《TIGA PULUH TUJUH》

102 19 1
                                    

kedengaran enjin kereta san memasuki perkarangan rumahnya. tidak lama selepas itu,pintu dibuka dan kelibat minha serta san mula kelihatan menapak masuk ke dalam rumah.

"yongra kenapa kau tak ajak yunho masuk. kau tak kesian ke tengok dia kena hujan macam tu?" tanya minha sejurus memasuki rumahnya

"biarlah dia. siapa suruh tak reti nak balik rumah sendiri. nanti dia penat,dia baliklah tu. tak ada yang perlu dirisaukan. kau orang berdua jangan pandai-pandai nak ajak dia masuk pula ehh. aku tak suka. kalau kau ajak juga,aku yang akan keluar dari rumah ni. fullstop" bentak yongra tanpa secalit pun rasa kasihan terhadap yunho

minha hanya menggelengkan kepalanya di atas tindakan rakannya itu kerana dia sudah buntu dengan untuk merendahkan ego yongra itu.

walaupun timbul rasa bersalah di hati san dan minha,namun tiada apa yang boleh dilakukan oleh mereka ketika ini.

jam menunjukkan pukul 12.00 tengah malam tetapi awan tidak berhenti-henti memuntahkan isinya. yunho masih setia menunggu di hadapan rumah walaupun dirinya sudah basah kuyup.

san dan minha masih berjaga pada larut malam kerana ingin meluangkan masa bersama. lain pula bagi yongra,dia mengambil keputusan untuk naik ke biliknya kerana kantung matanya terasa amat berat.

di luar tiada tanda-tanda yang menunjukkan hujan bakal berhenti dan ia terus membasahi yunho yang diam tidak berkutik di hadapan pagar rumah san.

"yongra!" laung yunho sekuat hatinya

san dan minha bergegas membuka pintu setelah terdengar sahutan tersebut.

"san please panggilkan yongra untuk aku. sekejap pun jadilah" rayu yunho dengan wajah yang sayu

"sorry bro. dia memang tak nak jumpa kau lagi. aku rasa lebih baik kau balik dulu. esok kau cuba lagi ehh" pujuk san cuba memberi semangat

yunho seakan-akan termakan pujukan san dan kakinya mula melangkah untuk pulang. namun,yunho merasakan kepalanya berpusing-pusing dan matanya berpinar-pinar tetapi dia tetap bergerak selangkah dan bum! dia jatuh ke bumi lalu pandangannya menjadi gelap.

"yunho!" jerit san dan minha serentak

"sayang awak pergi panggil yongra cepat. saya bawa masuk yunho ke dalam" kata san lalu memapah yunho memasuki rumahnya

minha tidak membuang masa,dia terus menapak ke atas lalu pintu yongra dirempuhnya.

"yongra bangun yongra" kejut minha segera

"ada apa minha kau kejut aku pagi-pagi buta macam ni" kata yongra sambil menenyeh matanya,mamai

"yunho pengsan dekat luar" kata minha tidak mahu berbasa-basi

"ha!" yongra terus bangun dari pembaringannya lalu kakinya laju menuruni anak tangga

🌻

haerin sedang ralit bermain dengan telefonnya sehingga tidak sedar akan kehadiran seseorang di hadapannya.

"hai boleh tumpang duduk?" sapa seorang lelaki secara tiba-tiba

"duduk jelah. bukannya ada nama sesiapa pun kat situ" haerin menjawab tanpa menoleh ke arah gerangan tersebut

selepas mendapat kata putus,lelaki tersebut terus menarik kerusi lalu melabuhkan punggung di atasnya. haerin merasakan seperti sedang diperhati oleh lelaki di hadapannya dan berasa kurang selesa.

"awak ni kalau nak duduk sini tak payahlah sibuk2 pandang muka saya ni" haerin terus melepaskan geramnya dengan nada yang agak kasar dan memandang lelaki tersebut

"erk jongho" haerin terus hilang kata-kata setelah mengenal pasti lelaki yang dimarahinya

jongho hanya senyum menampakkan barisan giginya yang tersusun putih setelah melihat muka haerin yang agak kemerahan menanggung malu.

🌻

"

pastikan yunho mendapat rehat yang secukupnya dan kalau boleh jangan berikan tekanan pada dia" pesan dr.wooyoung setelah memeriksa yunho

"terima kasih doktor" kata san sambil berjabat tangan dengan doktor yang merawat yunho lalu dia mengiringi doktor keluar

minha meninggalkan yongra bersama yunho kerana dia pasti kedua-duanya perlu berbincang.

"awak sedarlah cepat sikit. saya sebenarnya rindu sangat dengan awak. saya betul-betul minta maaf" kata yongra kesal dengan perbuatannya kepada yunho

'haish kenapalah cetek sangat akal aku ni. kalau aku bagi yunho masuk,mesti tak jadi macam ni kan' hati yongra mula menyatakan kekesalannya

menurut doktor,yunho mengambil masa yang agak lama untuk sedar dari pengsannya kerana dia terlalu lama disirami air hujan juga kerana yunho tidak boleh berada dalam kesejukan melampau.

yongra hanya memerhati wajah polos yunho ketika dia berada di sisi lelaki tersebut. selagi kata maaf tidak diucap di hadapan yunho,selagi tu dia berasa dirinya menanggung beban yang amat berat seperti terdapatnya batu yang menghempap bahunya.

"apa ni sayang saya sedih2. janganlah sedih2,kan saya ada dekat sini" ucap yunho setelah sedar dari pengsannya

"awak!" kata yongra teruja melihat yunho telah sedar

"emmm awak,saya nak minta maaf sebab selama ni saya asyik ikut ego saya je. tipulah kalau saya kata saya tak sayang awak tapi saya terpaksa buat macam tu" luah yongra dengan nada sayu

"shhh dah jangan cakap lagi perkara lepas. now kita mulakan yang baru okay. past is past" pujuk yunho sambil menyentuh lembut pipi yongra sambil mengesat air jernih yang keluar dari tubir mata wanita yang dicintainya itu














•tbc•
bus


BUS ♧ JEONG YUNHOWhere stories live. Discover now