HOMESTAY SUNSHINE
JEONG YONG RA
aku dan haerin mengemas katil yang kami gunakan sebelum berangkat pulang. kini masa percutian kami telah habis digunakan.
"yongra kau dah siap belum?" tanya haerin
"dah2 aku dah siap" kataku
"kalau dah jomlah kita gerak. aku nak pulang kunci dekat kaunter pula ni" kata haerin lagi
kemudian kami bergerak keluar daripada bilik untuk ke kaunter. sementara haerin pergi pulangkan kunci aku,minha dan san tunggu di kerusi yang disediakan di lobi.
"okay guys. jom aku dah settlekan semuanya" kata haerin
kami bergegas menuju ke kereta dan memecut laju untuk pulang ke rumah.
RUMAH YONGRA
aku merebahkan diri di atas sofa setelah pulang ke rumah. nikmatnya apabila pulang ke rumah sendiri tidak dapat aku gambarkan.
'nasib baik esok tak kerja lagi. kalau tak memang tak laratlah aku nak bangun esok'
sambil2 aku termenung sendiri aku terfikir sesuatu perkara yang boleh dilakukan semasa cuti esok.
'ahaa memandangkan esok aku cuti,apa kata aku bake cake. dah lama aku tak makan cake dari air tangan sendiri'
setelah mendapat idea tersebut,aku melangkah ke dapur untuk menyemak bahan2 yang diperlukan untuk membuat kek.
"banyak juga bahan yang tak ada ni. haih nampak gayanya malam ni aku kena keluar pergi beli ni"
kalau ikutkan hati aku ni malas tau nak keluar malam2 nanti tapi dah lama tak makan kek jadi terpaksalah juga keluar.
"baik aku gi rest dulu kat atas. dalam pukul 9 malam aku gerak ahh"
aku terus naik ke bilikku untuk tidur sebentar. tidak sampai 5 minit,mataku sudah terpejam.
8.30 p.m
tet tet tet
aku terjaga setelah mendengar alarmku.
'ada setengah jam lagi ni'
aku terus menuju ke bilik air untuk bersiap2 sebelum keluar membeli barang yang diingini.
🌻
JEONG YUNHO
sejak kejadian semalam aku langsung tiada mood untuk meneruskan kehidupan. kata2 yang diucapkan oleh ha in pagi tadi masih terngiang2 di dalam kotak fikiranku ini.
FLASHBACK
aku menelefon ha in menyuruhnya berjumpaku di pejabat kerana aku perlukan penjelasan daripada mulutnya sendiri.
"oppa ha in dah sampai" katanya
seperti biasa dia hanya menerjah masuk bilikku tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu.
"ha in sit here" arahku
dia terus melabuhkan punggungnya di atas sofa berhadapan denganku.
tanpa melengahkan masa, aku terus mengeluarkan handphoneku dan terus aku letakkam di hadapannya.
"ha in what is this? i need your explanation." kataku
"what? mana oppa dapat semua gambar2 ni" tanyanya
"mana oppa dapat tak penting. yang penting sekarang ni your explanation" kataku
"okay actually macam ni. oppa dah salah faham ni. ha in tak kenal pun siapa mamat ni. ni mesti ada orang yang cuba nak rosakkan hubungan kita" kata ha in cuba untuk berselindung
"kau tak payah nak tipu aku lagi lah ha in. cukuplah kau dah bodohkan aku selama ni. aku dah dengar segalanya semalam and i know everything. kau sebenarnya nak harta aku je kan bukannya kau cintakan aku pun. selama 5 tahun ni kau hanya tipu aku je" marahku kepadanya
"wow nampak gayanya oppa dah tahu semuanya. yes apa yang oppa cakap semuanya betul. ha in dah cuba sayangkan oppa selama ni namun ha in tak dapat. ha in tak tahu kenapa tapi dengan seonghwa oppa,ha in boleh sayangkan dia sekelip mata je bukan sebab harta dia tapi hati ha in dah bertaut dekat dia." jelasnya
"senang je kau cakap sebab kau tak rasa apa yang aku rasa. aku cintakan kau sejak dulu lagi tapi bila aku dah dapat kau,kau langsung tak cintakan aku. aku kecewa dengan kau. sia2 je masa yang aku dah korbankan untuk kau selama ni" kataku kepadanya
"oppa cubalah lupakan ha in sebab ha in dengan seonghwa oppa dah janji nak kahwin bulan depan. oppa terimalah hakikat yang ha in tak pernah ada perasaan pada oppa. mulai hari ni kita putus oppa" kata ha in
ha in terus meninggalkanku terkulat2 sendirian setelah dia menjelaskan semuanya.
'kenapa kau sanggup buat macam ni dekat aku' bisik hatiku sambil menyerabaikan rambutku
habis barang2 di atas mejaku aku sepahkan kerana aku amat marah pada ha in.
END FLASHBACK
aku mengambil keputusan untuk melepaskan stresku di luar. aku memecut laju menggunakan kereta milik appaku menuju ke kedai serbaneka bagi mendapatkan sesuatu.
•tbc•
bus

YOU ARE READING
BUS ♧ JEONG YUNHO
Romance°Pertemuan kita bermula di sini° Written by: @yeongee- Beautiful cover: @airtiny [StAtUs] :- completed★