《TIGA PULUH LIMA》

98 19 0
                                    

SUBWAY

yunho mencari-cari kelibat orang yang ingin berjumpa dengannya setelah dia tiba beberapa minit yang lalu.

"yunho sini" kata seorang lelaki yang memakai baju berwarna hijau

"ehhh san,minha korang buat apa kat sini?" tanya yunho keliru

"kita orang lah yang nak jumpa kau tu" balas san

yunho menarik kerusi lalu melabuhkan punggungnya di hadapan san.

"ada apa nak jumpa aku" yunho terus mengajukan pertanyaan

"sebenarnya aku dengan isteri aku nak bagitahu kau tentang yongra" san terus menjawab pertanyaan yunho sebentar tadi

"yongra? kenapa dengan dia? dia okay tak?" yunho terus berteka-teki tanpa mendengarkan penjelasan mereka berdua

"kau janganlah risau sangat. dia okay je. sekarang ni dia ada dekat rumah kita orang." minha terus menyangkal segala pertanyaan yunho tersebut

"kalau kau nak tahu,yongra sebenarnya tak nak kau tahu dia ada kat mana sekarang ni tapi disebabkan aku risau tengok dia sedih je memanjang jadi aku terpaksa bagitahu kau pasal dia. aku harap kau dapat datang rumah kami dan pergi jumpa yongra. aku tahu dalam hati dia tu dia masih rindu dan sayang pada kau tapi ego dia tu lagi tinggi dari segala-galanya. kau jangan risau pasal dia,nanti aku akan cuba pujuk dia. yang penting sekarang ni aku nak kau tunjukkan usaha kau tak pernah putus untuk cari dia" terang minha sambil menghirup air di depannya

"aku memang tengah cari dia pun tapi aku dah buntu tak tahu mana lagi aku patut cari dia. kenapalah aku tak pernah terfikir yang dia mungkin dekat rumah kawan2 dia" kata yunho kesal dengan dirinya sendiri

"tak apalah bro. benda dah lepas tak boleh putar balik. sekarang ni kau pergilah pujuk dia sampai dia terima kau balik" sampuk san cuba untu beri semangat

"minha kalau kau tak keberatan,boleh tak kau cerita dekat aku pasal kejadian yang menimpa keluarga yongra. aku berhak tahu perkara ni sebab ia melibatkan yeochin dan adik aku" yunho meminta kepada minha

minha berasa serba salah untuk membuka cerita tersebut namun dia terpaksa menceritakan segala-galanya setelah didesak berkali-kali oleh yunho.

LIMA TAHUN YANG LEPAS

masa tu aku,yongra dan haerin ada buat study group masa zaman kita orang belajar dekat universiti dulu. bila dah habis study,kita orang balik rumah masing-masing. aku dengan haerin dah puas pujuk yongra supaya kami semua balik naik teksi tapi dia berkeras nak naik bas. kata dia naik teksi mahal jadi dia lebih rela naik bas. aku dengan haerin pun tak dapat nak buat apa2 jadi kami berdua ikut je cakap yongra. aku dengan haerin sebenarnya risau sebab kalau kami naik bas,yongra akan balik sorang-sorang lepas kami terpisah. tapi disebabkan kedegilan yongra tu,kami bertiga ambil bas untuk balik ke rumah.

"yongra kau okay ke balik jalan kaki sorang2 lepas turun bas ni?" minha bertanya

"minha aku dah biasalah. kau ni pun janganlah risau sangat." yongra menjawab

"yongra kau tahu tak yang aku dengan haerin ada bad feeling nak bagi kau balik sorang2" tambah minha tidak putus asa memujuk

"entah kau ni yongra. kita orang ni risaukan keselamatan kau. kalau susah2 sangat biar aku dengan minha teman kau balik. nanti pandai2 kita oranglah fikir nak balik macam mana" sampuk haerin tiba2

"ish korang ni tak payahlah nak susahkan diri korang untuk aku. aku okay je lah. pandai2 akulah jaga diri sendiri" yongra berkeras dengan keputusannya

tak lama lepas tu,bas pun berhenti dan haerin orang pertama yang turun dari kalangan kami bertiga. beberapa minit lepas tu,aku pula yang turun. yongra orang terakhir yang turun antara kita orang.

disebabkan rumah yongra agak dalam jadi dia terpaksa
jalan kaki dan kena lalu lorong. malam tu,yongra langsung tak perasan ada orang ikut dia dari belakang. tiba2 je orang tu tarik yongra dan culik dia. bila yongra sedar je,dia dah kena ikat dan ada dekat suatu tempat yang tak dikenali.

"ooo dah sedar pun. bagus2" kata seorang lelaki berhoodie hitam

yongra rasa takut sangat tapi dia cuba untuk beranikan diri.

"kau siapa hah?kenapa kau culik aku?" yongra mengajukan persoalannya

"kau tak perlu tahu aku siapa. tak penting pun semua tu. aku ada sebab tersendiri untuk culik kau. sebabnya kau dah ganggu port aku. aku paling pantang orang kacau tempat aku" lelaki tersebut menjawab

"tolonglah lepaskan aku. aku tak tahu tu tempat kau. aku cuma nak balik rumah je. tolonglah aku merayu tolong lepaskan aku" yongra cuba memujuk

"aku boleh lepaskan kau tapi dengan satu syarat" lelaki tersebut berkata lagi

"kau bagi aku nombor parents kau supaya aku boleh dapatkan duit dari mereka" tambah lelaki tersebut lagi

"tolong jangan libatkan parents aku. aku yang salah. kau berurusan dengan aku je" yongra tidak bersetuju

"kalau kau cakap macam tu,aku tak akan lepaskan kau. kau tinggallah dalam rumah terbiar ni sorang2" lelaki tersebut berkata kejam

melihatkan yongra diam tidak berkutik,lelaki tersebut mula menjadi bengang dan menyuruh orang suruhannya mendapatkan nombor keluarga yongra.

beberapa jam setelah menerima panggilan,keluarga yongra tiba bersama satu beg hitam di tangan appa yongra. namun,nasib tidak menyebelahi keluarga yongra apabila penculik2 tu dapat tahu bahawa appa yongra memberikan mereka duit palsu.

lelaki yang berhoodie tadi terus mengeluarkan pistolnya lalu menembak appa dan oppa yongra. semasa ingin membuka ikatan yongra,adik lelaki yongra telah dipukul sehingga mati dari belakang dan eomma yongra ditikam di perutnya. yongra juga hampir2 dibunuh namun sempat terselamat apabila polis segera sampai di tempat kejadian kerana keluarga yongra sudah melaporkannya lebih awal.

polis dapat menahan penculik2 tu tapi lelaki yang berhoodie hitam tu sempat melarikan diri dan menjadi buruan polis.

disebabkan kejadian pembunuhan keluarga yongra berlaku dalam sekelip mata di hadapannya membuatkan yongra tertekan selama satu tahun tapi dia kembali sembuh setelah mendapatkan rawatan.

FLASHBACK TAMAT

"hah macam tulah cerita dia. yongra pernah cakap yang dia akan ingat muka lelaki tu sampai bila2 dan tak akan pernah maafkan dia" kata minha mengakhiri ceritanya

yunho tidak dapat berkata apa2 setelah mendengar cerita tersebut. dalam hatinya mula timbul rasa bersalah terhadap yongra di atas kesalahan adiknya.

"aku harap kau dapat pujuk yongra lepas dengar cerita ni" kata minha

"hmmm aku cuba" balas yunho perlahan













•tbc•
bus

BUS ♧ JEONG YUNHOWhere stories live. Discover now