JEONG YONG RA
aku memilih baju2 yang diberikan oleh jongho untuk dipakaiku.
"harini aku nak pakai dress tapi yang labuh sikit and i choose this colour" kataku sambil membelek2 baju yang ada didepanku
aku memerhatikan diriku di hadapan cermin dan berkata2 sendirian.
"okay yongra perfect. you look so beautiful today" kataku sendirian
setelah bersiap,aku keluar dari bilik dan bergerak ke bawah.
"jongho aku gerak dulu. jangan lupa kunci rumah lepastu kalau nak tidur tutup televisyen tu. membazir tau,kau bukannya tolong aku bayarkan pun" kataku kepada jongho
jongho hanya membuat tanda ok dan aku terus melangkah keluar menuju ke perhentian bas.
sebenarnya aku yang berkeras nak naik bas ni. kalau ikutkan yunho nak je dia ambil aku tapi tulah aku ni jenis yang keras kepala. semuanya kena ikut kepala aku.
'tenang yongra tenang. jangan gemuruh sangat' bisik hatiku
aku merasakan perasaan yang berbelah bahagi untuk bertemu dengan parents yunho. takut,gemuruh,gembira semuanya ada.
aku melangkahkan kaki menaiki bas dan terus menuju ke destinasi.
tidak sampai 30 minit aku telah tiba di taman perumahan yunho dan aku bergegas mencari rumahnya.
setibanya aku di hadapan rumahnya,aku cuba untuk menenangkan diriku lalu pantas sahaja jari kecilku menekan loceng.
pintu pagar dibuka secara sendirinya dan kedengaran suara seseorang menjemputku masuk.
aku menapak masuk dengan berbagai2 perasaan dan harapan yang tinggi.
'you can do it yongra,you can do it' getus hatiku sambil menghembuskan nafas.
🌻
haerin tiba di hadapan rumah yongra kerana ada sesuatu yang ingin diberikan kepada rakannya itu.
pintu diketuk dan terpacullah muka seseorang di sebalik pintu.
haerin merasa pelik melihat orang yang membuka pintu tersebut kerana setahu dia yongra hanya tinggal seorang diri tanpa saudara mara
"yongra ada?saya haerin,kawan yongra" sapa haerin
"yongra tak ada sekarang ni. dia baru je keluar tadi. ada apa2 yang boleh saya tolong? oh sebelum saya terlupa nama saya jongho" balas jongho
"ooo. kalau macam tu,awak tolong passkan barang ni dekat dia boleh? nanti awak cakap dengan dia suruh dia call saya. okay tu je terima kasih,saya gerak dulu. bye" tambah haerin
"boleh boleh. no problem" kata jongho sambil melambai tangan mengiringi perjalanan haerin
🌻
"yongra kerja apa?" tanya puan jeong
"macam2 kerja saya buat sebab dekat tempat saya bekerja tu kena buat semua kerja" balas yongra
"ooo baguslah kalau macam tu. maknanya yongra ni berbakatlah kan sebab pandai buat macam2" tambah puan jeong
"hehehe,tak adalah aunty. biasa2 je" balas yongra tersipu-sipu
"puan,makanan dah siap dihidangkan" tegur bibik kang
puan jeong hanya menganggukkan kepala dan menjemput semua orang untuk menjamu selera bersama-sama.
yongra,yunho dan keluarganya tampak berselera menikmati makanan mereka sambil berborak-borak mesra.
selesai mengisi perut,yunho mengajak yongra untuk pergi ke sebuah taman bunga di belakang rumahnya.
mereka berdua meluangkan masa bersama-sama pada malam yang dingin dan sunyi.
"how you feel darling?" mula yunho
"saya rasa happy sangat sebab family awak dapat terima saya dengan hati yang terbuka. saya ingatkan eomma dan appa awak tak suka kan saya. yelah saya ni bukannya orang berada pun dan kerja pula biasa2 je. tu yang buat saya risau" terang yongra
"kan saya dah cakap eomma dan appa saya tu baik2 je. dia orang tak kisah pun siapa pilihan saya asalkan orang tu baik. same like you" kata yunho
yongra hanya tersenyum bahagia kerana dia tidak pernah berasa bahagia seperti saat ini buat sekian lamanya.
yunho mengajak yongra untuk duduk di sebuah bangku yang dihias dengan sangat cantik.
mereka berdua mula berbual-bual sambil melihat bunga2 yang sedang mekar dengan cantik sehingga mata tidak mampu untuk berkelip.
"awak suka bunga?" tanya yunho
"suka. saya paling suka bunga matahari" balas yongra
"kenapa awak pilih bunga matahari? kan banyak lagi bunga yang cantik2" tambah yunho lagi
"sebab bila saya tengok bunga matahari tu saya akan rasa tenang je. macam semua masalah saya akan hilanglah." balas yongra sambil melentokkan kepalanya di bahu yunho
yunho dan yongra menikmati keindahan malam sambil mencipta kenangan bersama.
•tbc•
bus
YOU ARE READING
BUS ♧ JEONG YUNHO
Romance°Pertemuan kita bermula di sini° Written by: @yeongee- Beautiful cover: @airtiny [StAtUs] :- completed★