BA 15

10.7K 823 276
                                    

"Kau nak balik rumah malam-malam ni dengan basikal ke?," tanya Nadim sebaik mereka berdua berada di hadapan butik. Banyak buah kedai yang bersebelahan butik milik Puan Azlin yang sudah tutup operasi mereka untuk hari itu.

Suasana jadi sunyi, nasib baiklah ada beberapa orang sedang gunakan mesin dobi layan diri selang beberapa buah daripada butik. Sekurang-kurangnya tidaklah Fatimah berasa tidak selamat, berduaan dengan Nadim di dalam samar-samar cahaya.

"Tak pe, rumah saya dekat je."  Jawapan dengan nada suara tenang. Fatimah tak sangkalah pula proses nak pasang pelamin dan melukis inai di jari pelanggan tadi memakan masa yang begitu lama.

Mereka sampai di rumah pelanggan selepas azan Asar tapi sekitar pukul 8.00 malam barulah hampir selesai.

Puan Azlin bawa lagi dua, tiga orang kakitangannya untuk menolong Nadim pasangkan pelamin. Tugas Fatimah hanya melukis inai sahaja. Fatimah ingat pelanggannya seorang sahaja tapi boleh dikatakan sepupu sepapat, makcik, jiran pun mahu Fatimah lukiskan inai di jari mereka.

Seronok Puan Azlin kenakan bayaran, bersinar kornea mata dengan senyuman lebar bila dapat buat duit lebih. Fatimah pun lega bila hasil tangannya dapat puaskan hati pelanggan walaupun penat sebab duduk terlalu lama. Kematu punggungnya, kebas jugalah kaki tadi. Sekaligus perlu berhenti melukis inai kerana keadaan tidak selesa.

"Bukan tak ada lampu ke sepanjang jalan nak ke rumah kau tu? Malam-malam macam ni tak takut ke hantu penanggal bagi salam dekat kau? Dah nak dekat pukul 9.00 malam tau sekarang ni."

Fatimah pandang wajah Nadim sekilas, pandangan dialihkan pula kepada jalan yang berada di hadapannya, jalan yang gelap, suram, sepi. Orang pun dah jarang nak keluar, masing-masing nak berehat di rumah selepas seharian di tempat kerja, mengadap pula kesesakan jalan raya.

"Ada pokok besarkan dekat simpang nak masuk rumah kau tu? Ros cakap dekat aku, ada Cik Ponti bergayut dekat batang pokok besar tu." Nadim makin giat mengusik bila perasan wajah Fatimah yang cuak. Dalam hati, Nadim dah terbahak-bahak ketawa.

"Tak pe, Allah ada, malaikat pun ada dekat kiri, kanan saya." Hati dikuatkan. Beg diletakkan dalam raga basikal. Punggung dilabuhkan atas tempatnya.

Terdengar keluhan kasar yang Nadim lepaskan. Tangan Fatimah direntap kasar.

"Eeeiii... degillah kau ni. Dah, turun. Aku hantar kau balik." Tegas nada suara yang Nadim guna.

"Eh, tak pe. Saya boleh balik sendiri." Fatimah cepat-cepat menolak. Dia tak tahu apa nasib yang sedang menanti di rumah. Kalau Nadim hantar dia pulang, entah apa jadi pada diri dia.

"Tak pe, tak pe, tak pe! Dah, turun. Biar aku yang hantar kau balik."

Jujurnya, memang Fatimah merasa takut. Sedari di rumah pelanggan lagi dah dimomokkan dengan cerita-cerita hantu yang sedang viral di media sosial. Televisyen pun sengaja dipasang cerita hantu. Banyak kali jugalah Fatimah terkejut dengan muzik latar yang kuat tadi. Nasib baik tak comot inai yang dilukis di atas kekura tangan pelanggan.

"Tayar basikal saya ni tak berapa nak ada angin sangat. Lagipun, saya rasa saya ni berat." Tolak Fatimah dengan beberapa alasan yang dirasakan agak bernas.

"Eh?!."

Wajah Nadim dipandang sebelum tangan lelaki itu mengetuk bahagian hadapan tudungnya dengan ketawa.

"Kau nak suruh aku hantar kau balik rumah dengan basikal ke, Ima? Seriusly, babe? Kau ingat kita hidup zaman P. Ramlee nak berbasikal bagai? Aku hantar kau balik rumah dengan keretalah. Basikal kau tu aku letak dalam bonet kereta nanti. Dah, dah, masuk. Aku pun nak cepat-cepat sampai rumah ni. Penat. Esok pagi-pagi lagi aku ada kelas."

"Tapi...." Serba salah sungguh Fatimah rasa. Kakak ada di rumah saat ini, bukan di rumah sewanya. Itulah yang kakak beritahu ketika kakak menelefonnya sebentar tadi.

"Masuk!," arah Nadim sambil membuka pintu kereta. Tubuh Fatimah ditolak kasar ke dalam perut kereta. Beg gadis itu juga dilempar ke riba Fatimah sebelum pintu kereta ditutup kuat.

BAM !. 

Terhinjut bahu Fatimah dek kerana rasa terkejut. Semoga Allah melindungi dirinya nanti.

"Awak nak jumpa kakak saya ke kejap lagi? Sebab tu yang awak beria nak hantar saya balik rumah ni?," soal Fatimah sebaik Nadim hidupkan enjin kereta.

"Taklah. Aku jumpa Ros esok je di kolej. Aku hantar kau balik ni sebab aku rasa bertanggungjawab sebagai bos kau. Benda macam ni common senselah, Ima. Aku nak jaga keselamatan diri kau. Walaupun hantu-hantu macam tu tak keluar lagi waktu macam ni tapi hantu kepala hitam mungkin dah ada waktu macam ni."

Terus berkerut dahi Fatimah. "Hantu kepala hitam?."

Nadim mengangguk. "Iyalah. Hantu yang boleh buat bukan-bukan dekat diri kau."

"Bukan hantu ni tak boleh pegang tubuh kita ke?."

Nadim simpan senyum. Aduilah, Fatimah.

"Dah kau kata bukan, bukanlah kot."

Pelik Fatimah dengan Nadim ini. Apa ni?.

***

Rasa gerun di dalam hati semakin terasa bila kereta Nadim semakin menghampiri kawasan rumah. Kelihatan kereta Mini Copper milik kakak di dalam pagar rumah. Allah... kepala lutut terus terasa bergegar.

"Awak pernah datang sini ke? Tahu je mana rumah saya." Tali pinggang keledar dibuka.

"Kan aku ni bakal abang ipar kau, bukan rumah je yang aku tau, semua pasal Ros tu aku tau."

Fatimah mengangguk. "Akak ada dalam rumah tu, tak nak jumpa dulu?." Fatimah sekadar berbahasa sekaligus cuba nak tenangkan hati sendiri sebelum kakinya berada di dalam rumah.

"Aku dah WhatsApp dia. Kau pun pergilah masuk dalam rumah. Mesti penat jugakan."

"Terima kasih untuk hari ni. Cantik baju yang awak pilih," ucap Fatimah dengan senyuman tawar.

"Lidah tu nanti aku potong je biar tak boleh cakap terus. Banyak kali dah aku bising-bising suruh kau panggil aku ni abang," rungut Nadim.

Fatimah hanya tersenyum. "Saya minta diri dulu. Assalamuailaikum." Fatimah meminta diri. Berada berdua-duaan begini lama di dalam kereta pun akan bangkitkan lagi kemarahan kakak kepadanya nanti.

"Waalaikumussalam."

Saat sebelah tangan nak buka pintu kereta, sebelah tangan Fatimah dipegang oleh Nadim. Terus Fatimah alihkan wajah kepada lelaki itu.

"Esok aku tak ke butik. Kau jangan nak mencari aku pula," bisik lelaki itu dengan sengihan lebar. 

Fatimah tidak membalas sebaliknya tangan ditarik sebelum cepat-cepat keluar daripada kereta. Nadim menunggu Fatimah masuk ke dalam rumah dulu barulah dia bergerak pergi. Dengan Ros pun dia tak pernah hantar sehingga ke depan pintu rumah sebab Ros masih lagi belum kenalkan dia dengan ahli keluarga yang lain.

Baru sahaja nak keluar daripada simpang rumah Fatimah, berhampiran pokok yang besar itu, Nadim mengetuk stereng kereta perlahan. Basikal Fatimah masih lagi berada di dalam bonet kereta. Malas nak pusing kembali ke rumah Fatimah, Nadim ambik keputusan nak tinggalkan basikal Fatimah dalam butik sahaja nanti. Esok dia minta Wawa sahajalah yang ambik Fatimah untuk datang ke butik.






BUNGA ABANG (TERBIT )Where stories live. Discover now