《LIMA BELAS》

98 22 1
                                    

BUSTOP

JEONG YONG RA

sedih betul kehidupan aku ni kan. yelah nak pergi kedai pun kena naik bas tapi dah tu yang aku suka buat.

aku menaiki bas dan mengambil tempat seperti biasa.

tidak lama kemudian aku sampai di destinasiku dan aku bergerak ke kedai tersebut. sebelum aku menapak masuk ke dalam kedai,aku mengeluarkan senarai bahan yang ingin di beli daripada beg tanganku.

aku terus bergerak masuk setelah menyemak senarai tersebut dan bergegas memilih semua barang yang telah dicatat.

setelah selesai memilih,aku terus menuju ke kaunter untuk membuat pembayaran.

🌻

JEONG YUNHO

aku melangkahkan kakiku memasuki kedai serbaneka tersebut dan terus meluncur ke peti ais untuk mengambil beberapa botol bir supaya aku boleh menghilangkan keresahan hatiku.

selesai membuat pembayaran aku mengambil keputusan untuk melabuhkan punggungku di bangku yang disediakan di hadapan kedai serbaneka tersebut.

aku membuka penutup bir yang pertama untuk menikmatinya. aku merasakan kelegaan setelah meneguk minuman yang pertama sehingga habis.

tidak cukup satu botol,aku membuka botol yang seterusnya sehingga semua yang aku beli habis diminum olehku.

maka,bersepahlah botol2 yang aku minum di atas jalan dalam bilangan sebanyak 7 botol. aku merasa puas kerana sekarang aku tidak sedar dan berada dalam keadaan tidak waras.

ya aku sudah cukup mabuk dan kalau boleh aku mahu menamatkan riwayat hidupku pada malam ini juga.

🌻

JEONG YONG RA

aku keluar dari kedai setelah memastikan tujuanku benar2 selesai. semasa aku ingin berjalan menuju ke bustop,aku terpandang seseorang yang aku kenal berada di bangku dalam keadaan yang merisaukan.

"ehhh tu macam yunho. nampak gaya macam dia mabuk teruk tu. better aku pergi tolong dia"

aku bergerak dengan pantas menuju ke arahnya dan berniat untuk menegurnya.

"yunho awak okay tak?" tegurku

"haa siapa tu? ha in ke?" tanya yunho kepadaku

"tak2 ni saya,jeong yongra" kataku lagi

"yongra? ooo yes yes aku dah ingat. bas?" katanya dalam keadaan mabuk

"haah. yunho jom saya hantar awak balik rumah. tak eloklah awak duduk sini dalam keadaan mabuk macam ni" arahku

"tak nak. kau nak balik kau pergilah. aku nak tunggu ha in kat sini" tambahnya lagi

"erghh yunho pleaselah dengar cakap saya. jom balik" kataku

"kau nak tak jadi yeochin aku? sebab aku dah mula sukakan kau?" kata yunho dengan tiba2 sambil terhuyung-hayang

aku terkejut dengan soalan yang ditanyakan olehnya secara tiba2 tu. tapi cepat2 aku buang segala persoalan yang terlintas di benak fikiranku.

'orang mabuk memang macam tu yongra. kau layankan je dia'

"okay2 saya jadi yeochin awak" kataku sambil menariknya menuju ke bustop.

sekarang ni timbul satu masalah lagi sebab aku tak tahu rumah dia dekat mana.

'hah sudah macam mana aku nak hantar dia balik ni kalau rumah pun tak tahu dekat mana'

aku terus mengambil keputusan untuk membawanya pulang ke rumahku kerana aku benar2 buntu.

🌻

RUMAH YONGRA

aku menempatkan yunho di bilik tetamu manakala aku terus bergegas masuk ke bilikku.

"eii yongra kenapa sebelum tolong tak fikir dulu. kan tak pasal dia marah kau pula sebab tak hantar dia dekat rumah dia" bebelku memarahi diri

"hmm nak buat macam mana kan dah crush dalam kesusahan kenalah tolong" tambahku lagi

aku menghiraukan segala persoalan yang tidak terjawab begitu sahaja.

'biarlah apa nak jadi,jadilah. aku dah penat dah ni. tomorrow we wait and see what will gonna happen' getus hatiku.









tbc•
bus

BUS ♧ JEONG YUNHOWhere stories live. Discover now