BAB 1

1K 23 0
                                    

" Kita bercerai!"

" Tapi kenapa? abang saya ada buat salah dengan abang ke?!"

" Aku rasa ni jalan terbaik untuk kita, aku dah tak suka kau"

Amani terdiam dia tidak mampu berkata apa jika keputusan suaminya dibuat tanpa dia rela.

" Kenapa abang nak cerai saya walaupun kita dah dua tahun berkahwin"

" Kau tak faham bahasa ke perempuan aku dah tak perlukan kau"

" Abang jangan buat Amani macam ni! " aku terus memeluk kaki Imran tanpa disangka Imran mula mengamuk dia mencengkam kuat lengan aku untuk menarik aku bangun tanganya dilayang tinggi menampar pipi aku.

" Tiara Amani binti Razak aku ceraikan kau dengan talak satu" lafaz talak yang dibuat oleh Imran tidak mampu untuk aku berdiri. Betapa gelaran yang aku benci bakal menghantui hidup aku iaitu 'Janda'

🌼🌼🌼🌼🌼

" Assalamualaikum! "

" Waalaikumussalam, Tiara kenapa balik tak bagitahu ibu?"

Aku terus memeluk ibu tangisan aku hembuskan di bahu ibu. Sekarang aku benar-benar tidak kuat untuk berdiri perasaan sedih menguasai diri.

" Kenapa ni sayang cuba cerita dekat ibu?" Puan Siti menepuk perlahan bahunya anaknya.

" Tiara dengan Imran dah  bercerai"aku tak mampu pandang wajah ibu, bukan kerana aku takut dengan ibu tapi aku tak sanggup melihat wajah ibu yang kecewa.

" Ibu faham sayang, mungkin kamu dengan Imran dah tak da jodoh"

" Tapi Tiara tak kuat nak bawa gelaran 'janda' ibu. Tiara takut orang mengata keluarga kita ibu sebabkan Tiara" aku tak mampu nak lalui sisa hidup aku dengan mulut manusia.

" Dah Tiara tak perlu nak dengar mulut orang sekarang Tiara perlu buka buku baru tutup buku lama. Tiara kena lupakan benda ni" Puan Siti menarik tangan anaknya untuk masuk ke dalam rumah.

Encik Razak duduk membaca surat khabar dia tidak perasaan kehadiran anak perempuan tunggalnya.

"Abah!" aku terus mendapatkan abah tanpa disangka air mata aku tetap mengalir.

" Kenapa ni anak abah balik menangis ni?" Encik Razak mula bertanya risau melihat keadaan anaknya.

" Tiara dengan Imran dah bercerai abah maafkan Tiara sebab dah memalukan abah dengan penceraian ni"

" Tiara abah tak malu sayang, tapi abah marah kenapa Imran tak hantar kamu balik rumah macam mana masa dia nak kahwin dengan kamu dulu?!"

" Sudah lah abang, kita bagi Tiara rehat mesti dia letih"Puan Siti menyuruh anaknya untuk masuk ke dalam bilik.

" Kesian Tiara muda-muda dah bercerai, Imran sepatutnya datang rumah berbincang bukan jadi buat keputusan macam ni"

" Abang mungkin sampai sini saja jodoh mereka"

" Tapi Tiara baru umur 26 tahun, mulut manusia kat luar sana bukan baik sangat "

🌼🌼🌼🌼🌼

Bunyi muzik kuat memenuhi ruang club.

" Aysar kau datang sini buat apa ha? Aku tak pernah nampak langsung kau minum!" Daniel terpaksa menjerit agar suara dia dapat didengar oleh kawannya.

" Aku datang sini cuma sekadar hiburkan diri bukan nak minum air setan tu"

" Gila lah kau gelaran ' playboy ' saja tapi kau memang bajet alim, sepatutnya kau kena duduk masjid lah weh"

BISIK PADA HATIWhere stories live. Discover now