" Happy semacam dah kenapa? Class cancel?." Nadim menyoal sebaik mengambil tempat di hadapan Ros.
"Happylah sebab I ada bertaruh dengan Safuan dan I menang." Senyuman puas hati terukir di bibir Ros. Mata bercahaya semacam.
Berkerut dahi Nadim. " You bertadruh apa dengan adik lelaki you tu?."
" Result SPM adik kami yang paling bongsu. Safuan cakap paling kuranglah si Timah tu dapat 6D dan selebihnya E. Tapi I cakap si Timah tu akan dapat E dan F sahaja. Ayah I call tadi cakap si Timah tu dapat keputusan yang macam I jangkakan. Hairankan... Pergi sekolah bertahun- tahun tu buat apa sampai nak lulus satu subjek pun susah. Subjek Bahasa Melayu pun tak boleh nak lulus. Bukannya susah sangat pun subjek tu."
Nadim hanya tersenyum. Malas nak ambil kisah hal keluarga Ros walaupun Ros itu kekasih hatinya.
" Jom, keluar. Overnight nak malam ni? Esok dah cuti."
"Kita dua je? Adik kembar you tak joint kitakan?," tanya Ros atau Rosmina Ifititah.
" Nafiy?." Ternaik sedikit kening Nadim.
Rosmina memejamkan mata seketika dengan dengusan. Anak mata Nadim dipandang. " Yelah. Siapa lagi? I tak sukalah dengan dia. Kepoh."
Nadim tersengih. " Dia tak joint kita hari ni. Ada study group kot. Stayback di library."
Bulat mata Ros. "Seriusly? Sejak bila
berubah jadi nerd?." Pecah ketawa Roa di situ. Kemain besar ketawanya." Dahlah. Jom. Nafiy tak joint, Nabil yang akan joint kita malam ni."
"Nabil? Eh, sejak bila I tak tau you ni kembar tiga?."
"Bukanlah. Ini abang sulung kita orang. Selalu dia sibuk dengan kerja tapi hari ni dia tanya, apa plan malam ni. Bila I cakap nak overnight dengan you je, dia tetiba nak joint juga."
Nak kena ajak salah seorang housemate I ke untuk teman abang you tu?."
"Suka hati. Siap cantik-cantik, sejam lagi kita jumpa, Miss Dekan."
"Mengada!." Bahu Nadim ditampar manja dengan senyuman menawan.
"Okaylah, jumpa nanti."
"Okay, sayang."
Nadim tersengih mendengar panggilan begitu digunakan Ros untuknya. Hanya menghantar pemergian Ros dengan pandangan mata. Gadis yang berkulit putih kemerah-merahan, berambut ikal mayang sehingga paras pinggang, berbaju kurung ketat itu direnung tanpa jemu. Ros, budak linguistik. Beauty with brain. Salah seorang pelajar yang selalu Dekan dan agak terkenal di universiti mereka. Ros terkenal kerana dia salah seorang instafemes .Selalu jadi model sambilan. Bangga betul Nadim bila perkenalannya disambut mesra oleh si gadis.
"Eh, yang. Tak payah bawak extra bajukan?." Tiba-tiba Ros menyoal.
"Nak buat apa extra baju?." Berlapis dahi Nadim dengan soalan yang baru Ros lontarkan.
Senyum penuh manja Ros beri untuk Nadim. Mula mendekati batang tubuh Nadim kembali. Membongkokkan sedikit badan. Rambut dikibas perlahan ke belakang.
"Manalah tahu nak check in memana hotel malam ni," bisik Ros di telinga Nadim. Senyuman manja masih belum hilang daripada bibir.
Nadim ketawa perlahan. Tidak dibalas kata-kata Ros itu. Hanya berbalas senyuman. Bahasa tubuhnya tidaklah susah untuk Ros fahami.
YOU ARE READING
BUNGA ABANG (TERBIT )
RomanceTentang Timah yang pembaris. Tahap lurusnya sampai dia... "Nah, makcik," ujar Timah sambil hulurkan satu balang kosong, bersih kepada penjual kerepek di sebuah kedai berdekatan tempat kerjanya. "Apa ni?." "Itu harikan, makcik cakap... dah makan ken...