Selepas dua hari bercuti di rumah , akhirnya budak perempuan itu kembali ke sekolah . Rajin jugaklah rakan kelasnya yang lain melawat walaupun hanya Seungkwan , Hoshi dan Hwamin saja yang datang melawat .
Nasibnya juga bertuah kerana Puan Kim berada di luar negeri untuk seminggu . Sempatlah kepalanya yang berbalut tu pulih . Kalau tak , mesti dah kena soal banyak dengan Puan Kim .
"Oi budak ! Kepala kau dah okay?" tegur Taehyung ceria seraya menayang senyuman menawan di pagi hari . Pelajar yang lalu dan menyapanya di sebelah tak dihiraukan . Sibuk belek kepala Junghae yang masih berbalut .
"Dah . Eum- terima kasih tau sebab tolong bawa saya ke bilik sakit haritu . Kalau takde sunbae , rasanya dah jadi abu saya kan?" ujar Junghae diselangi tawa hambar buatkan Taehyung geleng kepala perlahan .
"No worries . Aku ni macam bidadara yang diciptakan khas untuk lindungi kau . So don't worry kalau kau sakit ke demam ke , aku ada . Tapi kan , kau ni boleh tahan berat jugak." ujar Taehyung buatkan budak perempuan itu rasa malu . Matanya dibulatkan serentak mencekak pinggang .
"YAH ! SAYA RINGAN JELAH!"
"First time angkat dekat padang tu memanglah ringan tapi bila kali kedua tu , fuh boleh patah pinggang aku tapi nasib baiklah aku kuat macam the rock." ujar Taehyung bangga bersama hidung yang sudah kembang kempis .
"Tak nak kawan dengan sunbaenim!" rajuk Junghae lalu beredar masuk ke dalam pagar sekolah dengan hentakan kaki yang tampak comel di mata Kim Taehyung .
Aiguu , comel !
♡♡♡
Junghae's
Tiba di koridor kelas , boleh pulak terserempak dengan Yoongi . Cepat - cepat aku pusing semula ke arah bertentangan . Aku malu bila teringat pasal kes luah tu .
Itulah nak sangat luah . Bila kena setepek , tahu nak lari .
Sorok punya sorok , kepala aku yang masih berbalut terlanggar seseorang pula . Aiguu , apa malang sangat nasib aku ni ? Aku dongak kepala dan wajah keliru Jungkook menghiasi retina mata .
"Eoh Junghae , kau dah sihat ke?" soalnya sedikit kuat . Segera aku tekup mulutnya dan bawa ke tempat yang sedikit tersorok . Hilang saja derapan tapak kaki dari pendengaran , aku tarik semula tangan dari terus menekup mulutnya .
Dan , baru aku perasan kedudukan aku dengan dia terlalu rapat . Rapat sampaikan deruan nafasnya mengena pada leher aku . Cepat - cepat aku jarakkan diri bila sedar dia tak lepas pandang aku .
"Erm mian . Ehe!" kataku lalu lari pecut masuk ke dalam kelas . Sumpah malu ! Masuk saja kelas , rata - rata budak kelas pandang aku tak puas hati . Apahal pulak ni ? Penatlah gini .
"Min , apesal diorang tengok kita pelik semacam ? Aku cantik sangat ke harini?" pujiku sendiri dan tak semena - menanya Hwamin tayang muka toya .
"Bukan kita tapi kau je . Tadi si beku kesayangan kau datang cari." kata Hwamin seraya palingkan badan menghadap aku . Yoongi cari aku ? Seresla ?! SKSWKEKDODNFKEKWKWKWNWJN
"Dia nak jumpa kau petang nanti . Library."
— tbc
so far so good ? if yes , kongsilaaa stowy dengan kengkawan anda AHAHAHAHA
YOU ARE READING
[C] Crush : Yoongi Min
Fanfiction"Am i too late to regret for loving you?" [ published on 19 December 2019 ] [ rewrite on 16 December 2020 ] - known as CRUSH SEDINGIN AIS