yongra memerhati sekeliling tempat yang dia berada sekarang ini. dia berasa kagum dengan kecantikan tempat tersebut sehingga ternganga-nganga mulutnya.
"sayang kalau ye pun teruja tutuplah mulut tu. dah macam2 agaknya yang masuk dalam mulut dari tadi" tegur yunho
yongra yang perasan akan teguran yunho itu terus sahaja menutup mulutnya dan tersengih-sengih sendirian.
yunho dan yongra menuju ke sebuah meja yang memang sudah dikhaskan buat mereka berdua.
"wah saya tak order pun lagi tapi semua makanan dah ada atas meja. daebak" kata yongra dengan perasaan kagum
"okay sayang,awak duduk sini" kata yunho lalu menarik kerusi buat yongra
"harini kita akan date sepuas-puasnya. tak akan ada gangguan dari sesiapa dan hanya kita berdua sahaja. semua makanan atas meja ni awak kena makan banyak2 supaya awak tu berisi sikit. tak adalah keding je" terang yunho panjang lebar
"awak ni mana ada saya keding lah. saya cuma slim je" balas yongra
"now kita berhenti gaduh and let's enjoy our food first" kata yunho
mereka berdua mula menikmati semua makanan yang tersedia di depan mata tanpa menoleh ke kiri dan kanan. yunho dan yongra tampak berselera menjamu hidangan yang kelihatan agak mewah itu.
"sayang,lepas kita habis makan ni,saya nak bawa awak pergi dekat sana tu" kata yunho sambil menuding jari ke arah sebuah tempat yang disinari dengan cahaya berwarna-warni
yongra menganggukkan kepalanya tanda bersetuju dengan rancangan yunho.
yunho mencapai sebuah kain untuk mengelap mulutnya setelah selesai menikmati makanannya manakala yongra menghabiskan makanannya yang terakhir.
"kaja" ajak yunho sambil menarik tangan yongra
yunho memimpin tangan yongra sehingga tiba di sebuah buaian untuk memberikan kejutan yang seterusnya.
tangan yunho segera beralih ke belakang badannya seperti sedang mencapai sesuatu.
"tadaa" yunho terus mengeluarkan sejambak bunga matahari lalu dihadapkan di hadapan muka yongra
"omo cantiknya. gomawo awak" yongra terus menyambut huluran bunga tersebut dan menciumnya
yongra tampak begitu bahagia sekali menerima bunga kesukaannya itu dan tangannya laju sahaja menyentuh setiap bunga tersebut.
sedang asyik bermain-main dengan bunga tersebut,tiba2 yongra merasakan tangannya seperti terpegang sesuatu yang keras seperti sebuah kotak kecil yang berwarna merah.
yongra mengambilnya dan apabila dibuka yongra tampak begitu terkejut melihat isi kandungannya yang merupakan sebentuk cincin yang berkilauan.
"surprise! suka tak?" kata yunho setelah yongra perasan sesuatu yang telah diletakknya di dalam bunga tersebut
"yah yunho! apa ni. nak tercabut jantung saya bila tengok cincin ni tau. saya tak jangka pun yang awak sediakan sesuatu macam ni untuk saya" balas yongra
"saya ni tak pandai sangat nak sweet2 macam lelaki lain so ini je yang saya mampu buat. saya harap awak dapat terima saya dalam hidup awak" lamar yunho dengan penuh rasa malu dan gementar
"yes i do" kata yongra sambil menganggukkan kepalanya
"ni pun saya belikan khas untuk yeochin saya yang tercinta ni" kata yunho dan menghulurkan sebuah kotak merah yang lebih besar
yongra membukanya dan kelihatan seutas rantai dan gelang di dalamnya.
"saya nak awak sentiasa pakai semua ni walau ke mana2 je awak pergi. arasseo?" arah yunho
"mestilah saya akan pakai pemberian namchin saya ni" balas yongra sambil mencubit pipi yunho dan tersenyum
🌻
LEE HA IN
aku membelek-belek gambar yang ada di hadapanku sekarang ini dan tersenyum sinis. satu rancangan jahat sedang berlegar-legar di kotak fikiranku.
'kalau aku tak boleh bahagia,orang yang aku kenal pun akan rasa benda yang sama' bisik hatiku
"aku akan pastikan rancangan aku ni berjaya esok juga"
kakiku segera menuju ke katil dan aku berbaring sambil membayangkan kehidupanku yang bakal bahagia setelah semua rancangan jahatku berjaya.
•tbc•
bus

YOU ARE READING
BUS ♧ JEONG YUNHO
Romansa°Pertemuan kita bermula di sini° Written by: @yeongee- Beautiful cover: @airtiny [StAtUs] :- completed★