《TIGA PULUH TIGA》

94 18 12
                                    

JEONG YUNHO

aku pulang ke rumah dengan mata yang bengkak dan merah kerana air mataku tidak dapat berhenti mengalir.

sangat berat untuk aku menerima hakikat bahawa orang yang aku sangat cinta pergi tinggalkan aku sendiri dan adik kandungku sendiri seorang pembunuh.

'tak boleh jadi ni. aku kena cari bukti yang adik aku benar2 bersalah atau tidak dalam kes ni' getus hatiku

aku bercadang untuk pergi ke rumah yongra pada esok hari bagi mendengar segala2nya yang berlaku pada keluarga dia untuk mendapatkan bukti.

"aku tak kira. esok memang aku kena jumpa yongra biarlah dia marahkan aku pun" kataku tekad

aku masuk ke dalam bilik air untuk menenangkan hati yang terluka dan cuba untuk kuat demi mempertahankan cinta kami.

🌻

yongra menyelak langsirnya pada pagi tersebut untuk menghirup udara segar. dia juga penat kerana terpaksa melakukan semuanya demi keluarga tercinta. perasaannya diketepikan kerana egonya yang setinggi gunung.

"yongra apa yang kau dah buat ni. semua ni bukan salah yunho pun."keluh yongra sendiri

semasa yongra sedang asyik melayan perasaannya,dia ternampak kelibat seorang lelaki berdiri depan rumahnya.

"yunho. apa lagi yang dia buat dekat sini. dia ni memang tak faham bahasa ke" bebel yongra

yongra segera turun ke bawah untuk bertemu yunho agar semuanya dapat diselesaikan segera.

"awak nak apa lagi dari saya. kan saya dah cakap jangan cari atau jumpa saya lagi" kata yongra berang

"sayang please. i need your explanation about the incident" pujuk yunho lemah lembut

"untuk apa? atau awak ingat saya reka2 cerita. macam tu ke!" marah yongra dengan muka yang merah

"andwae. saya cuma nak tahu lebih lanjut je" terang yunho ringkas

"dahlah yunho. lebih baik awak pergi dari sini. saya benci tengok muka awak. cukup-cukuplah seksa hidup saya. saya dah cukup sengsara di atas perbuatan adik awak tu. tolonglah pergi dari hidup saya yunho dan berhenti ganggu saya lagi" kata yongra dan berkeras mengusir yunho dari rumahnya

yongra menutup pagar rumahnya dengan kasar dan meninggalkan yunho sendirian.

"yongra kenapa awak sanggup buat macam ni dekat saya" keluh yunho dan berlalu pergi

yongra terduduk di belakang pintu sebaik sahaja dia menapak masuk ke dalam rumahnya dan gugurlah air matanya.

"hiks hiks,maafkan saya yunho. saya tak patut buat macam tu pada awak." ucap yongra sambil menangis teresak-esak

🌻

minha merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena kerana hatinya sangat resah. lebih-lebih lagi apabila yongra tidak menjawab panggilannya.

"awak jom kita pergi rumah yongra. saya rasa yongra tengah ada masalah ni. dari tadi saya call yongra tapi satu pun dia tak angkat" kata minha kepada suaminya

"hah macam mana pula awak tahu dia tu ada masalah?" tanya san pelik dengan sikap isterinya

"ish awak ni. saya tahulah,yongra tu kan kawan baik saya. kalau dia dalam kesusahan,saya dapat rasa juga" terang minha

"emm iyalah. dah jom kita pergi" ajak san segera

minha mengangkat anak perempuannya dari buaian dan segera masuk ke dalam kereta.

san memecut keretanya dengan laju menuju ke rumah yongra.

🌻

tok tok tok

"yongra kau ada tak kat dalam tu. ni aku minha" laung minha sambil mengetuk pintu rumah yongra

"sayang cuba awak buka pintu tu. awak kan tahu kata kunci rumah yongra" arah san kepada isterinya

minha memasukkan kata kunci dan ting, pintu terbuka serta-merta.

"ehh yongra" kata minha dan terus mendapatkan yongra yang terbaring di atas lantai

"yongra bangun yongra" kata minha sambil menampar-nampar muka yongra supaya dia akan sedarkan diri

yongra tersedar setelah merasakan pipinya seperti ditampar-tampar.

"minha...hiks hiks..." kata yongra dengan esakan dan memeluk rakannya itu

"shuhhh diam2. tak apa aku ada kat sini. kau tenang dulu,nanti baru story semuanya dekat aku arasseo" pujuk minha dan menepuk-nepuk belakang badan rakannya.

minha menyuruh yongra berbaring di atas sofa supaya dirinya akan berasa tenang sedikit.

"awak,kita stay sini sekejap ehh. nanti bila yongra dah okay kita balik" kata minha kepada san yang sedang bermain dengan anak mereka

"emm tak apa sayang. awak pergilah tengok-tengokkan yongra tu. biar saya je yang jaga so rae" balas san sambil mengusap kepala isterinya













tbc•
bus

BUS ♧ JEONG YUNHOWhere stories live. Discover now