Baju merah terang yang berada di atas katil direnung dengan pelbagai rasa. Wajah lelaki yang berdiri tidak jauh daripada batang tubuh dikerling seketika.
Ada senyuman nakal yang dua ulas bibir itu ukirkan. Lelaki itu merenungnya sambil berpeluk tubuh.
"Tunggu apa lagi? Pakailah!." Nada suara yang lelaki itu guna berjaya buatkan tubuh Fatimah tersentak.
Air liur ditelan kesat. "Timah malu." Perlahan suara Fatimah ke udara. Wajah ditunduk. Anak mata memandang kuku kaki sendiri, tenung corak yang ada pada permaidani. Permaidani yang lembut bila tapak kaki sentuhnya.
"Apa kau cakap? Aku tak dengar. Ulang balik apa kau cakap. Kita ni bukannya duduk bawah kain selimut yang nak berbisik-bisik. Cuba keluarkan suara tu."
Fatimah memejam mata. Jantung berdegup laju. Dia tak selesa bila lelaki itu semakin mendekati tubuhnya. Terasa ada tangan yang menyentuh bahagian pinggangnya.
"Ulang balik apa yang kau cakap tadi. Kurang jelaslah dekat telinga aku ni."
Terhinjut sedikit bahu Fatimah bila terasa ada tiupan udara panas singgah di kulit telinganya.
"Timah malu." Ayat diulang dengan nada yang sama.
"Malu?." Soalan berbaur sindiran. Senyuman itu penuh dengan ejekan.
Kepala Fatimah terangguk perlahan.
Lengan Fatimah dipegang kasar. Perit kulit bila pegangan bertukar menjadi cengkaman. Boleh rasa kuku lelaki itu mengenai kulit. Mungkin kuku lelaki ini panjang.
"Aku suruh pakai tu pakai jelah. Apa yang susah sangat nak ikut? Syurga kau dekat mana?. Aku suruh kau pakai baju je bukannya suruh kau bunuh orang."
Merona kemerahan wajah Fatimah bila dipaksa memandang mata hitam pekat persis ular itu.
"Ta... ta... pi... baju macam tu Timah tak pernah pakai." Sepanjang dia bernafas, menyedut udara di Bumi ini belum pernah lagi tubuhnya sarungkan pakaian sebegitu. Cantik memanglah cantik tapi terlalu dedahkan tubuh badannya. Dia malu nak 'bertelanjang' seharian di dalam rumah. Di saat cahaya matahari yang memasuki ruang rumah dengan sangat terang, bersinar. Cahaya mentari bakal menampakkan anggota tubuh yang terdedah. Memperlihat lehernya yang jinjang, betis bunting padi, sedikit lemak-lemak di dada. Walau lelaki itu halal untuk melihat setiap lekuk tubuh badannya. Dia tetap malu.
"Sebab tak pernahlah aku suruh kau pakai. Aku nak tengok. Semaklah tengok kau asyik pakai kain batik dengan tshirt lusuh. Buruk! Sekarang ni, kau pakai baju yang aku letak atas katil tu. Lepas tu, pergi dapur. . Aku lapar!." Sebaik berkata begitu, lelaki yang sudah bergelar suami itu melangkah keluar.
Fatimah pandang diri sendiri. Kain batik berwarna hitam dengan corak bunga-bunga dan sehelai tshirt lusuh berwarna senada. Ada dua, tiga lubang kecil di baju tersebut. Patutnya dah dijadikan kain buruk tapi dia tak punya banyak baju. Tambahan pula, baju yang sudah buruk ini kainnya lembut, sejuk. Sedap!
Kornea mata teralih ke arah baju tadi dengan keluhan kecil. Baju yang terdapat di atas katil diambil. Dipegang dengan kedua-dua belah tangan. Diangkat tinggi ke udara.
Baju yang cacat! Tiada lengan.
Baju yang... hanya separas lutut?
Terus baju yang tak tahu malu, tak patuh syariah itu dicampak ke atas katil. Anak mata pandang pula 'pakaian' lain yang turut ada di situ.
Panas terus wajah Fatimah. Seperti bahang yang bara hasilkan terpercik ke wajah. Merah padam wajah Fatimah jadinya.
"Dah besar panjang, mana ada orang pakai yang ada corak-corak kartun. Tu, yang bawah tu dah boleh buang dalam tong sampah. Koyak-koyak pun nak pakai lagi."
Fatimah pandang ke arah pintu. Suara itu! Lelaki itu masih berada di ruangan yang sama dengannya. Hanya pintu bilik yang memisahkan mereka.
Ya Allah! Malunya! Keras kejung Fatimah di situ.
YOU ARE READING
BUNGA ABANG (TERBIT )
RomanceTentang Timah yang pembaris. Tahap lurusnya sampai dia... "Nah, makcik," ujar Timah sambil hulurkan satu balang kosong, bersih kepada penjual kerepek di sebuah kedai berdekatan tempat kerjanya. "Apa ni?." "Itu harikan, makcik cakap... dah makan ken...