four 🍯

850 128 48
                                    

happy reading

💜

Usai lakukan rondaan di koridor, kantin menjadi tujuan seterusnya. Dia perlu memantau keadaan kantin untuk satu minggu seperti yang diarahkan.

Tangan dimasukkan ke dalam poket seluar dan berjalan melepasi setiap tempat yang menjadi port rehat pelajar.

Seketika telinganya menangkap perbualan beberapa orang pelajar sedang berbual tentang dirinya.

"Hensem Taehyung weh. Crush aku tu weh."

"Cara dia jalan, argh i like it. Hot gila."

"Bibir dia seksi gila."

Taehyung hiraukan perbualan tersebut. Bukannya dia tak biasa dengar. Selalu je dengar setiap kali lalu depan mana-mana pelajar.

Kecuali pelajar lelaki lah.

Buku nota kecil berwarna hitam dikeluarkan dari poket blazer pengawasnya. Pen yang sedia tergantung di poket blazer diambil.

"Kau yang potong barisan aku, kenapa aku pulak yang kena minta maaf?" marah gadis itu. Tangannya sudah mencekak pinggang. Mata coklat gelap miliknya menjeling tajam sepasang tubuh yang berdiri hadapannya waktu ini.

"Eh kau cakap baik-baik sikit. Kau yang potong barisan aku, setan!" balas gadis berambut ponytail itu.

Taehyung lajukan langkah ke kaunter pembelian bila terdengar bunyi bising. Mana taknya adegan tengking menengking sudah berlaku.

"Hey kenapa ni?" soal Taehyung agak kuat dan menghentikan perbuatan mereka yang ingin bergaduh. Wajah gadis berambut ponytail itu dipandang bersilih ganti dengan gadis yang sudah memuncung mulutnya. Taehyung mengeluh perlahan apabila muka Junghae menerpa pandangan.

Budak ni kalau tak cari pasal, memang tak sah.

"Korang dua ikut aku pergi bilik displin." arah Taehyung pada Junghae dan Kwonhee, gadis berambut ponytail tersebut.

"Tak nak!" bantah Junghae lalu menjeling Taehyung tajam . Suka hati je nak heret dia pergi bilik disiplin . Minggu lepas baru je kena kaunseling dengan Puan Han dekat bilik tu .

"Saya pun tak nak!" bantah Kwonhee , gadis berambut ponytail itu .

"Follow me . Kalau taknak kena denda lebih berat , better both of you follow me now." ugut Taehyung .

"Yang lain sambung rehat. Tinggal 5 minit sebelum loceng bunyi." ujar Taehyung dan melangkah keluar dari kantin .

Kedua-dua mereka setia mengikuti langkah Taehyung sehingga ke bilik displin.

Jungkook menyanyi kecil sambil lakukan kerja menyemak laporan displin pelajar sekolah. Pen yang digunakan untuk menulis laporan kini menjadi mic palsu.

Bergema suaranya dalam bilik yang tertutup itu. Nyanyiannya terhenti saat kelibat Taehyung dan dua orang pelajar perempuan memasuki bilik tersebut. Kelam kabut dia lakukan kerja semula.

"Kenapa tu?" soal Jungkook sebaik sahaja Taehyung mendekati meja yang didudukinya.

"Bergaduh pasal barisan dekat kantin lagilah." kata Taehyung mendatar. Jungkook cuma mengangguk lalu wajah dua orang pelajar perempuan itu direnung lama.

"Tu bukan budak Junghae kelas 3-1 ke?" soal Jungkook inginkan kepastian. Taehyung mengangguk.

"Bukan minggu lepas dia baru kena kaunseling dengan Puan Han ke?" Taehyung mengangguk lagi.

Jungkook lepaskan keluhan kecil. Bilalah Junghae mahu berubah? Asyik nama dia je yang naik dalam rekod displin.

"Dah tu, kau nak bagi denda apa tu dekat diorang?" Taehyung mengangkat bahu. Penat dia fikirkan kes Junghae ni.

Bagilah denda apa sekalipun tak pernah nak insaf dia tu. Jungkook keluarkan telefon pintar dari poket blazernya dan mendail seseorang.

"Hello, boleh tak kau datang bilik displin?"

◾◾

Yoongi menapak masuk ke dalam bilik displin. Junghae yang dari tadi rebahkan badan ke sofa kulit terus tegakkan badan bila kelibat Yoongi menyapa.

"Kenapa panggil aku ni? Aku ada hal nak settle dekat dewan. Taehyung mana?" soal Yoongi.

"Aku nak kau kasi denda yang kaw kaw punya dekat dua orang tu. Taehyung pergi jumpa cikgu." Jungkook menjuihkan bibirnya pada dua orang pelajar yang diam sejak tadi.

"Habis tu dewan macam mana?" soal Yoongi lagi. Mesti mengamuk Saem Bang tu nanti sebab keluar senyap-senyap tak inform.

"Pasal tu kau jangan risau. Hal dewan tu biar aku uruskan. Kau, uruskan budak dua orang tu." kata Jungkook seraya bangun untuk tinggalkan bilik displin.

Yoongi cuma mengangguk lega. Tak perlulah dia menghadap Saem Bang yang kaki bebel tu. Dua susuk tubuh yang duduk di sofa itu ditujunya.

Riak muka kosong dan tanpa secalit senyuman ditayang.

"Ikut aku." ucapnya tanpa nada dan beredar tanpa hiraukan Junghae dan Kwonhee yang masih terkedek-kedek di belakang.

♡♡♡

Junghae's

Aku duduk membelakangi cahaya matahari yang terik. Peluh yang tak henti keluar aku lap menggunakan belakang tangan.

Denda apa susah sangat ni woi !

"Kaulah ni perempuan. Kalau kau tak bergaduh dengan aku pasal benda kecil tu, takde maknanya aku kena denda sekarang ni." marah aku.

Rumput ni pun satu, time ni lah nak pendek pun.

"Kau yang cari pasal lepas tu nak salahkan aku pulak. Banyak lemak kau." marahnya semula.

"Woi kau main lemak-lemak pulak. Memang cari pasal ke apa?" berang aku bila lemak dibangkitkan. Aku sensitif dengar perkataan lemak tu.

"Berhenti bercakap dan habiskan kerja." dingin saja arahan yang baru dikeluarkan dari lelaki bernama Min Yoongi.

Aku dan Kwonhee teruskan kerja amal menarik rumput di tengah padang. Yoongi pula berada di bawah bumbung.

Ewah ewah kau bukan main lagi kau berteduh intan payung.

Setengah jam berlalu dan kepala aku mula terasa pening.

"Sunbae- kepala saya pening." ujarku padanya. Tangan memicit kepala yang sudah berdenyut.

"Alasan. Habiskan kerja." arahnya tanpa hiraukan aku.

"Weh kepala aku pening, Kwonhee."

"Ish, kau ni. Tahanlah. Dah nak habis ni." katanya dan menyambung semula kerja. Aku gagahkan juga untuk teruskan tapi kepala makin kuat berdenyut. Akhirnya aku rebah di sebelah Kwonhee.

"JUNGHAE!"

- tbc

hikss terharu sebab masih ada yang nak baca stowy ni

[C] Crush : Yoongi MinWhere stories live. Discover now