Junghae tolak cinta kau eh pftt-"

"Dia bercinta dengan Yoongi." ujar Taehyung perlahan buatkan Jimin tersedak air liur sendiri . Yoongi kawan Taehyung yang poyo , mayat hidup , orang yang dia bakal lawan bola keranjang nanti tu ke ?

"The hell Taehyung ! Kau kalah dengan Yoongi poyo tu ?! Sereslah wei ! Kau tak ikut ke apa yang aku ajar?" Taehyung hela nafas berat . Kepalanya disandarkan pada kerusi lalu dia pandang Jimin yang dah cemberut mukanya . Dia dah ikut semua yang Jimin suruh . Tapi nak buat macam mana , dia tak boleh paksa Junghae sukakan dia .

"Aku malaslah nak bincang pasal hal ni . Yang lepas tu biarlah . Aku malas nak fikir . Lagipun Junghae bahagia dengan Yoongi pun dah cukup baik untuk aku-"

"Habis tu kau nak biar jelah perasaan kau tu ? Nak acah jadi baik kononnya lepaskan orang yang kau sayang dekat kawan sendiri ? Lepastu bawa diri sampai bertahun - tahun but still jugak tak boleh move on . Bro sumpah aku cakap semua tu dah lapuk , zaman sekarang dah tak ada cara macam tu . Kalau betul kau sayang , fight for her . Jangan putus asa . Biar dia nampak effort kau . Ni , kalau kau bawa diri jauh - jauh ,  dia dekat sini bahagia dengan pilihan sendiri . Kau nak tackle dia balik ? Bye bye jelah." bebel Jimin panjang lebar tapi Taehyung masih diam . Masih tiada tanda - tanda mahu membantah ataupun mengiyakan bebelan kawannya itu .

Entahlah . Dia sendiri buntu .

- tbc

taehyung ke yoongi ? pilihan anda adalah pengakhiran jalan cerita so choose carefully ! ♡

[C] Crush : Yoongi MinWhere stories live. Discover now