《DUA PULUH ENAM》

91 21 0
                                    

LAPANGAN TERBANG INCHEON

seorang lelaki yang segak bergaya dengan membawa bagasi hitam miliknya sedang menyusur keluar dari lapangan terbang menuju ke pintu utama bagi mendapatkan perkhidmatan teksi.

kelihatan sebuah teksi sedang melepasi lelaki tersebut namun dia sempat menahannya. pintu dibuka dan dia mendaratkan dirinya ke tempat duduk belakang.

"bawa saya ke alamat ini ya" katanya

teksi bergerak melepasi perkarangan lapangan terbang tersebut dan menuju ke destinasi yang dimaksudkan lelaki tersebut.

🌻

SEOUL HOSPITAL

san bergerak pantas menuju ke kaunter untuk membuat pembayaran memandangkan minha dibenarkan keluar pada petang ini.

selepas memastikan semua urusan di hospital selesai,san menuju pula ke wad minha untuk membantu isterinya mengemas.

pintu dibuka oleh san dan kelihatan minha sedang mengemas segala pakaiannya.

"sayang,saya dah settlekan semuanya. akhirnya awak boleh balik. lega hati ni tau" kata san

"aikk rindu saya lah tu. elele. yelah tak ada orang nak temankan dia tidur kan" balas minha

"yelah sunyi tau saya. hahaha." tambah san mengada

sambil2 berborak tangan minha tidak pernah lepas daripada memasukkan pakaiannya ke dalam beg kerana hatinya sudah melonjat keriangan untuk pulang ke rumah.

san mengangkat anaknya sambil membuka pintu untuk isterinya. mereka berjalan ke kereta mereka untuk berangkat pulang.

🌻

TAMAN PERUMAHAN SNOW

"encik kita dah sampai" kata pemandu teksi

lelaki tersebut mengeluarkan wang dari dompetnya lalu menghulurkannya kepada pemandu teksi dan mengucapkan terima kasih.

dia berjalan mendekati pagar rumah dan menekan loceng,namun tiada sahutan.

mujur pintu pagar tidak berkunci dan dia merempuh masuk.

pintu diketuk lalu terpacullah muka seseorang di sebalik pintu tersebut.

"ye cari siapa?" tanya orang tersebut

"betul ini rumah jeong yongra?saya nak berjumpa dengan dia" kata lelaki itu

"sayalah orang yang encik cari tu tapi encik siapa?" tanya yongra lagi

lelaki tersebut menanggalkan kaca mata hitamnya dan menunjukkan mukanya yang tampan itu.

"now dah kenal?" tanyanya

"weh jongho. kau ke? kenapa tak cakap awal2 yang depan aku ni kau. aku ketuk kepala kau nanti kan baru tahu" tambah yongra sambil membuka pintu untuk membenarkan lelaki itu masuk

"alaa aku nak surprise kan kau je. terkejut tak terkejut tak" sakat jongho

"tak pun. bila kau sampai Korea ni?" tanya yongra

"baru je tadi. sampai2 je aku terus gi rumah kau sebab aku rindu gila dekat kau" balas jongho

"aku pun rindu kau juga. dah lebih 10 tahun tau kita tak jumpa" kata yongra sebak

"dah ahh kau. tak payah buat drama pula kat sini. aku datang sini nak jumpa kau bukannya nak tengok kau nangis" kata jongho

"ehhh mana ada aku nangis. cuma teremosi sikit je. macam mana kat Malaysia? best tak?" tanya yongra

"best gila. nanti aku bawa kau gi sana. tapi sekarang ni aku lapar. ada makanan?" tambah jongho

"cehh itu jelah yang kau tahu. makan makan makan. ada dekat atas meja. nasib baik aku dah masak. kalau tak mati kebulurlah kau kat rumah aku ni" kata yongra

kata2 yongra membuatkan jongho mengambil kusyen dan membalingnya ke muka yongra.

kerana tidak mahu mengalah,yongra membalasnya semula tapi jongho sempat mengelak.

"hahaha tak kena. welk" kata jongho sambil menjelir lidah

yongra membuat muka menyampah kepada jongho kerana geram dengan lelaki tersebut.









tbc•
bus

BUS ♧ JEONG YUNHOWhere stories live. Discover now