"Nak pergi ke butik dah ke Timah?," tanya Encik Halim ketika Fatimah letakkan beg ke dalam bakul basikal.
"Ya, ayah. Makcik Azlin tu tak suka kalau pekerja dia datang butik lambat." Selipar disarung ke kaki.
"Kenapa tak pergi naik skuter mak kau je?."
Fatimah diam sambil mata memandang ke arah emak yang berdiri di depan pintu. Tajam pandangan mata si emak ketika itu, timbulkan rasa getar dalam diri Fatimah.
"Tak apalah, ayah. Timah okay je kalau kena naik basikal pun. Timah dah biasa. Lagipun, Timah tak ada lesen lagi." Suara lembut Fatimah menyapa gegendang telinga Encik Halim dengan senyuman menenangkan jiwa.
"Bukannya ada polis ke Jpj ke nak buat road block dalam kawasan perumahan kita ni. Topi keledar pun tak payah susah-susah nak pakai."
"Tak apalah, ayah. Timah naik basikal je. Timah pergi dulu, ya." Tangan yang kasar itu dikucup sebelum dia mula keluarkan basikal.
"Elok-elok naik basikal tu." Sempat Encik Halim titipkan pesan kepada Fatimah. Doanya selalu mengiringi Fatimah. Dia tetap risau bila Fatimah ke mana-mana dengan basikal. Fatimah perempuan, risau kena culik, tak pun dikacau budak-budak lelaki nakal. Sudah sering Fatimah di buli oleh rakan-rakan sekolahnya dulu.
"Baik, ayah."
Pesanan inilah yang selalu Encik Halim berikan ketika Fatimah mahu ke sekolah dulu.
"Apa salahnya bagi Timah tu naik skuter awak. Bukannya awak nak guna pun, kan?."
"Dah dia yang tak nak guna. Abang pun dengarkan apa dia cakap tadi?. Saya tak ada pun cakap yang bukan-bukan dekat dia."
"Mana mahunya Timah naik skuter awak tu kalau awal-awal lagi awak dah jegilkan mata dekat dia. Tu pun, saya tengok dah berpeluh muka dia."
"Saya tak suruh pun dia kerja dekat luar. Saya suruh dia duduk rumah, buat kerja dalam rumah ni. Bila dia memandai minta kerja dekat luar tu, dia kenalah selesaikan semua kerja rumah sebelum keluar."
"Awak duduk rumah, patutnya awaklah buat kerja rumah."
"Saya ni isteri abang. Bukannya orang gaji, bukannya babu, bukannya kuli." Puan Maimun bersuara sedikit tinggi. Geram dengan perangai si suami yang asyik nampak salahnya sekarang ini. Ada sahaja yang tak kena di mata lelaki itu.
"Awak kulikan dia tak apa pula?." Selar Encik Halim tanpa riak.
"Eh, abang. Saya ni nak dia tu mahir buat kerja rumah. Dah belajar tak pandai, biarlah hal rumah tangga ni dia pandai. Kalau saya buatkan dia jadi kuli pun... Biarlah. Saya yang lahirkan dia. Buat kerja dalam rumah ni dikira macam dia balas budi, balas jasa saya dekat dia." Tutur kata yang Puan Maimun balas dengan nada malas.
Encik Halim menggeleng kepala perlahan sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Bertekak dengan isteri memang tak akan pernah menang, buat tekak jadi kering saja.
"Mun, buatkan saya air kopi kejap. Abang haus ni." Pintaan tiba-tiba daripada Encik Halim. Sudah lama tekaknya tidak dilalui oleh air kopi buatan isteri.
"Alaaa... Abang ni. Tadi Timah ada tak nak suruh dia buatkan kopi. Tu, ada air oren dalam peti ais, Timah dah buatkan. Abang minum jelah air oren tu." Balas si isteri dengan wajah malas.
"Kopi awak buat sedap. Dah lama rasanya saya tak minum kopi yang awak buat." Encik Halim memuji sedikit supaya hati Puan Maimun akan terpikat dan buatkan air yang dia mahukan.
"Mengadalah dah tua-tua ni. Saya malaslah, abang. Minum jelah air yang dalam peti ais tu." Usai berbicara dengan Encik Halim, Puan Maimun hilangkan diri di sebalik pintu bilik.
Encik Halim mengeluh sebelum peti ais dibuka. Ketika dia nak capai cawan, ternampak seteko air di atas meja. Tergerak hati nak melihat air apa dan senyuman meniti di bibir. Ada sekeping nota yang Fatimah tinggalkan di atas meja itu. Di bawah teko sebenarnya.
'Timah buatkan ayah kopi. Tak sedap macam emak tapi ayah minumlah. Timah minta maaf kalau tak sedap.'
Fatimah anak yang selalu mengalah walaupun dia bongsu. Fatimah Iftitah...
"Buat apa depan bilik Timah?." Suara tiba-tiba Puan Maimun. Sekejap sahaja Puan Maimun berada di dalam bilik.
Encik Halim pandang seketika ke arah Puan Maimun.
"Saya rasa nak belikan set bilik tidur untuk dia. Awak tengoklah bilik dia tu... Teruk, tak selesa, panas, berbahang."
"Tak payah nak membazir. Bagi je set bilik tidur kita tu dekat dia. Belikan set bilik tidur yang baru untuk kita. Lagipun, dia tak pernah nak complaint dia tak selesa ke, dia panas ke," bicara Puan Maimun dengan jelingan tajam.
Encik Halim hanya diam. Terus ke bilik air untuk membersihkan diri sebelum ke kedainya nanti. Kedai Pemborong dan Peruncit Halim.
YOU ARE READING
BUNGA ABANG (TERBIT )
RomanceTentang Timah yang pembaris. Tahap lurusnya sampai dia... "Nah, makcik," ujar Timah sambil hulurkan satu balang kosong, bersih kepada penjual kerepek di sebuah kedai berdekatan tempat kerjanya. "Apa ni?." "Itu harikan, makcik cakap... dah makan ken...