twenty 🍯

750 100 15
                                    

Taehyung aturkan langkah ke bumbung sekolah . Tahulah dia Junghae berada di situ . Bumbung sekolah je satu - satunya tempat yang budak perempuan tu pergi .

Senyuman yang melebar sejak tadi memudar bila esak tangis budak perempuan itu kedengaran di hujung bumbung . Runtun hatinya dengar Junghae menangis sendiri tanpa ada sesiapa di sisi .

"Junghae."

"Geunyang ga ! Saya perlu bersendirian." halau Junghae sambil tekupkan mukanya pada lutut . Dia tak mahu sesiapa tengok muka hodoh dia waktu menangis .

"Junghae." panggil Taehyung lagi . Punggungnya sudah dilabuhkan di sisi Junghae . Kepala ditoleh memandang budak perempuan yang masih bertegas tak mahu pandang dia .

"Sunbae tak faham ke apa saya cakap ?! Tolonglah pergi . Saya tak nak semua orang fikir bukan - bukan . Saya dah tak larat nak dengar orang cemuh saya . Saya penat . Penat sangat . Jebal." halau Junghae dengan wajah yang sudah memerah teruk . Dia dah tak kisah Taehyung tengok muka buruk dia waktu menangis . Yang dia tahu dia mahu bersendirian . Tanpa berikan amaran , tubuh Junghae dibawa masuk ke dalam dakapannya .

Dada Taehyung dipukul perlahan , meminta agar dirinya dilepaskan tapi makin erat Taehyung peluknya . Beberapa minit kemudian , tangisan Junghae reda . Kepalanya masih mendarat pada dada bidang Taehyung .

Tak tahu kenapa tapi jantung Taehyung berdegup laju . Teramat laju .

"Mianhae." kata Junghae seraya menunduk . Rasa bersalah sangat sebab Taehyung dengar semua luahan hati dia tadi . Tengok dia menangis .

"Mianhae sebab sunbae terpaksa teman saya menangis . Mesti sunbae rasa-"

"Geokjeongma . Kau boleh menangis sepuasnya . Menangis tak semestinya lemah . Kadang - kadang menangis cara paling terbaik untuk kita luahkan perasaan sendiri." pintas Taehyung dengan nada suara yang mendalam .

"Eum sunbae , kenapa jantung sunbae berdegup laju ? Sunbae sakit ke?" soal Junghae lalu tekapkan tangannya ke dada Taehyung . Merasai degupan jantung yang semakin laju . Cepat - cepat Taehyung jauhkan dirinya dari Junghae .

"H-haah . Dada aku sakit sebab kau tu berat sangat sampai mengah aku dibuatnya." jawab Taehyung gagap . Pandangannya cuba dilarikan dari Junghae yang dari tadi asyik perhati dia . Aduh , jantung ni pun satu hal lah !

"Yeke ? Ke sunbae-"

"Kajja , ikut aku."

"Pergi mana?"

"Ikut jelah."

♡♡♡

"Arked?"

Taehyung mengangguk mengiyakan soalan Junghae . Kaki menapak masuk ke dalam arked yang lenggang . Maklumlah sekarang masih waktu persekolahan tapi mereka berdua dah ponteng .

Taehyung si penolong ketua pengawas ponteng sekolah kot .

"Kita buat apa dekat sini?" soal Junghae polos lalu dia ikutkan saja langkah Taehyung . Kelihatan Taehyung sudah duduk di salah satu seat permainan lumba kereta . Seat di sebelahnya ditepuk perlahan , menyuruh budak perempuan itu duduk .

"Masak - masak." jawab Taehyung buatkan Junghae mencebik masam . Melebar saja senyum dek tengok muka masam mencuka Junghae . Dah tahu tanya lagi .

"Takpe ke kita ponteng sekolah ni?" soal Junghae lagi . Manalah tahu tiba - tiba terserempak dengan  Puan Kim ke Tuan Song ke ha tak ke naya tu ?

"Selagi kau ada dengan aku , semuanya selamat." ucap Taehyung lalu menepuk tempat duduk di sebelahnya sekali lagi . Lambat - lambat budak perempuan itu labuhkan punggungnya dan mula masukkan nama pemain . 

"Tapi sunbae , saya tak pandai main." jujur Junghae . Sumpah dia cakap kali terakhir dia main waktu sekolah rendah dulu . Itu pun sekali je .

"Gerakkan stereng , masukkan gear lepastu tekan pedal minyak dekat kaki kau tu . Ha nanti bergeraklah kereta tu . Sedia?" kepala digeleng tanda dia memang tak sedia langsung . Takut kena langgar nanti .

"Takpe kau bawak je slow slow . Aku follow belakang nanti." ujar Taehyung lagi sambil mata fokus pandang skrin permainan .

1

2

3

GO !

Taehyung memecut laju tinggalkan Junghae di belakang . Ceit , tadi cakap nak follow dari belakang . Junghae mencemik masam bila ditipu .

"Jom battle nak ? Game ni ada tiga round . First round , aku menang . Kalau aku menang lagi , kau kena tunaikan permintaan aku."

"Kalau saya menang?"

"Boleh ke kau menang?" provok Taehyung seraya tersenyum mengejek . Tak semena menanya bahunya ditampar kuat oleh Junghae .

"Sakitlah . Okay kalau kau menang , boleh minta apa je . Kheol?"

"Kheol." senyuman nipis mula terukir di bibir budak perempuan itu . Pusingan kedua dimulakan .

"YAH KIM JUNGHAE!" jerit Taehyung tak puas hati tatkala keretanya dilanggar oleh Junghae . Budak perempuan itu ketawa lalu jelirkan lidah . Seronok ! Tapi tak sampai beberapa saat , Taehyung memintas semula kereta Junghae dan memenangi perlumbaan .

"Eum sunbae nak saya tunaikan apa?" kata Junghae dengan bibir yang sudah dicebik . Kalah punya pasal . Taehyung bawa jarinya ke dagu lalu diusap perlahan . Berfikir sejenak .

"Tak ada permintaan buat masa sekarang . Kau?"

"Makan aiskrim goncang jom!"

- tbc

[C] Crush : Yoongi MinWhere stories live. Discover now