twenty seven 🍯

730 93 7
                                    

thankyouu for those yang baca ♡ me sarang you

.
.

Yoongi's

Aku dan Junghae duduk berdua di bumbung sekolah bertemankan cahaya mendung dari langit . Mujurlah tidak berapa terik memandangkan petang nanti hujan turun .

"Sunbaenim,"

"Eum?" gumamku lalu pandangnya yang tengah ralit pandang depan . Rambutnya yang terurai aku sisirkan ke belakang telinga .

"Daeryu macam mana ? Saya dengar sunbae dengan dia akan bertunang lepas majlis sukan sekolah nanti . Betul ke?" soalnya seraya menoleh memandang aku dengan muka risaunya . Atototo comel bethol ! Tangannya aku raih dan letakkan di atas paha aku lalu aku genggam perlahan .

"Aku tak pernah bersetuju nak bertunang sesiapa dan tak pernah terfikir pun nak jalinkan hubungan . Kau pun tahu kan dia sengaja buat macam tu sebab nak sakitkan hati kau?" tuturku lembut dan pandang dia yang senyum hambar . Tak yakin dengan penjelasan aku , mungkin . Bahu kirinya aku rangkul dan peluk erat . Kepala aku lentokkan di bahu kanan miliknya .

"Geokjeongma . Kau tak payah fikir pasal Daeryu . Biar aku je yang selesaikan hal dia . Lagipun kau dah banyak susah disebabkan aku dengan Daeryu kan ? Aku dah banyak sakitkan hati kau lelagi bila aku tolak perasaan kau dekat aku." tuturku lagi dan dia hanya diam . Keluhan kecil terlepas dari bibirnya .

"Sunbae nak bagitahu semua orang ke pasal kita ? Dah fikir masak - masak ke ? Sunbae tak kisah kalau diorang cemuh?" soalnya masih mahu berbahas tentang topik ini lagi . Jujurnya aku malas ambil pusing pasal hal orang sekeliling . Cukuplah sekadar aku dan Junghae mampu hidup bahagia macam orang lain .

"Kenapa perlu kisahkan diorang ? Lambat atau cepat , diorang akan berhenti bercakap jugak . Dah , tak payah sakitkan kepala dengan benda remeh macam tu--"

"Untuk sunbae memanglah mudah dan anggap benda tu remeh sebab sunbae tak pernah rasa semua tu-" kata - katanya diganti dengan tangisan perlahan sebaik saja aku peluknya . Belakang badannya aku usap perlahan dan cuba memujuknya dari terus mengeluarkan air mata .

"Arra . Aku faham kau . Mianhae sebab buat keputusan tanpa fikir keadaan kau . Aku janji aku akan rahsiakan hubungan kita sampai kau bersedia untuk bagitahu."

♡♡♡

Yoongi hentikan kereta Mc Laren miliknya di hadapan pintu rumah Junghae . Seatbelt ditanggalkan lalu dia bergegas keluar dari perut kereta untuk bukakan pintu sebelah penumpang .

"Gomawo." ucap Junghae sebaik saja dia keluar dari kereta Yoongi . Budak lelaki itu hanya mengangguk dan tersenyum .

"Jangan menangis dah . Kalau rasa sedih , tengok je profile picture aku . Mesti gelak tak ingat dunia." pesan Yoongi buatkan budak perempuan itu ketawa kecil . Mana taknya , ada ke patut dia letak gambar hodoh dekat profile . Katanya nanti dah tak ada orang yang minat dia .

"Rest well . Kau dah banyak menangis harini . Terima kasih sebab masih cintakan aku . Terima kasih sebab bagi peluang untuk aku buktikan yang kau layak bahagia macam orang lain . Terima kasih sebab tak pernah berpaling dari aku . Aku harap semua ni akan kekal sampai bila - bila." ucap Yoongi mengundang sebak di dada Junghae . Kalaulah Yoongi tahu bahawa dia perlu berpindah ke Itali , apa reaksinya ?

"Nae . Dah lewat malam . Sunbae pun drive safe . Saya masuk dulu . Jalja!" balas Junghae seraya melangkah masuk ke dalam pagar bersama lambaian tangan . Senyum di bibir tak lekang hinggalah dia masuk ke dalam rumah . Wajah tegang Puan Kim mematikan senyuman lebarnya .

"Seronok?"

- tbc

yoonjung moment sikit je ehe ❤ taehyung kita kasi rehat dulu sian diaa tau

[C] Crush : Yoongi MinWhere stories live. Discover now