《TIGA PULUH DUA》

87 19 1
                                    

yongra keluar dari rumahnya untuk pergi ke tempat kerja namun langkahnya terhenti apabila peti suratnya terbuka.

"ehh surat siapa ni" tanya yongra sendiri

JEONG YONGRA

yongra melihat nama pada surat tersebut dan jelas namanya yang tercatat pada surat itu.

surat di simpan di dalam beg tangannya kerana yongra tidak mahu tertinggal bas ke tempat kerja.

🌻

DUNKIN DONUT'S

"morning sahabatku" tegur yongra dengan gembira kepada haerin

"amboi bukan main ceria aku tengok muka kau pagi ni" kata haerin

yongra mengendahkan kata2 haerin dan terus masuk ke dapur.

haerin dan yongra ditugaskan berada di dapur pada hari ini. oleh itu,mereka berdua rancak berborak antara satu sama lain.

"yongra,siapa bagi kau semua perhiasan tu?" tanya haerin ingin tahu

"yunholah bagi,siapa lagi. dia melamar aku semalam." jawab yongra

"seriouslah? pergh untung lahh. kawan aku ni dah nak jadi isteri orang dah" kata haerin teruja

"nanti tinggal kau sorang2. kesian" sakat yongra

"ehh kau ni kurang ajar ehh. sini kau aku ajar kau" marah haerin sambil mencubit lengan yongra

yongra menggosok-gosok lengannya yang sakit setelah bisa cubitan haerin terkena padanya.

"auch sakitlah haerin. aku gurau2 je. hahaha" kata yongra sambil ketawa

haerin memalingkan wajahnya daripada melihat yongra kerana merajuk. namun apabila dipujuk rakan baiknya itu,haerin tetap mengalah dan termakan pujukan yongra.

🌻

RUMAH YONGRA

JEONG YONG RA

aku mengambil keputusan untuk terus naik ke bilik setelah pulang dari kerja kerana aku ingin merehatkan diri di atas katil yang empuk.

tiba sahaja di dalam bilik,aku terus menghempaskan badan di atas katil namun beberapa minit berbaring aku mula rasa seperti ingin membersihkan diri.

selesai sahaja mandi,aku duduk di birai katil sambil mengelap rambutku yang basah.

aku mula mencapai beg tangan yang berada tidak jauh dari katil untuk mengambil telefon bimbitku. tanganku mencari2 telefon bimbit tetapi aku tercapai satu sampul surat yang diterimaku pagi tadi.

"ehh ni surat tadi. lupa pula nak buka. ada apa agaknya dalam ni" kataku sambil membuka sampul surat tersebut.

"gambar? gambar siapa pula ni" tambahku lagi sambil mengamati gambar yang ada di tanganku

aku cuba untuk mengenal pasti siapa yang ada di dalam gambar tersebut. sekali pandang seperti gambar sebuah keluarga yang bahagia.

"emm ni gambar family yunho. yunho,eomma yunho,appa yunho dan lelaki ni?" kataku

untuk mendapatkan kepastian,nombor yunho didail dengan segera olehku.

yeoboseyo sayang. -yunho

awak ada benda yang saya nak cakap dengan awak ni. jom jumpa tempat biasa. -yongra

wae? bunyi macam serious je ni. -yunho

nanti saya bagitahu okay. bye. -yongra

nae arasseo. bye2 love. -yunho

panggilan ditamatkan lalu aku mencapai hoodieku dan terus keluar untuk berjumpa yunho.

🌻

SUBWAY

yongra menunggu yunho tiba di salah sebuah meja yang sedikit terpencil dari orang ramai supaya mereka mendapat privasi.

jam di tangan dikerling sekilas oleh yongra.

'mana yunho ni. tak pernah2 lambat' getus hati yongra

"sayang, mianhae lambat. ada hal sikit tadi" terjah yunho tiba2

"emm tak apa. order dulu lah" arah yongra

yunho bangun untuk memesan makanan buat mereka berdua dan tidak lama kemudian,yunho datang semula bersama dulang di tangan.

"awak dah jom makan" kata yunho menyuruh yongra untuk makan

yongra mengeluarkan sekeping gambar dari poket hoodienya dan ditunjukkan kepada yunho.

"gambar siapa pula ni?" tanya yunho setelah melihat gambar di hadapannya.

"tengok sendirilah" jawab yongra acuh tidak acuh

"kenapa dengan gambar ni? cuma gambar family saya je kan" kata yunho polos

"saya nak tanya awak. lelaki yang duduk sebelah awak tu siapa?" tanya yongra ingin tahu

"ooo itu adik kandung saya tapi dia dah meninggal dua tahun lepas" jawab yunho

"awak tak pernah bagitahu saya pun yang awak ada adik dan kenapa mesti lelaki ni yang jadi adik awak?" kata yongra seperti ingin menangis

"sayang waeyo? janganlah nangis. saya ingat tak penting pun memandangkan dia dah tak ada dalam dunia ni. lagipun apa salahnya dia jadi adik saya. tak salah kan?" tambah yunho lagi untuk memujuk yongra

"salah sangat2. kalau awak nak tahu dari dulu lagi saya benci adik awak dan nak tahu kenapa? sebab dia dah bunuh family saya. appa,eomma,oppa dan dongsaeng saya semuanya dah mati sebab dia. awak ingat senang ke saya nak terima semua ni lepas tahu yang adik awak tu seorang pembunuh!" bentak yongra dengan linangan air mata

"apa yang awak merepek ni. saya tahu yang adik saya pernah buat jahat tapi tak mungkinlah sampai membunuh" kata yunho tidak mahu percaya

"so sekarang ni awak nak kata saya tipu awak ke?" kata yongra teresak-esak

"tak tak saya tak cakap pun macam tu. cuma susah untuk saya percaya yang mendiang adik saya tu sanggup membunuh" terang yunho lagi

"tak apalah kalau awak tak percaya cakap saya. mulai hari ni awak jangan contact atau jumpa saya lagi. saya tak nak tengok muka orang yang ada pertalian darah dengan orang yang dah bunuh keluarga saya" kata yongra dan bangun dengan segera sambil mengesat air matanya

"sayang janganlah buat saya macam ni. saya tak boleh hidup tanpa awak" kata yunho sambil menghalang yongra dari pergi

"lepaslah yunho!" berang yongra lalu pergi meninggalkan yunho terkulat2 seorang diri

yunho terduduk di atas kerusi kerana benar2 terkejut dengan semua ini. tanpa dia sedari,air matanya mula turun mengenangkan perkara yang baru sahaja terjadi.










tbc•
bus

BUS ♧ JEONG YUNHOWhere stories live. Discover now