nine 🍯

748 118 32
                                    

"He's cold and cruel

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"He's cold and cruel."

.
.

Untuk ke sekian kalinya , dia terbaring di bilik sakit lagi . Kepalanya terasa berdenyut dan berat lantas tangannya naik memegang kepala yang berbalut .

"Kau luka masa bergaduh tadi . Taehyung yang bawa kau datang sini . Dah , baring elok - elok . Nanti berdarah pulak kepala tu." ujar Hwamin laju sebelum kawan baiknya itu bertanya . Junghae hanya mengangguk perlahan .

"Ni aku nak tanya sikit . Kenapa kau gaduh dengan Daeryu ? Aku baru tinggal sekejap kau dalam tandas dah jadi macam ni." nada Hwamin bertukar serius seiring dengan pandangannya . Junghae mengeluh perlahan .

"Kau tak faham-"

"Apa yang aku tak faham ? Kau dah pukul Daeryu sampai dia tak sedarkan diri dan sekarang kau cakap aku tak faham ? Aku bukan nak sebelahkan sesiapa tapi benda ni dah jadi hal serius . Parents Daeryu datang sekolah semata - mata nak jumpa kau . Kau tahu kan Moon Daeryu tu berpengaruh dalam sekolah ni ? Kenapa kau degil tak nak dengar cakap aku?" panjang lebar Hwamin memarahi kawan baiknya itu . Namun reaksi yang diterima hanya tangisan kecil .

"Dia maki aku . Dia caci eomma aku . Kau rasa kau boleh ke tahan bila dia cakap eomma kau murah , jijik . Kau boleh ke tahan?!" luah Junghae teresak - esak . Mana mungkin dia boleh bersabar jika sudah libatkan Puan Kim .

"Tapi kau boleh je tahan diri dari pukul dia . Kenapa perlu guna kekasaran dengan dia?" sampuk Yoongi di balik tirai . Dah lama dia berada di situ cuma tunggu masa je nak keluar dan basuh Junghae . Yoongi beri isyarat mata pada Hwamin agar tinggalkan dia dan Junghae berdua .

"Berbaloi ke kau pukul dia ? Berbaloi ke lepas semua orang dalam sekolah ni dah anggap kau tak ubah macam pembunuh?" soal Yoongi lagi lalu melangkah ke sisi katil . Muka tanpa riak ditayang pada Junghae yang sedang pandangnya .

"Kenapa saya tak boleh pertahankan diri sendiri ? Kalau sunbae jadi saya , bukan setakat pukul je yang sunbae buat--"

"Aku takkan buat apa - apa sebab aku tak bodoh macam kau." cantas Yoongi dingin sambil peluk tubuh .

"Kenapa ? Kenapa sunbae suka pertahankan Daeryu yang dah terang bersalah ? Sebab terhutang budi dengan dia ? Sebab dia yang tolong keluarga sunbae?  Macam tu?" soal Junghae dengan air mata yang sudah berlinang . Yoongi tak pernah nak bela dia walau sekali . Di mata budak lelaki itu , hanya dia yang jahat .

Yoongi palingkan mukanya ke arah tingkap . Hatinya terasa lemah jika ada yang menitiskan air mata namun ego di dada menghalang dia dari terus berasa kasihan .

Yoongi keluh perlahan dan minta diri untuk pergi . Langkah kakinya terhenti bila pengakuan tak dijangka oleh Junghae .

"Saya suka sunbae." jujur Junghae cukup perlahan namun masih dapat didengari memandangkan ruang bilik kosong dan bergema .

"Jadi?"

"Kenapa sunbae tak terima saya?" tubuh budak lelaki itu automatik berpaling ke arah Junghae . Riak muka dingin kini menempel di wajahnya . Jelas menunjukkan yang dia tak suka dengan pengakuan Junghae .

"Aku tak boleh terima sesiapa termasuk kau." ujar Yoongi cukup ringkas tapi Junghae masih lagi berdegil mahukan jawapan yang sebenar . Tangannya kini menggenggam erat pergelangan tangan budak lelaki itu .

"Wae?"

"Sebab kau bukan perempuan yang layak untuk aku dan cara kau ni hanya jatuhkan maruah dan martabat seorang wanita yang disanjung tinggi . Hanya disebabkan cinta seorang lelaki yang tak pernah dan takkan kau miliki."

"Ingat pesan aku , Kim Junghae . Jadi perempuan yang lelaki kejar - kejarkan bukan jadi perempuan yang terkejarkan seorang lelaki . Tu semua nampak— murah."

Ssup !

Hatinya bagai disiat dengan sesuatu yang tajam . Yoongi rentap tangannya perlahan lalu beredar pergi meninggalkan Junghae yang masih tergamam sendirian .

— tbc

rate this chapter ;

/10

[C] Crush : Yoongi MinWhere stories live. Discover now